Posts

Harapan .

Harapan . Terkadang tiba masa kita tak mampu lagi berkata apa  untuk setiap harapan yang diberikan .  Usaha . Selagi masih zahir  Itu sudah cukup .  By, UAS 28072019

Rehat seketika .

Mumu adalah sejenis yang susah melupakan apa2 jua perkara yang telah berlaku dalam dirinya - yang menyebabkan hati dia kadang terguris , terasa , terkecewa , terkesan , tercalar - yang sehinggakan dia pernah mengalirkan air mata kerana perkara itu . Ya . Itu lah Mumu .  Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini menyebabkan air mata laju mengalir , tapi itu lah realiti . Seorang Mumu yang sukar meluahkan kepada manusia , tetapi hanya mampu mengalirkan airmata atau menulis di blog sahaja . Bukan juga seorang yang lantang bersuara meluahkan di media sosial utama seperti facebook / instagram / whatsapp status kerana banyak hati yang perlu dijaga dan sudah tentu banyak yang memerhati . Biar diri dan hati ini sahaja yang terasa disakiti tetapi tidak perlu untuk hati lain turut disakiti .  Pendam tapi tiada dendam . Luka sembuh tapi tetap berbekas .  Andai tiba masa terimbau memori lama , pasti mudah mata ini mengizinkan airnya turun dengan deras . Ya . pastiny...

Expectation .

Hidup dalam expectation manusia . Penat - untuk sentiasa menjadi yang bukan diri kita .  Kerna - kita hidup dikelilingi manusia . Maka setiap satu expectation perlu dipenuhi  Entah bila - kita akan mula bersyukur  dan menjadi diri yang sebenar . Memenuhi setiap kehendak dan cita cita diri , yang banyak terpendam  tapi tidak pernah mampu untuk dilaksanakan . Ya. Kerana kita masih hidup dalam expectation  dan  pandangan manusia . By,  UAS 280719

Mumu Jr. : satu tahun dua puluh hari

assalamualaikum dan hai semua ! fuhh lama rasanya takbuka blog guna laptop ni . lepas dah kawen dah ada anak , update pun yang simple2 je, itu pun melalui telefon sahaja .. hiks.. apapun , perkembangan terkini mumu alhamdulillah baik baik sahaja . masih berkhidmat di klia2 , masih menjalani kehidupan seharian di Banting, dan mumu junior pun dah masuk setahun dengan jayanya . hehe . dah boleh berjalan dan memahami arahan2 mudah berserta gaya tertentu .. alhamdulillah . semua rezeki itu dari Allah . Allah masih izinkan kami untuk melihat anak kami membesar dengan sihat dan kuat ; menjadi budak yang bijak dan sentiasa menghiburkan dan menceriakan suasana seharian kami .. walaupun pada setiap pagi sebelum berpisah , ada sahaja drama airmata yang belum ada tanda-tanda episod akhir sentiasa berlangsung tanpa gagal . Masa umur 3 bulan kebawah masih okay , sebab kebanyakan masa hanya tidur dan kadang2 masa ditinggalkan kt rumah Ibu dia pun, dia masih tidur .. selepas umur 3 bulan ...

Kasih

Moga tak dihilangkan Rasa kasih itu Moga tak ditarik Rasa cinta itu Moga yang baik sahaja Yang terus dititipkan Di dalam hati Yang berbolak balik ini . By, UAS 200319

Sakit

Sakit itu hanya alasan Menggelodakkan rasa Yang lama terpendam Sakit itu hanya penyebab Meletuskan jiwa Yang lama kepenatan Berikanlah ruang Berikanlah masa Untuk rasa dan jiwa Tumbuh mekar Bertunas dan berbunga Penuh kesegaran Sebelum ia layu Gugur dan m.a.t.i By, UAS 200319

Akan tiba?

Adakah akan tiba, Satu masa Dimana diri Tidak perlu bekerja, Menukar karier Menjadi surirumah Sepenuh masa . By, UAS 100119