MyJournal - Berderap @ Johor : part2

Assalamu'alaikum and hi!

Alhamdulillah sekarang ni aku dah ada kt mahallah di UIAM Gombak, memandangkan kami bertolak dari Kedah semalam lagi.. :) lega tengok barang2 semua dah kemas walaupun esaimen yang bertimbun bak gunung tu tak terkemas lagi.. *dasar pemalas.* ish3..

Baiklah, intro yang tak da kaitan. haha. Actually nak sambung tentang cerita perjalanan aku di Johor. :p Sekarang ni dah part 2 , kalau part 1 punya, klik sini ---> MyJournal - Berderap @ Johor : part1 ...


23/3/2012
Hari ini hari Sabtu. Seperti yang telah dirancang aku dan abang akan bergerak pulang ke kampung kami yang terletak di Muar, iaitu Kg. Sarang Buaya. *scary ark nama kampung kami?! haha* . Alhamdullillah, pada jam 10 pagi, kami bergerak ke Muar. Beralaskan ubi kayu rebus sebagai sarapan. Sangat daebak! ^^ (sangat lama tak jumpa ubi kayu) hehe


Sepanjang perjalanan, kami hanya berbual-bual, menceritakan itu dan ini, sehingga tak sedar yang kami sebenarnya sudah menghampiri kawasan kampung kami. Aku rasa macam tak percaya yang aku dapat menjejakkan kaki kt kampung aku.. *muka teruja* sebab bukan senang aku dan family nak balik kampung, kan.. silap-silap selang 10 tahun baru balik kampung. :P




Jalan yang masih comot-comot macam dulu. Parit hitam yang masih tak berubah. Ladang kelapa sawit yang masih sama. Titi kayu yang masih kecil. Semuanya menggamit memori. 

Aku sempat merakamkan video perjalanan kami dari simpang masuk ke Kg. Sarang Buaya itu sehinggalah ke rumah mak usu. Sekadar kenangan. :)


Here we're..
Welcome to our kampung halaman.. ^^

Haa, i nak tanya uolls
ada brannn tak nak drive kereta naik titi ni?!

 Jangan main-main taw,
salah ambil lajak , silap-silap korang yang masuk parit.. :P

So do us..
My bro tak berani , dan aku pun dok melemahkan semangat dia,
last2 kami tumpang parking kat rumah orang.
*haha. tak guna punya adik*



Alhamdulillah.. Setelah beberapa jam berada di rumah mak usu, kami minta izin untuk pulang ke BP semula.. :) Terima kasih mak usu atas layanan yang diberikan.. hehe.. dapat juga tengok baby Farisha malu-malu kucing tu.. ^^ 

Dan di pertengahan jalan, hujan sangatlah lebat.. Syukur lah tak da apa-apa yang berlaku kt kami. Siap ada pokok yang tumbang lagi kt tengah jalan, tapi waktu kami lalu tu, dah ada pihak berkuasa dh la kt situ.. :)



Mentang-mentang la kami naik Kelisa, dia simbah kami dengan ayaq.. aigoo!
24/3/2013


Tepat jam 9pagi, kami bergerak meninggalkan perkarangan rumah mama, untuk ke majlis perkahwinan sepupu kami di Kg. Bentong, Kluang.. Memandangkan drebar pon tak taw jalan, maka, kami pun saing dengan mak usu... hehe.. Selamat tiba di sana setelah hampir sejam perjalanan.

Setibanya di sana, kami bersalaman dengan saudara-mara yang telah hadir ke rumah pak ngah.. Sebenarnya, banyak je yang aku tak cam muka, tapi belasah je lah.. (ni lah bahana bila jarang balik kampung) hahaa. :P

To be surprised, Ali kena jadi pengapit abg Ajib. woo. woo.. ni dah kali kedua dia jadi pengapit nih.. (mohon dapat berkat la) haha. :P  tapi terkejut tergempaq pun tak pa lah, sebab dia dah ada pengalaman kan.. :)





Alhamdulillah. Majlis semuanya berjalan lancar. Keluarga mama pun dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.. Jazakumullah khoiran kathira to mama, ayah, and family. :) Aku dan Ali pun tak lama di rumah pak ngah. Lebih kurang pukul 5 lebih, kami minta diri untuk pulang.. ^^

and the next place is my cousin's house at Taman Sri Kluang.. *dekat nak mampos dengan Kg. Bentong* hahaa. :P

to be continued...

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria