Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria

Assalamu'alaikum !

Okay, aku sebenarnya x penah tahu menahu pun sal jami'ah ni.. hehe..  :)
Aisyah tinggalkan link untuk sesiapa yang nak tengok2 gambar sekitar Damsyik :
http://jhazkitaro.blogspot.com/2010/08/syam-bumi-anbiya-bhg-xxv-damsyik-iv.html

Jami'ah Abu Nour, Damsyik, Syria

Actually, time dalam kelas BI pagi tadi, aku ada sembang ngn Fifi. Aku baru taw dari Hasanah yang dia tua setahun dari kami, patut la Hasanah dok keja pgey dia kak Fifi. Aku yang xtaw ne dok pgey Fifi je la.. Adehh !

Yang menariknya bila aku tnya Hasanah, "Hasanah , dia blajar ktna sblum msuk cni? "
sebab dia masuk time 3rd intake punya,and umur dy pon xsma ngan kami.

"Em, kalau x silap dia belajar kt Jordan ke mana tah sebelum ni."

Wow..! Aku dengar2 tu mmg trgamam gler larh. Terbit lah dalam hati untuk aku taw lebih lanjut sal kak Fifi ni. Thats why, dalam kelas BI tu, aku dok sembang2 ngan dia. hehe.. Segan gak nak tnya, tapi perasaan nak taw tu lebih menguasai diri aku berbanding perasaan segan tu.. Haha.. Rupa2nya bukan Jordan lah, tapi Syria..... 

Tanya punya tanya, ringkasannya beginilah.........

Tahun lepas , akak, adik and mak dia g Syria.. Depa ikut mak g belajar kat sana. Maknanya, tiga beranak belajar kt U yang sama, iaitu Jami'ah Abu Nur, Damascus, Syria. Tiga2 mereka mengikuti daurah Bahasa Arab di Jami'ah tu.

Katanya, daurah kt situ ada level, dari level 1-6. Akak terus mula dgn level 2 sbb dia ada basic BA kt sklh mngh dlu manakala mak and adik dia bermula dari level 1. Setiap level tu hanya mengambil masa selama 2 bulan untuk dihabiskan. Thats mean kalau kita start dari level 1 (6x2bulan=12bulan) , cukuplah setahun tempoh daurah tu.

Tapi akak, dia start dari L2, naik ke L3 and terus lompat ke L5 dan seterusnya L6. So, dia dah dapat habiskan daurah dia dalam masa kurang dari setahun. Kiranya tahun lepas dia dah habiskan daurah dia kt Syria.

Plan mereka, lepas habis daurah, tiga2 akan sambung dgn Tahili ( diploma) and then terus dgn ijazah (xpasti lak nama khusus bgi ijazah kt sana).

Tapi, perancangan Allah melebihi perancangan hamba2-Nya.

Mak akak disahkan menghidapi kanser. Aku pon xpasti kanser apa, xberani nak tanya banyak2. Dia gtaw yang kat Syria hanya da cara kemoterapi, dah xda alternatif lain. So, mak dia decide nak balik Malaysia untuk berubat dgn cara alternatif, sb mak dia x nak berterusan gunakan kaedah kemoterapi.

Asalnya, mak dia nak suruh akak dengan adik stay kt Syria ja, biar mak dia ja yang balik utk rawatan. Tapi kebetulan depa pon baru lepas trial, and da masa cuti. Maka, ketiga2 mereka berangkat pulang ke Malaysia. Untuk akak dan adiknya, depa beli tiket balik ke Syria sekali , sebab depa dua akan stay belajar kt sana.

But.......

Bila depa ada kt Malaysia. Syria pula menghadapi krisis. Rusuhan kat Damsyik and sebagainya. Jadi, depa sendiri x dapat nak pulang ke Syria untuk menyambung pengajian mereka seperti yang telah dirancang pada awalnya.

Subhanallah..

Mungkin ada hikmah dalam perjalanan hidup mereka itu.

Lastly, sepupu depa (yg menetap dah 8 tahun kt Syria) yang pos kan barang2 depa yang tertinggal kt Syria tu.. Mungkin sekarang tengah dikargokan semua barang2 tu.. Semuanya masih dalam proses..

And now, dia meneruskan pengajian kat IIUM sbg student IRK.
Apapun, Aisyah doakan yang terbaik wt akak..  :)

                               *******************************************************

Adalah menjadi
lumrah kehidupan
apabila
apa yang terjadi
tak sama
dengan apa yang dirancang

Terkadang 
hati meronta 
kesedihan
jiwa menjerit
kesakitan

ketidak puasan hati
masih lagi
merajai diri
tatkala 
menghadapi
situasi sebegini

Biasa.
Hati kecil 
masih lagi 
merasi keperitan itu
walau
di wajah 
tidak tergambar
kesedihan

Namun
bangunlah segera
mengubati 
hati yang lara
jiwa yang sengsara itu
dengan 
berterusan
mengingati Allah.



"Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Comments

ThowusMommyyy said…
Assalamualaikum. Saya nak tanya, awak ad lagi x contact number kak Fifi tu ? sbb adik sy nak sambung belajar dekat situ (Jamiah An Nur) namun kami dpt sedikit sangat info berkenaan ini. Jika xberkeberatan untuk dapatkan no Kak fifi, bole email sy ke. ummunusaibahabdullah@gmail.com. Jzkk.

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?