Short story #1


Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamu'alaikum.. Happy Wednesday ! hee

"Huh...!" Masuk kali ni, entah kali ke berapa aku mengeluh. Entah ! Aku rasakan diri sudah cukup kuat untuk menghadapi segala masalah. Tetapi untuk masalah yang berkaitan perasaan, aku tewas ! Ya, aku tewas !

Masuk ke peringkat universiti, bukannya suatu yang mudah. Dari segi pembelajaran, suasana, asrama, kafe dan sebagainya. Banyak benda yang baru untuk dipelajari. Hati dipujuk supaya dikuatkan agar dapat menempuh segala rintangan di peringkat pengajian ini. 


Setelah beberapa bulan, alhamdulillah, diri dapat disesuaikan dengan persekitaran universiti. Ditambah pula, dengan penyertaan dalam persatuan, sedikit sebanyak membantu diri menambah pengalaman. Aku rasakan diri sudah cukup kuat. 



Namun begitu, soal hati dan perasaan, tiada siapa yang dapat menduga. Ya, soal hati ! Aku tidak pernah membuat persediaan untuk itu. Aku lupa !

Aku ada meminati seorang lelaki dari persatuan yang sama. Maklumlah, sentiasa bergerak bersama dalam satu pasukan, banyak masa yang telah dihabiskan bersama2. Tidak mustahil mula timbul perasaan suka itu di dalam hati. Pada mulanya, aku abaikan sahaja. Tetapi, tidak begitu mudah. Selalu berjumpa, selalu berbincang, selalu bergurau - jadi, untuk mengabaikan perasaan itu bukanlah satu perkara yang mudah.


Baiklah. Aku terus mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja perasaan suka itu. Tidak pula aku beritahu kepada sesiapa, walau teman baikku. Aku hanya menyukai dari jauh. Berbual, bergurau, bekerja masih macam biasa, tidak ada apa2 yang terganggu. Alhamdulillah. 


Lama-kelamaan, perasaan itu semakin dalam. Cukup dengan melihat dia tersenyum, aku sudah boleh tersenyum. Hati rasa lega apabila dapat melihat dia. Namun, mula rasa gelisah bila dia tiada ketika perjumpaan. Mendapat SMS dari dia sudah cukup untuk membuatkan hati berbunga walaupun hanya seringkas, "Datang iftor tak malam ni?" . Berjumpa sekejap sebelum dia ke program persatuan di luar negeri, sudah membuatkan aku rasa lega walau aku tidak serta. Dalam hati hanya mampu mendoakan moga Allah selamatkan perjalanan dia. Mendengar dia bercerita tentang pengalamannya, kadang2 membuatkan aku terhibur. 



Setiap kali sebelum pulang ke kampung sempena raya ataupun cuti semester, aku akan menghantar SMS bertanyakan tentang pergerakan pulang dia. Setiap kali exam, aku akan menghantar SMS mengucapkan Good Luck. Dia tidak pernah pula tidak membalas SMS aku, malahan dia juga mengucapkan yang sama - semoga berjaya. 

Sehinggalah sampai suatu masa, ketika bulan puasa, aku berniat untuk mendoakan supaya Allah jaga dia sebagai jodoh aku suatu hari nanti. Jadi, di kala aku bangun waktu sahur, aku akan menunaikan solat sunat tahajud. Dan di sujud terakhir aku, aku tidak lupa untuk mendoakan supaya dia menjadi teman hidup aku suatu hari nanti. Begitu juga di dalam doa selepas setiap kali solat fardhu, aku akan mendoakan yang sama juga. Aku fikir aku hanya mampu berusaha. Mungkin dia tidak pernah mempunyai perasaan yang sama terhadap aku, tetapi cukuplah aku ada Allah untuk mendengar luahan hati aku. Begitulah pemikiran aku ketika itu.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Selepas raya, aku mula mendengar desas desus yang mengatakan dia rapat dengan salah seorang ahli persatuan kami yang lain. Pada awalnya, aku tidak menghiraukan tentang khabar berita itu. Aku hanya berdiam diri. Tetapi aku pernah mengambil peluang untuk bertanya dia, tidak pula dia memberikan jawapan yang serius. 


Kebetulan aku sangat rapat dengan dia, jadi dia selalu membenarkan aku bermain telefon bimbitnya. Satu malam itu, setelah dia meletakkan kod pin di hp nya, aku pun mengambil hp itu dan meminta izin untuk bermain game. Dia membenarkan. Setelah penat bermain game, aku tidak tahu untuk membuat apa. Buntu ! Entah bagaimana tiba2 keluar dari minda aku untuk melihat inboxnya. Maka, aku melihat SMS2 yang berada di dalam inboxnya.


Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan SMS itu adalah dari perempuan tersebut. Tidak pula dipadamnya. Aku cuba membuka beberapa SMS perempuan itu, dan membacanya. Tanpa aku sedari, aku tergelak kecil sehinggakan dia terperasan.


Dia bertanya, "Kenapa?".
Aku hanya menjawab, "tak ada apa-apa."

Kemudian, dia tersenyum dan berkata, "Saya bagi kamu hp saya, sebab saya percaya kamu."

Dalam hati, minta maaf sangat. Aku dah terbaca. Tetapi rasanya mungkin dia dah boleh agak yang aku telah membaca mesej2 di dalam inbox dia. Dia pun hanya mampu tersenyum.


Balik ke bilik, aku terus berfikir. Mungkin benar apa yang aku dengar itu. Tetapi aku tidak terus meluru kepada kesimpulan. Aku masih berdegil untuk mengumpul premise2 untuk membuktikan khabar angin itu. Aku juga masih berdoa perkara yang sama setiap kali selepas solat. 

Sehinggalah sampai satu masa...

Persatuan kami ada mengadakan program terakhir untuk semester tersebut. Walaupun tidak ramai yang hadir, tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kebetulan tugas aku adalah untuk menyediakan makanan, maka malam tersebut aku berusaha membuat yang terbaik. 

Semasa menyediakan makanan itu, aku terlihat dia asyik berbual dengan perempuan itu. Aku senyap! Speechless! Kebanyakan masa mereka berbual bersama. Aku hanya mampu melihat dari jauh.


Kebetulan sebahagian makanan telah siap disajikan. Maka, dia mengambil makanan tersebut dan mula menjamu selera. Aku masih di posisi menyediakan makanan. Tiba2 aku terlihat dia menyuapkan makanan kepada perempuan tersebut. I'm speechless once again! 


Entah kenapa aku perlu lihat semua itu. Apabila aku ternampak mereka, aku cepat2 mengalihkan pandanganku ke arah lain. Tiba2 kurasakan mood aku hilang pada malam itu. Namun aku masih kuatkan diri. Dalam hati Allah sahaja yang tahu.


Aku tidak tahu apa yang patut aku rasakan. Mungkin aku yang agak keterlaluan.


Tapi itulah aku. Aku juga punya perasaan. Aku juga punya hati. Aku juga punya emosi. Perasaan yang sukar aku gambarkan. Rupa2nya aku masih lemah. Ya Allah !


Aku fikirkan aku mampu menahan lagi perasaan itu, tapi rupanya tidak sama sekali. Apabila dia memanggil namaku untuk menolongnya pada malam tersebut, dengan tidak sengaja, aku telah tertinggi suara kepadanya.

Aku sendiri terkejut dengan sikapku. Kawan kami yang berada di sebelahnya juga, kulihat seakan2 terkejut dengan sikapku. Aku diam ! Tidak mampu lagi aku melihat dia. I'm sorry. There's a reason why I behave in that way. 


Setelah pulang ke bilik, aku tidak dapat melelapkan mata. Sekarang, aku sudah mendapatkan premise yang terkuat untuk menyokong khabar angin itu. Ia bukanlah lagi sekadar khabar angin. Tanpa aku sedari, butiran jernih di mataku mulai mengalir di pipi aku. Aku tidak mampu lagi mengawal perasaan aku ketika itu. Sedih ! Sayu ! Sakit ! Maka tidurlah aku ditemani air mata pada malam itu. 


Aku tidak pernah merasai kesakitan seperti pada malam itu. Aku redha ! Mungkin aku yang agak keterlaluan kerana menyimpan perasaan yang terlalu dalam terhadap dia.



Setelah itu, aku terus berhenti berdoa supaya dia menjadi teman hidup aku. 


Disebabkan aku tidak mampu lagi menahan perasaan ini seorang diri, maka aku ceritakan kepada teman baikku merangkap classmate aku. Alhamdulillah, dia memahami aku dan dia mendoakan yang terbaik untuk aku selepas ini.


"Sayang...sayang.." 


Ya Allah ! Lamunanku terhenti. Sudah berapa lama aku mengelamun sehingga tidak sedar telah masuk waktu Maghrib. Aku bersyukur kerana panggilan suamiku menghentikan fikiran aku dari terus melayang jauh mengimbau kenangan lalu. 


Ya, kini aku perlu sedar bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk aku. Setelah beberapa tahun menamatkan pengajian di peringkat ijazah, aku telah berkahwin dengan seorang engineer. Alhamdulillah.

___________________________________________

Hello ! 
Haip !
Readers masih ada di sini lagi ke?
Hehee..

Sorry, it's just a short story for today...

Maaf lah kalau baca x puas, 
gaya bahasa tunggang langgang
x ada ayat2 puitis
or
nampak macam x real
....

ini hanyalah rekaan semata2
tiada kena mengena antara yang 
masih hidup ataupun
yang telah meninggal dunia....

*have a nice holiday*

Salam sayang,
AddinAisyah

Comments

That's great, Ummu. I can feel it. :') Thanks.
Addin Aisyah said…
hee..thanks dear 4 always listen to me.. ^^ till you can feel it, you're absolutely great.. :)

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria