Karya Pena Madhor
~Siapa layak?~
Wujud kemanusiaan dalam haiwan itu
Kemanusiaan yang kian hilang dari insan
Manusia yang kian menjadi-jadi kebinatangan
Tak, bukan kebinatangan
Akan tetapi
Kesyaitanan
Kerana, binatang tak pernah membiarkan anaknya kelaparan
Tak pernah membiarkan anak yang sakit sendirian
Tak pernah biarkan anaknya terus dalam penderitaan
Hari ini
Aku persoalkan
Siapakah yang layak memegang status 'kemanusiaan'?
ISU : REMAJA SAKIT DIBIARKAN BERSAMA SAMPAH DAN NAJIS
(via whatsapp II 1.30 a.m II 22062014)
--------------------------
Layang-layang itu sengaja aku biarkan terbang tinggi
Tinggi meninggal bumi
Sesekali aku tarik
Sesekali aku lepaskan
Aku ulang ia beberapa kali
Aku takut
Jika terusan aku lepaskan- ia hilang
Jika terusan aku tarik- ia jatuh mencium bumi
Aku gembira
Melihat rajuk dia- sayang
Melihat riang dia- bahagia
Namun
Tiba masa pasti aku lepaskan jua
Hari tak selamanya siang
Senja pasti menjengah
Pasti aku mengorak langkah
Pesan aku
Tinggi kau terbang
Jangan lupa bumi pernah menciummu
(via whatsapp II 1.02 a.m II 03052014)
------------------------------------------
Benci aku pada mimpi
Cuma mahukan kesempurnaan realiti
Yang berlari di landasan aqli
Biar mati roh aku dicucuri
Jika babi berkaki empat punyai rezeki
Masakan pula kita makhluk yang disegani
Aku bertanya pada Tuhan
Kenapa aku dizalimi tak bersempadan?
Mereka sepertiku memberi ingatan
Jangan pernah aku menulis sebegitu soalan
Aku bertanya pada Tuhan lagi
Akal diberi untuk apa jika dilimitasi?
Oleh mereka yang sekadar mahu mudahkan diri.
Aku cuma insan yang hina
Mencari redha hidup di dunia
Ya,
Cara kita berbeza
Kerna masing-masing punya akal rasa percaya
---------------------------------------------------
Hari ini aku sendiri
Meratap kau yang telah pergi
Mengharap masa akan terhenti
Aku takut esok kau akan kembali
Pergilah sayang
Aku tak mahu lagi kau datang
Sekadar memberi harapan kepalsuan
Daun hati aku kau tikam
Ahgrr!
Aku menjerit mendengus menggila keseorangan
Tatkala mentari menerjah kedalam mata
Aku bagaikan si anjing gila
Hari aku yang harapnya bewarna pelangi
Kini suram dibalut awan gelap
Menanti hujan hadir disapa mendung
Hai hati
Mahukah engkau rasa mati?
Atau menanti waktu kejap terhenti?
Lekas aku bangun dari mimpi
Agar diri kembali berdiri atas landasan realiti
---------------------------------------------
tika ini aku duduk bersama malam
bersembang tentang keperitan alam
akhlak mulia kian hari kian tenggelam
jatuh merudum kedalam bulatan hitam
menyoal erti kehidupan sebelum hari kebangkitan
setelah penat bertarung dilautan kehidupan
memperolehi kesyukuran atau penyesalan
kepada Tuhan aku pohon keredhaan
malam yang suram kian sirna
pergi bersama mimpi lena
tingkap diketuk oleh cahaya
mahu menerjah ruang hari yang mulia
aku bangun mengorak langkah
menyusun panah dalam bongkah
agar impian tetap terus melangkah gagah
kerna ku mahu pelangi terus mencurah-curah
ya, pelangi yang ku impikan.
bukan mendung seharian.
~madhor~
0343
221113
--------------------------------------
Malam ini terlalu sunyi
Untuk aku terus bermimpi
Mencari dewi malam yang sepi
Tanpa teman dihati
Aku bersiar-siar dijalan kesunyian
Mencari pelangi yang aku harapkan
Bila kau pergi dalam diam
Tanpa pisau hati kau tikam
Rindu datang menyapa
Aku terkesima seketika
Mencari punca agar ia berlalu
Dibawa angin yang melulu
Ombak dan pantai tiada berpisah
Aku dan engkau pernah berkisah
Membina istana cinta yang indah
Namun kini kau pemusnah
----------------------------------------
HARAPAN SUBUH
Malam kita kini sirna
Kerna siang cemburu buta
Kini aku berlabuh
Di tepian pantai subuh
Pernah aku bertanya
Subuh ini milik siapa?
-malam atau siang
Bangun aku dari lena mimpi
Meneroka alam nyata sekali lagi
Sebelum mimpi dibuai angin mendayu
Aku pasti berdoa agar hari ini
bertemu si gadis ayu
Bukan aku memilih rupa
Cuma biar sejuk dipandang mata
----------------------------------------
Malam ini kita ke awan
Menemani dewi malam kesunyian
Berdansa dibawah sinaran bintang
Yang berkeliaran bagai binatang jalang
Ayuh kita terbang
Tinggal sang malang
Ragut si peluang
Peroleh segala impian
Yang selama ini hanya kuat tersimpan
Kamon kawan
Bila lagi mahu berlawan?
Tumbuk guna tangan
Jangan kau pula yang terpampan
Setelah teruja melihat otot di lengan
-------------------------------------------
DIA JANTAN CELAKAWujud kemanusiaan dalam haiwan itu
Kemanusiaan yang kian hilang dari insan
Manusia yang kian menjadi-jadi kebinatangan
Tak, bukan kebinatangan
Akan tetapi
Kesyaitanan
Kerana, binatang tak pernah membiarkan anaknya kelaparan
Tak pernah membiarkan anak yang sakit sendirian
Tak pernah biarkan anaknya terus dalam penderitaan
Hari ini
Aku persoalkan
Siapakah yang layak memegang status 'kemanusiaan'?
ISU : REMAJA SAKIT DIBIARKAN BERSAMA SAMPAH DAN NAJIS
(via whatsapp II 1.30 a.m II 22062014)
--------------------------
Layang-layang itu sengaja aku biarkan terbang tinggi
Tinggi meninggal bumi
Sesekali aku tarik
Sesekali aku lepaskan
Aku ulang ia beberapa kali
Aku takut
Jika terusan aku lepaskan- ia hilang
Jika terusan aku tarik- ia jatuh mencium bumi
Aku gembira
Melihat rajuk dia- sayang
Melihat riang dia- bahagia
Namun
Tiba masa pasti aku lepaskan jua
Hari tak selamanya siang
Senja pasti menjengah
Pasti aku mengorak langkah
Pesan aku
Tinggi kau terbang
Jangan lupa bumi pernah menciummu
(via whatsapp II 1.02 a.m II 03052014)
------------------------------------------
Benci aku pada mimpi
Cuma mahukan kesempurnaan realiti
Yang berlari di landasan aqli
Biar mati roh aku dicucuri
Jika babi berkaki empat punyai rezeki
Masakan pula kita makhluk yang disegani
Aku bertanya pada Tuhan
Kenapa aku dizalimi tak bersempadan?
Mereka sepertiku memberi ingatan
Jangan pernah aku menulis sebegitu soalan
Aku bertanya pada Tuhan lagi
Akal diberi untuk apa jika dilimitasi?
Oleh mereka yang sekadar mahu mudahkan diri.
Aku cuma insan yang hina
Mencari redha hidup di dunia
Ya,
Cara kita berbeza
Kerna masing-masing punya akal rasa percaya
---------------------------------------------------
Hari ini aku sendiri
Meratap kau yang telah pergi
Mengharap masa akan terhenti
Aku takut esok kau akan kembali
Pergilah sayang
Aku tak mahu lagi kau datang
Sekadar memberi harapan kepalsuan
Daun hati aku kau tikam
Ahgrr!
Aku menjerit mendengus menggila keseorangan
Tatkala mentari menerjah kedalam mata
Aku bagaikan si anjing gila
Hari aku yang harapnya bewarna pelangi
Kini suram dibalut awan gelap
Menanti hujan hadir disapa mendung
Hai hati
Mahukah engkau rasa mati?
Atau menanti waktu kejap terhenti?
