Where the passion begins
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya cerita ini dah beberapa minggu
berlalu, tetapi belum ada kesempatan untuk aku menaip dengan panjang lebar
sebagai simpanan secara atas talian di blog aku. *skema baq hiaaang ayat*
----------------- (SEKOLAH MENENGAH)
Passion atau keinginan aku untuk travel
sememangnya bermula dari sekolah menengah, memandangkan aku ini seorang yang
sangat kuat berjalan. Haha. Kalau masa sekolah menengah, aku lebih suka untuk
tumpang tidur di rumah kawan2 aku dari daerah yang berlainan- Gurun, Baling,
Kota Sarang Semut, Yan, Kuala Nerang, Langkawi, etc. Semua itu aktiviti aku di
hujung minggu bila mana ada minggu yang berturut2 kami perlu pulang ke rumah. Jadi,
aku ambil kesempatan untuk pergi ke rumah kawan2 aku. Best!
1- Sebab dapat berjalan tengok daerah orang.
2- Sebab boleh naik bas/feri/teksi.
3- Sebab dapat kenal2 dengan keluarga dia.
Yeah. It’s awesome. Just imagine when it’s time
for you to buy the ticket and suddenly the ticket just sold out. Then, you need
to find another alternative to reach you destination. Aku dah lalui semua itu
bila aku balik rumah kawan2 aku yang jauh. Jadi, tidak dapat tidak kita kena
tahu bas lain yang akan melalui kawasan yang kita nak tuju. Sebagai contoh,
bila terlepas bas ke Yan, alternatifnya, kita boleh naik bas Sungai Petani dan
turun di Gurun (haa..something like that). Hehe… Pengalaman!
Hmm.. penyakit kaki panjang aku ni lagi
bertambah melarat bila aku dah dapat lesen motor dan kereta selepas tamat
latihan PLKN. Lepas SPM, aku kena join PLKN di UUM Sintok, 3 bulan lepas tuu
baru sempat belajar memandu. Alhamdulillah semua dipermudah, terus pass JPJ
motor dan kereta pada hari yang sama.
------------------------ (SELEPAS SPM)
| Zaman Rempit : Legend gilaa-- muka burn tahap kritikal selepas PLKN |
Bila dah ada lesen, hmm, tak melekat kt rumah..
Bila dikenang balik memang lawak. Dah laa anak dara, ikut dan aku jaa bila nak
keluar. Tambah2 bila parents tak dak kt rumah, bosan tuuu memang Tuhan je lah
yang tahu. That’s why kegiatan aku bila parents kerja—call member tanya free ke
tak, then terus pederaih p rumah depa. :P itulah aku zaman muda2 dulu… merempit
sana,, merempit sini—Kuala Nerang, Pendang, Alor Star, Kota Sarang Semut, semua
aku redah dengan motor.
Tapi bila dah up sikit—abah dah lepas bawa
kereta untuk aku pi kerja, aku jadi yakin untuk drive. Wuhoo~ Dah ada kereta—memang
lagi harapan lah nak lekat di rumah. Hewhew. Dan dapat kereta, motor tak naik
dah. Haha. Berlagak gilaa.. :P The first thing yang aku suka bila bawa kereta
adalah, kita boleh nak pi ambil member ramai2. Kalau motor kan, dua orang saja
boleh naik—so the more, the merrier~ hehe.. :)
-------------------------- (ZAMAN CFS/UNI)
Itulah fasa kaki panjang aku sebelum masuk uni.
Ehem.. Untuk pengetahuan, dulu aku pernah bercita2 untuk sambung belajar di
Jordan dalam bidang bahasa arab. Tapi ada juga la yang untuk IPG, aku minta
bidang Kimia, sebab yang tu boleh sambung ke luar negara juga—tapi takde rezeki
masa interview. Untuk JPA pun aku rasa aku minta bidang Kimia untuk program
ijazah luar negara—tapi takde rezeki, interview JPA pun aku tak dapat. Hehe. Tengok
lah, minta semua yang nak pi luar negara, sebab bagi aku lagi jauh, lagi banyak
pengalaman kita boleh dapat. :P
But, it’s okay. Akhir2, rezeki aku kt Malaysia,
bidang Bahasa Arab. Takpa, redha dan teruskan langkah. Dan perkara ini
sebenarnya sedikit sebanyak telah menjadi baja untuk passion aku. Faham tak
perasaan bila kita suka nak travel—jadi kita buat pilihan semua untuk sambung
belajar ke luar negara— tapi tak dapat pergi—then, halangan2 itu membuatkan
kita rasa macam , “ahh.. takpa2, sekarang mungkin tak dapat, tapi aku akan
pastikan one fine day aku dapat jejakkan kaki aku kt semua negara yang aku
idam2kan..biiznillah!” .. haaa.. gituu perasaannya.. :P
Then, masuk UIA pun bersyukur lah. Makanya,
memang dalam setiap bulan tu ada saja aku pi merata, mencuba tempat baru. Hehe.
Kadang sampai family BFF aku tanya, “ummu tak bawak motor ka pi Nilai?” Bila
aku jawab, “Dak” , depa pun kata, “ummu kalau bawak motor memang tak lekat laa
kt hostel. Pi merata..” tergelak aku mendengar komentar itu, sambil menjawab, “heee..
taw tak paa..” . Semua dah faham perangai aku.. hehe..
--------------------------- (KLIMAKS)
Klimaks kehidupan aku sebagai pelajar adalah
untuk membuat pilihan samada meneruskan pengajian di UIA atau pun menyambung
pelajaran di Jordan dalam bidang yang sama. Dengan wang pinjaman YIK, passport,
zakat, semuanya sudah di depan mata, tapi, bila mana saja Allah mengatakan “Ummu
tempat anda di Malaysia.” dan yaa, maka di Malaysia lah aku akhirnya. Selepas
dari itu memang aku sangat yakin, ‘Sejauh mana kita
usaha untuk mendapatkan sesuatu, pengakhirannya hanya Allah yang tentukan sama
ada kita boleh teruskan atau berhenti dan mulakan taqdir yang baru’
.. Aku yakin itu sebab memang Tuhan bagi
aku lalui dan rasai sendiri. Sakit penat lelah semua itu memang tak terbayar—tapi
kepuasan dan pengalaman itu yang kita dapat. Syukur. Selepas itu, satu per satu
Allah akan bentangkan hikmah di hadapan mata kita. Ya, step by step… Syuwaiyakh.
Syuwaiyakh.
Selesai.
Just imagine the pictures of all places over
the Jordan that i collected from my BFF’s sisters-- in the laptop- that i
imagine i can reach there during my bachelor—it’s just a dream. Yeah, aku akui
gambar2 mereka, novel2 Hilal Asyraf yang banyak memberi semangat kepada aku
untuk buat yang terbaik dalam SPM—dengan harapan dan cita agar aku terpilih
untuk menyambung pengajian di sana (Jordan). Serius, memang aku tak tipu. Ini
kisah benar.
Maaflah- terbuka kisah lama aku.
Baja yang berkualiti tinggi ini lah yang banyak
menyuburkan lagi benih2 passion untuk travelling ini.
Dan bila masuk Gombak, i was like, “hmm.. aku
tak tahu bila dapat kumpul duit untuk ke Jordan. dan memandangkan sudah hampir
empat tahun berlalu tanpa sebarang simpanan rm3000-5000, maka aku pendamkan dulu
perasaan ke Jordan- simpan biar kemas." Then, aku mulakan langkah aku untuk mula
belajar mengembara di dalam negara sahaja. Alhamdulillah, i have done with my
travel to Negeri Sembilan & Malacca and i will blog it later. :) insyaAllah. My first step. Bila ada rezeki lebih, aku akan
cuba dan terus mencuba. Mungkin Allah
sedang buka kan jalan untuk aku memenuhi cita dan harapan aku. :) Doakan saya. terima kasih.
Assalamu'alaikum.


Comments