Rehat seketika .
Mumu adalah sejenis yang susah melupakan apa2 jua perkara yang telah berlaku dalam dirinya - yang menyebabkan hati dia kadang terguris , terasa , terkecewa , terkesan , tercalar - yang sehinggakan dia pernah mengalirkan air mata kerana perkara itu . Ya . Itu lah Mumu .
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini menyebabkan air mata laju mengalir , tapi itu lah realiti . Seorang Mumu yang sukar meluahkan kepada manusia , tetapi hanya mampu mengalirkan airmata atau menulis di blog sahaja . Bukan juga seorang yang lantang bersuara meluahkan di media sosial utama seperti facebook / instagram / whatsapp status kerana banyak hati yang perlu dijaga dan sudah tentu banyak yang memerhati . Biar diri dan hati ini sahaja yang terasa disakiti tetapi tidak perlu untuk hati lain turut disakiti .
Pendam tapi tiada dendam . Luka sembuh tapi tetap berbekas .
Andai tiba masa terimbau memori lama , pasti mudah mata ini mengizinkan airnya turun dengan deras . Ya . pastinya tika hati sudah terlalu penat , jiwa tak lagi mampu bertahan , dan sudah tak mampu lagi memujuk sabar . Penat . Bila datang penat , tanggungjawab pun terasa hilang ikhlasnya . dan dengan itu , diri terpaksa mencari ruang rehat untuk melepaskan lelah dan penat yang dirasai . Luahkan pada yang Esa kerana hanya Dia Maha Mendengar dan Mengetahui setiap apa yang kita lalui dan rasai . dan kerana Dia jua lah Yang Maha Memberi jalan keluar dari setiap kekusutan yang kita hadapi . :)
Rehat seketika-
sebelum meneruskan perjalanan .
Agar ikhlas kembali bertandang
dalam melaksanakan tanggungjawab .
Dengan izin Allah .
xoxo,
Mumu
Mumu
28072019
Comments