Perumpamaan ada menyebut,
Di mana2 kita berada , jangan pernah lupa ingatkan diri supaya menjaga percakapan. Ya. Kalam. Kata kata. Ucapan. Apa sahaja yang dikeluarkan dari lidah kita....
Perumpamaan ada menyebut,
"Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya"
"Kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa"
"Lidah itu lebih tajam dari mata pedang"
dan banyak lagi sebenarnya perumpamaan2 yang mengingatkan kita supaya kita menjaga percakapan kita.
Kita rasa benda ni macam tak berat tetapi sebenarnya memang ia adalah satu benda yang patut diambil berat. Salah cakap -- orang terasa -- makan hati -- dendam -- balas balik / doakan yang tak baik. Hmm.. Nampak mudah dengan hanya meminta maaf tapi ia bukan sekadar itu. kecuali kita betul2 minta maaf dengan ikhlas... dan sangatlah untung kalau orang itu memang betul2 boleh melupakan.. TAPI benda macam tu mungkin 10 dalam seribu.. ya, mungkin.
Bahaya. Bagi yang tidak pernah merasai kehidupan yang penuh dengan perasaan makan hati -- dendam -- bomoh2 -- mungkin kita tidak akan tahu , betapa BAHAYA nya isu tidak menjaga mulut ini... Ibu dan anak boleh bergaduh -- adik beradik boleh bertekak -- saudara mara boleh berjauh -- suami isteri boleh berpisah -- sahabat handai boleh berkelahi .. hanya kerna tidak menjaga mulut / terlepas cakap / laser / mengutuk belakang / perlakuan melampau... na'uzubillah !
Kita mungkin tidak tahu yang sebenarnya wujud keadaan seperti itu. Tapi bagi yang tidak hidup dalam suasana sebegitu , bersyukurlah. Kekalkanlah keharmonian. Jangan goyahkan tiang kebahagiaan dengan orang di sekeliling kita. Teruskan menjaga percakapan dan pelakuan. Jangan melakukan perkara dengan sewenang2nya dapat melukakan hati orang lain dan menyebabkan dendam. :) InsyaAllah.
Bagi anda yang hidup dalam keadaan penuh hasad dan dendam (mangsa keadaan) , bersabarlah. Ambil 'ibrah daripada kejadian itu dan doakanlah agar semuanya beransur baik. Mohon dengan Allah agar kita tidak mengulangi apa yang telah berlaku di hadapan mata kita. Jangan sesekali kita menyalahkan atau menghukum mereka, tetapi teruskanlah mendoakan mereka agar mereka bersatu. Moga2 suatu hari nanti Allah akan menyatukan mereka kerna Allah jua lah yang memegang hati hamba2-Nya. InsyaAllah. :") Kuatkan diri anda. Lambat laun pasti Allah akan tunjukkan sesuatu kepada anda.
Yang sentiasa mendoakan,
AddinAisyah
Comments