Kelajuan biasa2 namun membunuh
بسم الله الرحمن الرحيم Apa yang kelajuan biasa biasa namun membunuh? Aku cuba untuk memberi gambaran akan sesuatu kejadian atau norma masyarakat yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Bagaimana dengan lisan manusia? Yang mampu menyebarkan kisah hidup orang lain (fokus kepada aibnya seseorang) kepada manusia yang lain.. Tidak dapat dinafikan perkara seperti ini sebenarnya masih lagi berlaku di dalam masyarakat2 kampung mahu pun bandar. Aku masih mencari rasional di sebalik kejadian ini... Memang aku tahu mulut manusia mana yang boleh ditutup? Lainlah kalau mulut tempayan, senang saja diambil penutup dan menutup tempayan tersebut... Hmm. Adakah kerana mahu menagih simpati? Adakah kerana tiada lagi cerita menarik yang mahu dikongsi sehinggakan keaiban orang yang menjadi topik perbualan cerita? Adakah kerana mahu dilihat seperti anda tahu semua cerita yang sedang berlaku? Kenapa? Mengapa? Why? KESAN Tidak dapat tidak , pasti aka...