Me from 2024
https://addinaisyah.blogspot.com/2019/07/rehat-seketika.html Hari ini bertarikh 04.10.24 dan aku berada di CBTL KW. Hari ini menjadi saksi hari emosi aku jatuh yang entah kali keberapa, yang aku ingat tahun ini, inilah kali kedua aku ambil cuti sakit disebabkan mental health issue. Roller coaster mana yang aku naik hari ni ya.. Lemah dan makin lemah ya aku sekarang.. Dan disaat ini (1000hrs) kulihat seorang lelaki berkerusi roda sedang melalui kawasan ini sambil membawa barang jualannya (mungkin) . Ya Allah nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan. Fikiran menerawang entah kemana. Pandangan kosong. Entah apa yang akan jadi hatta 5 minit lagi. Hari ini aku mengambil peluang Membuka blog ini dan mencari ruang Untuk aku melakarkan apa yang aku rasa. Aku kira emosiku akan kembali stabil Setelah aku melepaskan segala kekusutan aku Selepas aku menzahirkan apa yang terpendam. Semoga. Doktor pesan: Cari apa yang membuatkan diri gembira. Jangan cuba untuk sentiasa 'please' kan...