#sharing : Cari wide shawl?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi!

La haula wa la quwwata illa billah !

OUR FACEBOOK PAGE : QUE Apparel  (do visit us to look for our wide shawls collections)

Haa. Perasan tak , start entri bulan Jun ni semua macam ala2 karya gittew , walaupun bukan karya kan. Penggunaan ayat yang simple dan direct. Tak de nya nak explain panjang lebau. Yang penting , kena faham sendiri lah. Sebab ayat2 yang digunakan adalah terlalu ringkas tanpa sebarang penjelasan. :)

Mood nak buat entri cenggitu bukan selalu nak dapat. So , bila datang feel tu , terus lah kena taip cepat2 , satgi melayang pi tang lain pulaks. Andai tak sempat menaip pun , idea2 aku yang terlintas , aku akan tulis kat notebook aku dulu secara manual. ^^ hee. ok , done about that. wassalam.

Now , masuk tajuk utama. Its about wide shawl. Actually istilah wide shawl ni digunakan untuk shawl2 yang ukurannya lebih lebar berbanding shawl2 biasa. Shawl biasa kan tak de la panjang sangat, cukup2 je kain, dan kadang tak dapat nak cover apa yang patut dicover. Tak best la kan bila camtu.


So, jalan penyelesaiannya, adalah dengan mencari wide shawl ! tadaa~ Sekarang ni wide shawl dah mudah nak cari , insyaAllah , kalau pandai cari lah. haha. :P Belambak.

Saja saja nak kongsi pengalaman. :)

Ok. Bagi i lah kan , wide shawl ni lagi senang nak cari dalam online shop. Seyes. Memang lah , dekat jalan TAR , masjid jamek and watsoever tu ada jual shawl , tapi nak cari yang berkenan tu agak susah sebenarnya. Kain yang jenis pashmina , agak2 tebal tu memang banyak , tapi dari segi berkenan ke tak itulah yang macam susah sikit. hee. :P (depends atas orang jugak ekceli)

FYI, aku banyak follow online shop kt insta/ IG . Hari2 konfem belek2 satu2 apa yang diupdate oleh setiap online shop tu. Ya Allah ! Sabau je lah. Tengok design2 dia , memang pergh lahh. Kalau duit sekepok dalam poket tu , memang aku teruih pi bank in semua. haha. *astaghfirullah. tamaknya !* haha.

And yeah , bila hari2 dok tengok tu , adalah dua tiga yang dia berkenan. haha. jadi , aku mengambil keputusan untuk membelinya walaupun duit dalam bank tu cukup2 untuk makan, tapi mengenangkan shawl yang diingini itu, aku sanggup guna duit tu. tsk. tsk.


But nak membeli pun, first thing yang aku akan tengok , still , dari segi HARGA. Mengikut kemampuan. Aku akan reject kalau shawl yang jejak harga rm30. Bayangkanlah kalau harga shawl saja dah rm30, plus postage lagi,, memang sedaaap jugak lah nak membayar, kan. haha. i bukannya anak datuk. :P

Second, SAIZ shawl. ataupun kita kata ukuran shawl itu sendiri. Kebanyakan sekarang yg wide shawl , standardnya adalah 2M panjang dan lebar itu berbeza2 lah, ada yang 1M, 0.8M, 0.75M, 0.6M, 0.5M etc. Seyes kalau nak selesa, ambik lah yang 2M X 0.6M ke atas. Memang superb ! :) insyaAllah. Sebab kalau nak belit banyak2 pun , tetap akan cover mana yang patut.Ehem. dan tak dilupakan , tengok yang kena dengan saiz badan jugak hokey. :) kalau kecil , nak ambil yang saiz kecil sikit pun xpa , sebab badan tak besar mana , kan. Still sesuai. ^^
*** peringatan : ukuran shawl berbeza mengikut setiap kedai. i mean dari segi standard unit dia tu, either dia guna M or CM or Inches (inci) . Jadi , perhati elok2 taw. ^^

Setakat pengalaman aku yang baru setahun jagung pakai shawl ni, aku baru pernah beli dari dua online shop , iaitu , Calaqisya (very well-known) dan Annisa Scarf .

Memang puas hati sangat ! ^^  Hoyeah !

Kot kot ada yang teringin nak beli tengok2 lah website diorang eh. :) either formal website , facebook or insta, ok . :)

Ok , here are some picture that i have. ^^

 






Okay. 
Tiga gambar yang dekat atas tu , wide shawl yang aku beli dari Annisa Scarf.
The others tiga kat bawah tu , normal maggie shawl from Calaqisya.
Dua dua nya aku beli online. 
^^

(Untuk maggie shawl tu , sebenarnya ada dua saiz , satu yang normal ,
dan satu lagi XL. Tapi sebab aku agak aku ley pakai yang normal saiz ,
itu yang amek normal tu. alhamdulillah still boleh bagi labuh 
bila aku pakai. ^^ )

Haa. Ok. Aku rasa setakat ini je kottt dulu yang aku nak share. hee.
Nak membeli pun , tengok kemampuan jugak ok.
Bershoppinglah secara berhemah. ^^

Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum.
 

Comments

ecanfadhlina said…
bestla hang boleh pakai shawl ke kuliah..huhuuu. kolej aku tak boleh shawl2 ni. so nak beli pun mcm sayang duit gak la dah jarang2 boleh pakai kan..huhu.
Addin Aisyah said…
@ecan ouh. ya ka.. tak tahu plak ada kolej yg x ley pakai shawl.. xpa laa klu cmtu, jimat dah dwet tang tuu. hehe. :D
nurul said…
that's qhoirun! i know her. we from the same school
Addin Aisyah said…
@nurul hehe. yeah ! that's her ! ^^
Unknown said…
hi dear.. nice blog.. sis ada jual wide shawl juga.. rm14 exc postage.. tgk la instagram @hijablycious .. :)
Unknown said…
hi dear.. nice blog.. sis ada jual wide shawl juga.. rm14 exc postage.. tgk la instagram @hijablycious .. :)
Dah lama cari wide shawl ni tq!..
nanti nak tgk2 la :)
Anonymous said…
Salam.sisi ada jual wide shawl...yg sweet2,feminine gitu...tgk2 lar di fb:aryan boutique.
Haa Shop said…
http://instagram.com/haashop03

wide shawl murah.. murah
Student uia jugak ya. :D
Salam,
Nice shot :)
Nak tanyala, kalau medium size utk semua org boleh pakai just nice utk org besar dan kecik, seeloknya berapa?

1.8 x 0.65m ok tak?

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria