Mumu Jr. : satu tahun dua puluh hari
assalamualaikum dan hai semua !
fuhh lama rasanya takbuka blog guna laptop ni . lepas dah kawen dah ada anak , update pun yang simple2 je, itu pun melalui telefon sahaja .. hiks..
apapun , perkembangan terkini mumu alhamdulillah baik baik sahaja . masih berkhidmat di klia2 , masih menjalani kehidupan seharian di Banting, dan mumu junior pun dah masuk setahun dengan jayanya . hehe . dah boleh berjalan dan memahami arahan2 mudah berserta gaya tertentu .. alhamdulillah . semua rezeki itu dari Allah .
Allah masih izinkan kami untuk melihat anak kami membesar dengan sihat dan kuat ; menjadi budak yang bijak dan sentiasa menghiburkan dan menceriakan suasana seharian kami .. walaupun pada setiap pagi sebelum berpisah , ada sahaja drama airmata yang belum ada tanda-tanda episod akhir sentiasa berlangsung tanpa gagal . Masa umur 3 bulan kebawah masih okay , sebab kebanyakan masa hanya tidur dan kadang2 masa ditinggalkan kt rumah Ibu dia pun, dia masih tidur .. selepas umur 3 bulan , dengan peel nanges yang orang takley tinggal dia langsung.. sentiasa nak ada orang depan mata dia .. sampaikan Ibu dia pun terpaksa makan depan dia.. sehari entah berapa kali drama lah kan.. hihi..
Seiring peningkatan usia, mumu rasa dia dah kurang menangis. sebab drama hanya terjadi semasa berpisah , kemudian dia dah pandai bermain dan meneroka dengan abam dia. hehe .. so kalau ibu nak g masak ke buat aktiviti lain, at least mumu junior dan pandai duduk main dgn mainan yg tersedia, ataupun ngekor abam dia g explore cerok mana mana .. ^^ thats my daughter . sampaikan tokmi tanya, dok menangeh lagi kaa pagi2 kt rumah Ibu dia.. hahahaha, and im proudly said , "tanpa gagal lahhh umi drama dia pepagi," hahaha, and tokmi reply,"ya lah... dia nak bagitaw yang dia sedih lah tu kena tinggal, nak bagi orang ingat kt dia..." hehe
dan we are so please sebab dia dijaga dari umur 40 hari sehinggalah sekarang setahun 20hari oleh Ibu dia.. :) selagi takde patah riuk lebam2 yang teruk cirit2 muntah2 , alhamdulillah Nuha masih dijaga oleh Ibu dia.. yang specialnya bila Nuha sesorang dia ja , takde orang lain lagi yang diasuh bersama.. jadi, hati kita ni pun macam lega lah sikit, sebab dia dapat perhatian dan penjagaan yang baik . setakat tercalar2 sikit tu , kat mana2 pun it can happened right hatta ketika dibawah penjagaan kita sendiri .. dan semoga Nuha sentiasa dibawah perlindungan Allah swt sentiasa . ^^ ameen .
Beginilah serba sedikit kisah perkembangan mumu junior . semoga dia terus membesar jadi anak yang baik dan solehah.
xoxo,
Mama Mumu
27072019
Comments