Lekas aku bangun dari mimpi
Agar diri kembali berdiri atas landasan realiti
---------------------------------------------
tika ini aku duduk bersama malam
bersembang tentang keperitan alam
akhlak mulia kian hari kian tenggelam
jatuh merudum kedalam bulatan hitam
menyoal erti kehidupan sebelum hari kebangkitan
setelah penat bertarung dilautan kehidupan
memperolehi kesyukuran atau penyesalan
kepada Tuhan aku pohon keredhaan
malam yang suram kian sirna
pergi bersama mimpi lena
tingkap diketuk oleh cahaya
mahu menerjah ruang hari yang mulia
aku bangun mengorak langkah
menyusun panah dalam bongkah
agar impian tetap terus melangkah gagah
kerna ku mahu pelangi terus mencurah-curah
ya, pelangi yang ku impikan.
bukan mendung seharian.
~madhor~
0343
221113
--------------------------------------
Malam ini terlalu sunyi
Untuk aku terus bermimpi
Mencari dewi malam yang sepi
Tanpa teman dihati
Aku bersiar-siar dijalan kesunyian
Mencari pelangi yang aku harapkan
Bila kau pergi dalam diam
Tanpa pisau hati kau tikam
Rindu datang menyapa
Aku terkesima seketika
Mencari punca agar ia berlalu
Dibawa angin yang melulu
Ombak dan pantai tiada berpisah
Aku dan engkau pernah berkisah
Membina istana cinta yang indah
Namun kini kau pemusnah
----------------------------------------
HARAPAN SUBUH
Malam kita kini sirna
Kerna siang cemburu buta
Kini aku berlabuh
Di tepian pantai subuh
Pernah aku bertanya
Subuh ini milik siapa?
-malam atau siang
Bangun aku dari lena mimpi
Meneroka alam nyata sekali lagi
Sebelum mimpi dibuai angin mendayu
Aku pasti berdoa agar hari ini
bertemu si gadis ayu
Bukan aku memilih rupa
Cuma biar sejuk dipandang mata
----------------------------------------
Malam ini kita ke awan
Menemani dewi malam kesunyian
Berdansa dibawah sinaran bintang
Yang berkeliaran bagai binatang jalang
Ayuh kita terbang
Tinggal sang malang
Ragut si peluang
Peroleh segala impian
Yang selama ini hanya kuat tersimpan
Kamon kawan
Bila lagi mahu berlawan?
Tumbuk guna tangan
Jangan kau pula yang terpampan
Setelah teruja melihat otot di lengan
-------------------------------------------
saat kau berbicara
kemanisan bibirmu aku terjilat
saat kau berjanji
wangian kata-katamu aku terhidu
saat aku kau puja
keindahan kau ada dimata
celaka
manisnya bibirmu tatkala kita berdua
ditambah ramuan syaitan durjana
kau berjanji
akulah sang puteri
yang terpatri kuat dihati
celaka
wanginya kata-katamu saat kita berdansa
berjanji anak ini kau akan bela
memberi segala yang ada
agar kita terus bersama
menikmati syurga dunia
celaka
keindahan kau butakan mata
bila dosa sedap bagai pahala
segalanya indah bagai disyurga
mahkota aku kau noda
CELAKA!
------------------------------------------------
sayang
hadirmu bagai bintang
dari kejauhan kau bersinar riang
sayang
hadirmu bersama janji menyentuh rasa percaya
membuat diri ini terpatri keindahan cinta
yang kita bina bagai istana
sayang
kau bagai mentari
mencurah cahaya dicelahan jendela
menerangi ruang kosong hati ini
sayang
kau hadir tatkala kuduka
mengubati hati terluka
yang penat minum bergelas gelas kecewa
kini kita berdua
terbahak bahak ketawa
0338
051013
----------------------------------------
jika sampai waktuku
jangan siapa berani merayu
aku harap kamu juga begitu
hentikan sedu sedan
jangan wajahku jadi ratapan
tika itu tubuhku berkapan
bawa ibu pergi
bawa ayah pulang
beritakan saja aku sudah kembali
pulang diri kepada ilahi
yang sejak azali kekal abadi
sayang,
jangan kau tangisi
kepulanganku sudah dijanji
cuma waktu rahsia terpatri
0325
051013
-----------------------------------------
jangan siapa berani merayu
aku harap kamu juga begitu
hentikan sedu sedan
jangan wajahku jadi ratapan
tika itu tubuhku berkapan
bawa ibu pergi
bawa ayah pulang
beritakan saja aku sudah kembali
pulang diri kepada ilahi
yang sejak azali kekal abadi
sayang,
jangan kau tangisi
kepulanganku sudah dijanji
cuma waktu rahsia terpatri
0325
051013
-----------------------------------------
BONEKA
aku wujud disini
yang sering ada untukmu
mataku digari wajah cantikmu
lidahku dibeku keindahan suaramu
kakiku kaku dirantai kasihmu
tapi semua itu palsu
kau cuba butakan mata
pekakkan telinga
hentikan deria rasa
aku ada tika kau duka
bahagiakau aku entah dibuang kemana
bila cinta kau dan dia berbunga
aku cuma boneka semata
aku wujud disini
yang sering ada untukmu
mataku digari wajah cantikmu
lidahku dibeku keindahan suaramu
kakiku kaku dirantai kasihmu
tapi semua itu palsu
kau cuba butakan mata
pekakkan telinga
hentikan deria rasa
aku ada tika kau duka
bahagiakau aku entah dibuang kemana
bila cinta kau dan dia berbunga
aku cuma boneka semata
---------------------------------------
PANTAI HIBA
petang ini
aku duduk dihujung rasa rindu
merongkai segala janji palsu
yang pernah kau pahat di batu
hujan membasahi pipi
tatkala mataku menangkap kau dan dia
melihat tubuh munggilmu dirangkulnya
penuh erat
fikiranku mula mencongak
mengharap kau dan dia punyai satu darah
punyai pertalian saudara
namun kemesraanmu itu tidak begitu
mahu saja aku bertanya
"siapa dia?"
