Where the passion begins
بسم الله الرحمن الرحيم Sebenarnya cerita ini dah beberapa minggu berlalu, tetapi belum ada kesempatan untuk aku menaip dengan panjang lebar sebagai simpanan secara atas talian di blog aku. *skema baq hiaaang ayat* ----------------- (SEKOLAH MENENGAH) Passion atau keinginan aku untuk travel sememangnya bermula dari sekolah menengah, memandangkan aku ini seorang yang sangat kuat berjalan. Haha. Kalau masa sekolah menengah, aku lebih suka untuk tumpang tidur di rumah kawan2 aku dari daerah yang berlainan- Gurun, Baling, Kota Sarang Semut, Yan, Kuala Nerang, Langkawi, etc. Semua itu aktiviti aku di hujung minggu bila mana ada minggu yang berturut2 kami perlu pulang ke rumah. Jadi, aku ambil kesempatan untuk pergi ke rumah kawan2 aku. Best! 1- Sebab dapat berjalan tengok daerah orang. 2- Sebab boleh naik bas/feri/teksi. 3- Sebab dapat kenal2 dengan keluarga dia. Yeah. It’s awesome. Just imagine when it’s time for you to buy the ticket and sudden...