Random thought

setiap orang ada masa sukar masing-masing.

satu benda kita kena yakin-

tiap yang berlaku,
Tuhan itu sentiasa ada.

Dia bagi ujian,
tapi Dia tak tinggal kita-
Dia bagi guideline untuk kita.

Tinggal kita je
Nak ikut guideline-
atau tak...


-----------------------------

Akan ada satu masa- 
Diri dah penat berfikir. 

Masa itu- 
Berhenti. 
Tarik nafas. 
Doa. 

Dan 
Mulakan langkah baru. 

Sebab 
Dalam dunia ini hanya dua: 

1-kau LAWAN dengan apa yang tuhan dah letak pada kau 

ATAU 

2-kau TERIMA dan teruskan jalan yang tuhan dah bagi pada kau ... 

Setiap orang ada masa sukar masing2. 
Setiap orang ada mampu yang berbeza. 
Setiap orang ada masalah yang hanya dia dan tuhan yang tahu. 

Oleh itu, doa mohon kuat. Doa mohon tetap. It's all about time and faith.

--------------

Kata seorang student Master takhassus Ulum Hadith , asal Bangladesh , dan fasih berbahasa Arab : Masa itu penting. Setiap apa yang kita buat, biarlah masa itu diisi dengan mencari ilmu. Jangan biarkan masa berlalu tanpa diisi dengan ilmu... 

*lepas tu pandang kt aku..agaknya nampak aku khusyuk tengok fon kott* 

Tapi... Aku angguk2 faham dan buat muka tak bersalah sebab aku tengah search berkenaan Saidatina Aisyah... heee. Aasif ya akhi !

-------------

How many extra hours 
that we need for our life per day? 

25/7 ? 
28/7 ? 
30/7 ? 

still- 
we'll never feel enough.. 

Selagi mana belum ada rasa syukur- 
Selagi itu tiada yang pernah cukup.

-------------

In anything- 
Start from below, 
Begin slowly, till we get the arts. 

Dont be too overwhelmed by our dreams. 
The journey is long-- 
Never make it short. 
Seize every single moments!

-------------

KEMARAHAN BERMULA DENGAN KEBODOHAN 
DAN BERAKHIR DENGAN PENYESALAN... 
(DR. ISMAIL YUNUS)

BODOH- SEBAB TAK FIKIR PANJANG. 
MENYESAL- SEBAB TINDAKAN YANG MELULU.
 
-------------

JANGAN PERNAH MEMBENCI
SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN.

---------------

Aku kadang tak faham jugak, sejenis perangai yang 'kalau kau dah tahu dia ada bf, kau still nak masuk line' ... memang lah aku tak dak pengalaman tapi kalau aku , aku pun tumpang geram ... hmm ... *speechless* aku dah lah tak pandai nak cool down kan orang .. apa yg orang $#$# , aku mampu dengaq je lah .. berdesing pun berdesing jugak lah .. nak buat macam mana .. aku tak duduk tempat dia , so aku tak dapat nak rasa perasaan marah tu .. last2, ayat aku, "lex ar.." "tunggu tengok la.." gituu je aku mampu cakap.

--------------

Walau apa pun kamu 
Walau siapa pun kamu 
Berpada2 lah urusanmu 
Dont be too over-action in your doing.. 

ok, aisyah? *smile*

--------------

kukirim pada angin lalu 
tolong sampaikan salam rindu 
apa mungkin dia mahu 
atau mungkin hanya kaku 

kukirim lagi dan lagi 
berkali pun ia lalu 
aku tetap mahu lagi 
biar dia tahu aku rindu 

apa mungkin diperasankan 
apa mungkin dibuangkan 
apa mungkin dibiarkan 

Ahh~biar apapun mungkin itu. 
Pastinya angin tak pernah tipu. 
Pastinya jujur demi rindu. 
Walau empunya bertatah malu.

--------------

kukata pada angin lalu 
kumahu kamu 
tapi apa harus kulaku 
bila diri bertemankan malu
 
---------------

Makanya, jangan terusan panas. 
Ada ketika kena sejuk 
Biar kita ada peluang 
Jadi lebih teguh.

---------------

Kau nak jaga hati perempuan- 
 1-jangan tinggi suara/kasar bahasa
 2-dengar bila dia bercerita/respond bila perlu
 3-cuba faham bahasa non-verbal/kiasan si perempuan
 4-kau duduk jauh, "a word means a lot" - mesej sekejap cukup sekadar tanda menghargai dan mengingati
 5-the crucial thing is "صبر" . S.a.b.a.r itu penting kerna perempuan emosinya berubah 

Psikologinya, kena pandai jaga emosi lah- 
Jangan digeserkan api dan api. ♥♥♥

-------------

jangan pernah 

Jangan pernah berani 
kau minta pinjamkan hati 
untuk kau puaskan diri 
Konon nak lari dari realiti 

(A.Aisyah, 2014)

--------------

Sapa kata nak melupakan tu mudah? 
Aku pun kata susah. 
It takes time. Pelan pelan lah. 
Sebulan dua pun belum tentu. 
Kalau setahun insyaAllah laa but still with the effort. 

Kau cerita. Kau luah. Kau doa. 

Akan tiba satu masa Kau akan bersyukur 
sebab kau boleh hidup tanpa dia.

--------------

kawan aku mula penat 
tolong aku kawan 
jangan bagi aku tenat 
aku sudah tak larat 
jangan sampai hati aku karat (A.Aisyah, 2014)

--------------

I can listen to your story. 
I may give advices if you want. 
But one- 
Dont interfere with the feeling. 
Cause i have my own target. :) 

As for now, i'll stand back and see how the progress... 

Sincerely, Ummu_Baihaqi

------------

The colours of life. 
Satu ketika- aku pernah diceritakan dan kemudiannya ditanya. 
Kisah berkisar lelaki kesukaannya perempuan.. Perempuan pula kesukaannya apa? Hehe.. 

alkisah bermula,, dua sahabat aku, "haa.kami nak tanya hg ummu, perempuan suka apa aa?" Hmm. Perempuan? Aku rasa mungkin berbeza kott setiap orang.. kalau macam aku, aku suka la shopping, fashion, benda2 cantik dan comel...haa, cmtu lah.. "yo lo doh aa.." *nada kelantan* .. 

One more,sekali lagi ditanya-- 
otw to TM..konsep soalan yang sama, tpi berbeza orang..
disebabkan aku dah pernah jawab,aku gunakan skema yg sama cuma ditambah mengikut kesesuaian kpd seorang senior.."alarr..perempuan ni tak kisah sangat kalau x ada lelaki pun,dia boleh hidup eh(untuk situasi sekarang)..sb kalau macam aku pun,aku lebih suka benda yang cantik2,,baju ka kasut ka,,benda yang comel2..xdan eh nak pikiaq sal laki..beik aku buat apa yg aku suka.." something like that laa.. hee.. :) 

No offense. Setiap orang berbeza pendapat, kan.. and here is me.. Ok. Sekian. Perkongsian daripada Ummu Baihaqi.

------------

Belek-belek buku nota- Jumpa ni.
 <<FAHAM ITU ILHAM DARI TUHAN , YANG PENTING ADA USAHA NAK FAHAM>> ♥♥♥ Ni kes bila kita x faham semasa lecturer mengajaq...ye lah..kadang2 blurr, kan..sebab benda baru..so, zapp, Dr. Akmal bagi ayat ni kt kami.. hehee.. ^^ 

Maka terbuktilah , apa sahaja yg kita lakukan , USAHA itu sebenarnya yg penting.. KEFAHAMAN itu Allah yg akan bagi bila kita bersungguh.. jangan sombong mengatakan aku FAHAM ITU INI dengan usahaku sendiri. Wana'uzubillahi min zalik.

------------

Bodoh kan- 
Dah tahu sakit 
Kenapa dikoyak 
Sengaja ditarik benang jahitan itu. 
Jadi, 
Bila mahu sembuh??

-------------

Kakak. 
Sakit- 
Jika terus berharap. 
Berharap tanpa usaha 
Tetapi hanya menanti Itu lebih sakit.
Kerna kesudahannya Tidak kita pasti. 

Abang. 
Kalau mahu terus menanti 
Sehingga si dia menjadi milik yang lain 
Itu sangat menyakitkan. 
Kecuali jika punya SABAR. 
Kalau mahu terus menunggu- Silakan. 

Tapi adik bilang- JANGAN. 
Kerna itu lebih menyakitkan. 

--------------

Dah setel. Rupa2nya dah matang- Dah setel. Mungkin hati dah okay- Baiklah. Moral of the story,,kalau kita rasa kita buat salah,,sampai orang x mau cakap,,pandai2 lah amek hati balik.. Jenis perangai aku yg x reti minta maaf ni susah- so,aku akan pandai2 la amek timing- buat bersembang- buat melawak- sampailah aku rasa aku dah xdak gap ngn dia dan keadaan kembali normal. Waktu itu- Syukur.

--------------

Apa diharap 
Pada sekuntum bunga

Layunya ia
Hilanglah serinya
turut membuat kita tak keruan

Mengapa?
 
-------------

Syukur- Ego tinggi.. Orang lepas perasaan marah..depan kawan2..di kafe..aku berdiri sendiri..cuba counter dengan memujuk..tapi makin tinggi suara..hati aku sakit..apa salah aku? tapi tetap EGO main peranan. Pusing belakang- Jalan- Sebak.. Mata berair.. Oh, Tuhan. Lembutkan hatinya. Tahan. Tahan. Tahan. "Ummu kan ego tinggi, jangan la nangis.." hati memujuk.. Makan kek. Dapat mesej. sori ... Mujur. Kalau tak- Aku akan terus terasa.. Moral of the story,,jangan expect selamanya kita akan jadi tempat luahan kesedihan,,but be ready to be tempat ledakan kemarahan.. ^^ be positive !

---------------

Andai cinta sejati yang kau cari- 
Usahalah. Istikharahlah. Mohon dengan Tuhan. 
Biar sampai satu tika- Bidadari itu punya kamu. 
*Feeling happy and grateful* ♥♥♥ 

--------------

Sentap sentap bisa ular , sentap lagi kata2 manusia . Hahiuu .. Moral of the story today : Jangan buat tak kisah dengan barang sendiri ! ..sebab nanti bila dah jadi isteri , wanita yang kena pandai jaga barang rumah~ Try to be positive enough ! *sigh* hari ni budakkecikkk kena brainwash~ kbai .

-----------------

"Sejauh mana ummu sayang kawan ummu?" Entah. Bagi aku , soal tu aku xley jawab by words , aku lebih suka tengok perkara tu dari sudut perbuatan kita .. kadang sesetengah orang , sayang nya x terucap hatta kepada sahabat sendiri , hanya perbuatan yg melambangkan sayang itu . Example mudah , macam aku yg hati brutal ni lah. Hahi. :) But when it comes to the matter of heart , (mcm yg aku pernah post sblm ni) , mmg agak speechless.. the choice is YOURS, OURS, MINE ... istikharah jalannya ... Allah pembimbingnya ... kita penentunya ... :") ok, i ♥ my friends .. ahli , aku dh anggap macam family .. bila family , cara family lah .. ^^ mcm adik beradik kandung ..

-----------------

Hati siapa punya- 
Tanya diri semula- 
Jangan terusan bangga- 
Kerna itu Allah punya.

------------------

Hati-hati mencuri hati
Tersalah teknik
Bahaya menanti-
Kelak hati carik
Dek terburu2 mencuri.

-----------------

Hati yang masih belum terbuka 
menerima yang lain.

Tak perlu diungkai- kerna
hanya seorang yang masih
memegang kunci itu. 


----------------

Macam mana nak respond 
bila orang ungkit benda lama...? 
I dont know how . Hmm . 
Nak tutup mulut orang , mana boleh . 
Nak marah , mana boleh . 
Last2 , aku ambil jalan x berapa nak mudah sangat, 
"haish. Panaih aihh..." *sambil kipas muka dengan tangan* 
memang baik pon mengungkit, kan ? *sarcastic*

---------------

Ujian 
di setiap jalan manusia 
itu berbeza-- 
sakit kecewa pedih luka parut 
hanya seorang yang rasa-- 
tidak akan sama dengan yang lain--
kerana manusia itu 
kemampuan ketahanan kecekalan nya berbeza--
bagi aku, 
jangan pernah membanding 
dan mempertikai 
ujian2 kita dengan ujian2 orang lain..

---------------

Ada orang--
Kita senang masuk.

Ada orang--
Kita susah masuk.

Nampak annoying
but it's reality.

Thanks!

---------------

When it comes to the
matter of heart--
love--
hubb--
sarang--

It's always complicated.

Just learn how
to be strong enough.

"I could listen to your story- for any time. I could give my opinion based on my experience- in any situation. But, yeah, it's just me that listen and give something-- at the end, all matter are on your own responsible. Please learn something- never repeat what you have done before. Thats said."

----------------

Lihat matahari terbenam
Memang salah satu
Impian aku.

I'm impressed with the beauty

Subhanallah

----------------

Sedih sahabat
akan tempias--
Stress sahabat
akan tempias--

Faham tak-
Aku tak boleh tengok.

Aku terasa--
Aku tak suka-
Aku benci-
Sebab aku
turut merasai.

-----------------

Tengok gajet--
Ingat abah.
Tengok wardrobe--
Ingat ummi.

We have nothing actually.

Dont be too proud of
what we have.

-----------------

When you feel happy.
When you feel secured.
When you could laugh together.

It's brotherhood.

-----------------

Senyum--
Walau apapun maksudnya.

Senyum--
Biar lain nampak 
Kita senang.
Hakikatnya--
Kita sakit.

Senyum.
Dan terus
Tersenyum--

-------------------

Kepercayaan--
It's not simple.
It's not joke.

It's about 
how you trust other people.

--------------------

Teruskan langkah--
Betulkan jalan--
Walau seberat mana beban.
Walau sedalam mana kecewa.

Teruskan.
Betulkan.

--------------------

Dikala hati gundah-- 
Ingatlah pemilik hati. 

Dikala jiwa kacau-- 
Ingatlah pemilik jiwa. 

Hanya Dia pemilik mutlak. 

Tak perlu sentiasa jatuh. 
Tak perlu sentiasa galau.
Rasa itu kadang bisikan waswas. 
Dibisikkan agar kita tak tenang. 

Kepada Allah kita mohon. 
Kepada Allah kita doa. 

Moga ditetapkan hati. 
Moga dikuatkan jiwa. 

Agar tak mudah rebah tersungkur--

--------------------

Kenapa perlu terasa-- 
sebab aku makan cili... 
So terasa la kepedasannya-- 
enough !

Comments

ninja said…
sis boleh tak sy nak letak some of your thoughts in my poet books? sy suka kumpul dan sudah semestinya sy letak nama sis sekali. sy pun ada buat juga tapi tak banyak mana pun. sy lebih suka mengumpul heee

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria