The Reason of Doing Minor
In IIUM, students are allowed to do Minoring. It means when someone take Bachelor of Human Science (Arabic Language and Literature) as his/her Major, then he/she are allowed to take any course e.g Communication as their Minor. So, they will learn not only the Arabic Language course but also the Communication course (limited subjects).
Alhamdulillah . I'm doing as stated above.
(Bahasa Melayu)
Untuk makluman, aku bukanlah seorang yang begitu pandai di dalam sesuatu bidang. Ya. Aku akui itu. Bercakap dalam bahasa arab bukanlah satu dari kelebihan aku. Aku biasa biasa. Terlalu biasa biasa. Aku cuma tidak tahu mengapa. Kekurangan usaha barangkali.
Untuk beberapa sebab, aku memilih untuk mengambil Minor. Aku tidak pasti mengapa aku memilih Communication sebagai pilihan aku.. ada beberapa juga pilihan lain seperti Fiqh wal Usul untuk aku pertimbangkan, tetapi setelah mendengar pendapat dari sahabat2 aku, aku tidak lagi bercita2 untuk meneruskan dengan pilihan itu. Sekali lagi, aku tetap dengan Communication.
Aku juga bukan seorang pendebat, pemidato, pemantun dan sebagainya. Komunikasi aku hanya terhad kepada kumpulan kecil sahaja. Tapi tetap, apa yang membuatkan aku masih memilih Communication? Entah.
Di sini hanya pendapat kerdil aku :
1- Aku anggap ini adalah satu peluang yang sangat rugi kalau aku tak ambil. sebab bukan semua IPT yang tawarkan konsep Major with Minor.
2- Aku nak cabar diri aku. Belajar berdikari. Belajar "how to survive in reality life". Belajar buat keputusan sendiri, bukan sebab ikut kekawan. Sebab benda ini aku rasakan sangat penting bila kita berada dalam suasana kerja nanti. Kalau boss hantar pergi kursus sorang2, tak kan kau nak refuse, cakap "alaar. boss hantar lah orang lain.. saya tak berani lah nak pergi sorang2. kalau ada colleague lain takpa lah juga.." ???? kau nak cakap macam tu?? berani?? hehe
3- Cuba suasana baru. Kenal kawan baru. Pengalaman baru. Aku tak nak ambil contoh sesiapa-- cukup pengalaman aku yang baru satu sem ambil subjek Minor. yes.. it's different. Dari segi assignment terutamanya.. sebab kebanyakan subjek HS (Human Science) memerlukan pelajar2 untuk buat research.. yess.. bayangkan.. not a simple assignment , tapi kena ikut segala research methodology yang dah dipelajari.. one by one. step by step.
4- Luaskan skop pandangan dan pengetahuan. Yang ini bagi aku, kita dapat tambah ilmu2 lain juga.. Contoh, macam belajar Political Science, aku dapat tahu tentang proses pengundian, ciri2 parti politik, dan apa yang dikatakan politik itu dsb .. banyak lah lagi kan.. Kalau Mass Comm, aku boleh tahu macam mana sistem yang stesen radio gunakan i.e one-hour wheel (kalau tak silap lah) . hehe . Sangat banyak ilmu sebab benda itu semua ada dekat sekeliling kita. Kita dengar radio hari2, tengok tv hari2, baca paper selalu.. :)
Memang semua ini nampak macam for worldly live sahaja kan.. Tapi jangan kita lupa, segala ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah, ilmu yang menyedarkan kita tentang kebesaran Allah, sebenarnya itu adalah ilmu yang sangat berguna. Nak contoh?
Mudah. Dalam proses komunikasi, ada beberapa point untuk menjadikan ia satu komunikasi yang lengkap. dan lihat saja kepada bagaimana telinga dan otak kita dapat memproses gelombang yang dikeluarkan dari mulut seseorang, dan sungguh tak sampai satu detik , kita boleh faham dan respond kepada mereka. Allahuakbar! hazaa syai'u 'ajiib ! :) Subhanallah ! Lihatlah bagaimana hanya dengan proses komunikasi itu, dapat mengingatkan kita akan hebatnya Pencipta kita.. Subhanallah!
Mungkin ini sahaja yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Mudah2an bermanfaat. :)
Assalamu'alaikum.
Comments
terima kasih ya sudi kongsi cerita dan pengalaman. It inspires me a lot!
saya pun tengah buat minor dalam halal industry di uia, major saya, english language and literature.
doakan saya!