tak
aku tak kuat untuk persoalkan itu
kerna kulihat tiada peluang
hiba
kecewa
hampa
menjadi makananku detik ini
--------------------------------------
petang ini
aku duduk dihujung rasa rindu
merongkai segala janji palsu
yang pernah kau pahat di batu
hujan membasahi pipi
tatkala mataku menangkap kau dan dia
melihat tubuh munggilmu dirangkulnya
penuh erat
fikiranku mula mencongak
mengharap kau dan dia punyai satu darah
punyai pertalian saudara
namun kemesraanmu itu tidak begitu
mahu saja aku bertanya
"siapa dia?"
tak
aku tak kuat untuk persoalkan itu
kerna kulihat tiada peluang
hiba
kecewa
hampa
menjadi makananku detik ini
--------------------------------------
lukisan dunia
penuh warna warni
an-nas cuma mahu putih
memenuhi segenap ruang bumi
memayungi dari atas langit
nyah hitam
tak
ia takkan berlaku
Pelukis punyai rancangan maha hebat
penuh warna warni
an-nas cuma mahu putih
memenuhi segenap ruang bumi
memayungi dari atas langit
nyah hitam
tak
ia takkan berlaku
Pelukis punyai rancangan maha hebat
petang ini
aku duduk dihujung rasa rindu
merongkai segala janji palsu
aku duduk dihujung rasa rindu
merongkai segala janji palsu
------------------------------------------
malam ini kita duduk bersama
mendengar lagu berirama
melihat dewi malam dipagari dayang dayang bintang
di atas padang kasih kita bina istana cinta
membiar jendela terbuka
memberi ruang pada mentari
-menerangi pelusuk hati
kau terjun ke mata aku
terusan ke hati yang beku
membuat tubuh terasa kaku
hingga lidahku terkelu
-----------------------------------------
MENJADI AKU
malam ini aku menjadi aku
mengganti aku yang dulu
aku yang tiada pernah terganti selain aku
mimpi dalam MIMPI
kini aku masih punyai mimpi
mimpi dalam MIMPI
sebelum menuju hari ESOK
yang tiada lagi mimpi-mimpinya
kuat aku meletakkan mimpi dalam kamar sunyi
mengharap mentari mengetuk tingkap pagi
mencurahkan cahya menerangi mimpi
dalam MIMPI
kuragu
mahu terus berlari dibawah hujan kehidupan
lari membumbungkan usaha jaya
atau aku sekadar duduk dipayung kematian sia-sia
kini
aku menjadi aku
yang sedar diberi saat-saat berbaki
sebelum berdiri dibawah matahari berjarak sejengkal
---------------------------------------
KOSONG
berat atma lantaran menyonsangkan picisan minda
berat mengorak langkah menyusuri sayap sayap pelangi
yang terlakar
namun
meskikah denyutan embun bersemadi di setiap titisan
pagi?
dan meskikah kibaran kibaran doktrin memasak panji
rindu?
dan segenap sudut
kekosongan tetap menyaringkan sukma
dan kekosongan masih mengisi bait deringan derita
(Featuring : Iman the Youngwriter)
-----------------------------------------
Comments