MyJournal - Berderap @ Johor : part1

Assalamu'alaikum and hi!

Alhamdulillah. dapat curi masa untuk update blog. hehe.. :D

Baiklah, sebelum ni aku dah update tentang permulaan perjalanan aku untuk ke Batu Pahat, kan..? Kalau yang belum baca, boleh lah klik sini---> Experience is The Best Teacher, right?!

Dan pada malam ni, aku nak update tentang kisah seterusnya.^^

21/3/2012 :


Aku menaiki bas Transnasional untuk pulang ke Batu Pahat. Tiba di Terminal Bersepadu Selatan dan menunaikan solat jama' qasar zuhur dan asar terlebih dahulu. Selesai solat, aku singgah di kedai tudung yang terdapat di situ. masyaAllah. macam-macam jenis tudung ada dan ohh aku terbeli dua helai shawl la plaks.. blue and pink in colour. omaai! :p


setelah membuat pertukaran pas pelepasan, aku turun ke balai berlepas dan menunggu bas aku tiba. tapi , bila bas aku dah sampai, rasa macam serba salah gilerr nak naik sebabnya i'm the first person yang naik bas tu. siap minta izin kat driver bas lagi yang sedang hisap rokok sambil bercangkung di tepi bas.


Aku: Pakcik, ni saya boleh naik dah ek?
Driver: Ya2, kamu boleh naik. *sambil mengangguk*

Tak lama kemudian, ada tiga orang lagi penumpang yang menaiki bas itu. and you know whatt? in one big Trans bus, there're only five person (including  the driver). aku rasa macam vvvvvvip dah.. haha.. dan tepat jam 4.40p.m, bas pun bergerak meninggalkan TBS.. perjalanan yang mengambil masa hanya dua jam setengah , lebih kurang.. dan memang tak stop kat mana-mana pun.. gerak direct dari KL ke BP...

Jam 7.30p.m : abang aku sampai ke stesen bas BP dan kami terus bergerak ke BP Mall.. selesai solat maghrib di sana, aku dan dia pun pusing-pusing lah dalam BP Mall tu.. jalan-jalan je lah, cuci mata.. hehee.. Kemudian, kami pulang ke rumah mama, tempat aku bermalam. :)

22/3/2013 :
Bangun agak lewat. Subuh. Mandi. Sarapan. Tiada aktiviti yang aku lakukan pada pagi ini, sekadar menonton tv dan membaca buku sahaja. :) Kemudian, pada jam 3p.m, aku dan abang keluar ke Carefour, menonton wayang, dengan menunggang motosikal.


Motosikal kehabisan minyak di pertengahan jalan. tetapi syukur. seperti telah dirancang dengan baik oleh Allah- motor kami mati betul2 bertentangan stesen minyak Petronas dan terdapat sebuah botol plastik kosong berhampiran motor kami. Tanpa membuang masa, abang mengambil botol kosong tersebut (rupa-rupanya botol itu bekas minyak jugak) dan terus melintas ke arah stesen minyak. Aku hanya menunggu di motor. :)

Movie time! The Croods! Masa dok tunggu wayang nak mula, tiba2 dapat panggilan telefon. Alahaaai! poslaju ni pun, salah timing ! haha. Tapi belasah je lah cakap juga, infom arah nak ke rumah aku. :)



Selesai menonton wayang, kami ke surau dan tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. :) then, tak pasal pasal, aku pi singgah dekat kedai kasut XES yang tengah da offer sakan tuh.... akhirrnyaaaa, aku jugak yang terbeli kasut di situ. ish3.. *ahh. tewass!!*

Mohon fokus kat kasut biru kuning tu yaa. :p
Kemudian, kami pusing bandar BP. sekadar mengambil angin malam. :) akhir sekali, kami dinner di sebuah kedai makan berhampiran Parit Raja. Pekena chicken chop dan jus gelas besar. fuhh! kenyang! Alhamdulillah. :)


to be continued...

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria