Me from 2024
https://addinaisyah.blogspot.com/2019/07/rehat-seketika.html
Hari ini bertarikh 04.10.24 dan aku berada di CBTL KW. Hari ini menjadi saksi hari emosi aku jatuh yang entah kali keberapa, yang aku ingat tahun ini, inilah kali kedua aku ambil cuti sakit disebabkan mental health issue.
Roller coaster mana yang aku naik hari ni ya..
Lemah dan makin lemah ya aku sekarang..
Dan disaat ini (1000hrs) kulihat seorang lelaki berkerusi roda sedang melalui kawasan ini sambil membawa barang jualannya (mungkin) . Ya Allah nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan.
Fikiran menerawang entah kemana.
Pandangan kosong.
Entah apa yang akan jadi hatta 5 minit lagi.
Hari ini aku mengambil peluang
Membuka blog ini dan mencari ruang
Untuk aku melakarkan apa yang aku rasa.
Aku kira emosiku akan kembali stabil
Setelah aku melepaskan segala kekusutan aku
Selepas aku menzahirkan apa yang terpendam.
Semoga.
Doktor pesan:
Cari apa yang membuatkan diri gembira.
Jangan cuba untuk sentiasa 'please' kan orang lain.
Jangan cuba untuk sentiasa penuhi expectation orang lain sedangkan diri sendiri tak gembira.
Tapi 'please'kan diri sendiri dahulu, maka yang lain2 akan datang kemudian.
Sebelum outburst, take your time off..
Rasa nak marah, take your time off..
Badan start sakit2, its a signal that you need to take time off..
I love my family.
I love my work.
tapi dimana 'myself'' ?
where do you put 'myself' in your life?
huhh.. think to ponder ya..
bila dan dimana aku menjadi diri aku..
bila dan dimana aku manjakan diri aku..
bila dan dimana aku selesa dengan diri aku..
bila dan dimana aku bangga dengan diri aku..
Bila kau hidup dalam keadaan yang kau cuba nak memenuhi semua expectation orang disekeliling kau , sampai kau hilang dengan wujudnya diri kau sendiri, impian kau, cita2 kau. Siapa yang akan pimpin kau balik untuk melihat diri kau yang hilang?
Semoga Allah sentiasa membimbing dan menjaga hati ini.
Amiin Ya Rabb .
Comments