Posts

Showing posts from October, 2012

Short story #1

Image
Bismillahirrahmanirrahiim.. Assalamu'alaikum.. Happy Wednesday ! hee "Huh...!" Masuk kali ni, entah kali ke berapa aku mengeluh. Entah ! Aku rasakan diri sudah cukup kuat untuk menghadapi segala masalah. Tetapi untuk masalah yang berkaitan perasaan, aku tewas ! Ya, aku tewas ! Masuk ke peringkat universiti, bukannya suatu yang mudah. Dari segi pembelajaran, suasana, asrama, kafe dan sebagainya. Banyak benda yang baru untuk dipelajari. Hati dipujuk supaya dikuatkan agar dapat menempuh segala rintangan di peringkat pengajian ini.  Setelah beberapa bulan, alhamdulillah, diri dapat disesuaikan dengan persekitaran universiti. Ditambah pula, dengan penyertaan dalam persatuan, sedikit sebanyak membantu diri menambah pengalaman. Aku rasakan diri sudah cukup kuat.  Namun begitu, soal hati dan perasaan, tiada siapa yang dapat menduga. Ya, soal hati ! Aku tidak pernah membuat persediaan untuk itu. Aku lupa ! Aku ada meminati seorang lelaki dari persatuan yang sama. Mak...