Kelajuan biasa2 namun membunuh
بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang kelajuan biasa biasa namun membunuh? Aku cuba untuk memberi gambaran akan sesuatu kejadian atau norma masyarakat yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.
Bagaimana dengan lisan manusia? Yang mampu menyebarkan kisah hidup orang lain (fokus kepada aibnya seseorang) kepada manusia yang lain.. Tidak dapat dinafikan perkara seperti ini sebenarnya masih lagi berlaku di dalam masyarakat2 kampung mahu pun bandar.
Aku masih mencari rasional di sebalik kejadian ini... Memang aku tahu mulut manusia mana yang boleh ditutup? Lainlah kalau mulut tempayan, senang saja diambil penutup dan menutup tempayan tersebut... Hmm.
Adakah kerana mahu menagih simpati?
Adakah kerana tiada lagi cerita menarik yang mahu dikongsi sehinggakan keaiban orang yang menjadi topik perbualan cerita?
Adakah kerana mahu dilihat seperti anda tahu semua cerita yang sedang berlaku?
Kenapa? Mengapa? Why?
KESAN
Tidak dapat tidak , pasti akan berlaku kesan yang buruk disebalik kejadian ini.. Kau ingat penerimaan semua orang adalah sama? Kau ingat orang senang2 boleh lupa kalau kau dah buka keaiban dia kepada orang lain? Kadang2 nilai maruah itu lebih dijaga berbanding nilai perhubungan.... Bila saudara dah tak bertegur , kau fikirlah apa yang telah kau buat...
Jadi, jagalah lisan kita wahai sekalian alam , termasuklah diri aku yang hina. Aku juga kadang2 terlupa (memang sifatnya manusia begitu) , tapi insyaAllah, marilah sama sama kita ingatkan diri untuk tidak terus menceritakan keaiban saudara kita sendiri kepada orang2 lain....
Kita tak tahu MLM dari kejadian ini bagaimana.. sekali kau cerita kt orang , orang tu boleh sebar sehingga tiga dan empat orang lagi yang dia kenal.. dosa-dosa berlipat ganda dan daripada mana puncanya??? Na'uzubillah. Itulah , jangan terlalu lantang kita membuka keaiban orang lain sampaikan terlupa yang keaiban kita bakalan Allah tunjukkan di akhirat kelak..
Ia tersebar dengan kelajuan biasa-biasa namun mampu membunuh hubungan persaudaraan ...
Saudara kerdil yang mahu berkongsi,
AddinAisyah
Comments