Hati Terpaut , Jiwa Bersatu
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum and hi ! La haula wa la quwwata illa billah ! Setelah hampir sebulan berlalu , hari ni baru lah dapat aku menaip kisah yang aku rasa cukup bersejarah dalam kehidupan sahabat aku seterusnya sebagai permulaan bagi pembinaan masjid dalam batch kami, SPM 2010. :) Credit to Ibn Munir's FB Aku faham mesti ramai yang agak terkejut dengan berita perkahwinan sahabat kita, kerana dikhabarkan hanya selepas majlis akad nikah . Mesti pelbagai soalan yang timbul , dan tak kurang juga yang tidak berpuas hati kerana lewat dimaklumkan.. Namun apakan daya, segala keputusan ditangan mereka. Pasti mereka punya sebab tersendiri dalam merahsiakan pernikahan mereka pada awalnya. Jangan risau, insyaAllah, dalam masa tiga tahun nanti, dia akan jemput kita pula untuk ke kenduri sebelah lelaki.. hehe.. doakan mereka moga dipermudahkan.. ok? ;) Sebaik sahaja diumumkan tentang pernikahan mereka dan dijemput untuk ke majlis kenduri , ramai s...