Hati Terpaut , Jiwa Bersatu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi !

La haula wa la quwwata illa billah !
 
Setelah hampir sebulan berlalu , hari ni baru lah dapat aku menaip kisah yang aku rasa cukup bersejarah dalam kehidupan sahabat aku seterusnya sebagai permulaan bagi pembinaan masjid dalam batch kami, SPM 2010. :) 

Credit to Ibn Munir's FB
Aku faham mesti ramai yang agak terkejut dengan berita perkahwinan sahabat kita, kerana dikhabarkan hanya selepas majlis akad nikah . Mesti pelbagai soalan yang timbul , dan tak kurang juga yang tidak berpuas hati kerana lewat dimaklumkan.. Namun apakan daya, segala keputusan ditangan mereka. Pasti mereka punya sebab tersendiri dalam merahsiakan pernikahan mereka pada awalnya. 

Jangan risau, insyaAllah, dalam masa tiga tahun nanti, dia akan jemput kita pula untuk ke kenduri sebelah lelaki.. hehe.. doakan mereka moga dipermudahkan.. ok? ;)

Sebaik sahaja diumumkan tentang pernikahan mereka dan dijemput untuk ke majlis kenduri , ramai seakan tidak percaya , ya , mungkin saja kerana terkejut.. tapi itulah hakikatnya.. berpusu-pusu orang bertanyakan soalan itu dan ini. siapa zaujahnya? bila akadnya? bagaimana kenal? dan macam2 lagi soalan dilontarkan..


Namun alhamdulillah.. disebalik soalan2 hasil kejutan itu , sahabat2 sekalian tak lupa untuk mendoakan mereka.. tahniah dan terima kasih ! ^^ mungkin ada beberapa sahabat terdekat dengan Din yang boleh jawab , tapi kami pun hanya menjawab sekadar termampu sahaja dan mengikut keperluan sahaja. Selebihnya , hendaklah diajukan kepada tuan punya badan sendiri, ok? :)

Dari segi perkenalan mereka, sudah pasti mereka lebih tahu. Sama2 belajar di Jordan, itu sahaja yang mampu aku jawab. bagaimana dan di mana itu jangan ditanya, yaa? hehe.. Umur zaujah sebaya dengan kita, jurusan Syari'ah, takhassus apa tu tak pasti plak.. hee.. thats said.. 



Aku pun sebenarnya bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat bersahabat dengan zaujahnya sebelum mereka berkahwin lagi..  Allah dah aturkan perhubungan kami dengan lebih awal. walaupun memang tak pernah bersua muka tapi alhamdulillah, kami kerap berhubung melalui Whatsapp.. ^^ 

That's why kami dapat pergi ke rumah pengantin perempuan.. tak de la segan sangat sebab dah kenal2 camtu kan.. hehe.. cuma kali ni face-to-face je lah.. :D alhamdulillah semuanya baik2 ja..

------------------------------------------------

(ZONE IKLAN : bagi yang berkelapangan, nak minta tolong LIKE or SHARE music video at this LINK .. please.. ^^ just helping my senior.. video pun memang awesome, ok ! :D thanks a lot dear )




Perjalanan kami ke rumah kenduri , aku rasa tak perlu untuk dicerita panjang lebar.. coz i know that you all nak tengok gambar je lebih, kan.. ? hahaa.. i know that! :P  

Baiklah, kesimpulannya, kita sama2 lah doakan kebahagiaan sahabat kita. mudah2an rumahtangga mereka berkekalan hingga ke syurga.. kalau nak doakan dapat baby cepat2 pun boleh.. boleh la ampa merasa jadi aunty dan uncle kan~~ hehehe.. :D *gurau jaa*

-----------------------------------------------

Pesanan khas buat Mr. zauj dan Mrs. zaujah , dari Miss Ummu :

-Encik Zauj : 
Tahniah untuk perkahwinan ang. aku tumpang gembira untuk ang.. Jadi suami yang dapat membimbing isteri sentiasa dekat dengan Allah - jadi ayah yang boleh didik anak kenal Allah.. Lepas dah kahwin ni, sebenarnya tanggungjawab ang lebih banyak. bak kata ustaz aku, ampa ni dah jadi channel astro, macam2 kena fikir.. Tapi apapun aku harap ang dapat laksanakan semuanya dengan baik dan adil.. insyaAllah.. buat sesuatu yang kena pada haknya.. andddd study molekk , ok ! ^^ habiskan dengan cemerlang dan jayanya... nanti ley kami p makan nasi minyak kt umah ang lak.. amiin. mudah2an..

-Puan Zaujah : 
Hanim.. Tahniah sekali lagi untuk hanim.. i know you are such a good woman for him.. walaupun ummu tak tahu seluruh kisah hanim , but i know you boleh jaga dia and jadi isteri yang super duper hebat untuk dia.. :) thanks untuk hanim juga sebab sudi berkawan dengan kami walaupun kita tak pernah jumpa sebelum korang kawen.. i really appreciate that... dan tak payah risau soal hanim rampas kawan kami atau tak.. once kawan kami dah kawin , pasangan dia pun akan automatik jadi kawan kami jugak, taw.. ^^ hehe.. im happy for you !


BARAKALLAHU LAKUMA !








Done !

Entri kali ini memang special ok sebab isi entri kali ini di bawah seliaan mereka. i mean, aku taip - depa cek. haa. camtu.. ;) i do it untuk kemaslahatan. ini bukan walimah aku , kan.. hik3.. and i do it for their rights. 

Mungkin ada yang kata macam syadid ke apa.. itu pun nak kena tanya dia dulu or apa , kan....tapiiii untuk aku, i dont do it because dia syadid or aku ka yang syadid, i do this (asking for him first) because my lecturer (CCT) taught me to do so.. so do i ! i'm just practice what have i learned. that said ! ^^ easy peasy kan.. :)

Aku mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang aku menulis di sini.. :)
Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum..

-------------

Sebenarnya coretan aku yang INI , memang khas untuk ampa berdua .. hehe. 
Top three untuk most viewed kt blog ni.. ^^
Mabrouk ! Tahniah ! Moga Allah redha ! 


Tempias Bahagianya Dia-- 

Senyum sendiri--
Mencoret kisah..
Melakar kenangan..
Mengabadi memori..

Bila dipahat--
Diri jadi teringat..
Membayang setiap inci
detik waktu yang berlalu..
Tak dilupa walau sedikit..
Cuba dan cuba mengingati..
Kerna itu membahagiakan..

Senang hati--
Punya album berdua..
Lalui cabaran bersama..
Walau semua itu dulu..
Namun
Ia tetap wujud
hatta sekarang..

Kenangan itu tak bisa dipadam.
Walau dibakar api menjulang.
Walau digores kerikil mengeras.
Walau dimamah usia melanjut.
Hanya Tuhan membantu.

Itulah sahabat..
Moga dikau bahagia--

Membina yang baru--
Kekal-
Bahagia-
Hingga syurga Ilahi..

Aku sahabat--
Sentiasa mendoakan..
Kebahagiaan.
Kemudahan.
Kesenangan.
Sahabatku.

Terima kasih--
Menganggap aku sahabat terdekat. 
Memilih aku memberi pendapat.
Memilih aku untuk dikhabarkan.
Memilih aku untuk mendoakan.

Aku hargai itu-- 
Syukran--
Allahu yusahhil..

-----------------------------------

Syukur--
Bila mana masih ada 
yang mampu untuk berkongsi 
bahagianya dengan kita..

Syukur--
Bila mana kita masih dipercayakan..

Doakan--
Bila mana sahabat itu sebegitu..
Tak pernah kedekut dengan ni'mat Tuhan..
Dikongsikan kepada kita
agar kita merasa tempias bahagianya dia..
Alhamdulillah. :')

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Buat kalian berdua :
(Dedikasi khas buat kalian , atas permintaan)

 Sahabat--
Hebatnya kalian.
Mampu memikul amanah
di kala muda.
Tak semua kuat.
Tak semua mampu.
dan
Tak semua punya yakin.

Aku jadi terfikir.
Bagaimana kamu punya yakin.
Bagaimana kamu punya berani.
Bagaimana kamu punya percaya.
Aku kagum!
Kerna-
Bukan mudah punya itu semua. 

Kalian--
Jodoh itu memang rahsia Allah, kan.
Tidak sangka seawal ini.
Tidak sangka secepat ini.
Tidak sangka bersatu jua.
Perkenalan sekejap
menghubungkan segalanya.

Kalian--
Mungkin pada awal
Puluhan spekulasi timbul.
Apa mungkin hubungan ini kekal?
Apa mungkin hubungan ini utuh?
Apa mungkin hubungan ini direstu?
Persoalan menggunung.
Namun.
Percaya Allah itu wajib!
Ya.
Kalian telah berjaya.
Kalian telah buktikan.
Hanya dengan percaya pada-Nya
Kalian bisa mengorak langkah.

Mana mungkin kalian bertemu 
tanpa aturan-Nya.
Mana mungkin kalian mengenali
tanpa rancangan-Nya.
Mana mungkin kalian bercinta
tanpa cinta-Nya.

  Kepercayaan itu--
Tunggak utama.
Percaya dan yakin dengan
aturan, rancangan dan cinta Ilahi.
Sehingga mampu membina
baitul muslim sempurna.

Kalian--
Bayangkan-
Air dari gunung segar mengalir.
Burung di hutan bebas berkicauan.
Deruan ombak gagah menghempas pantai.
Matahari terbenam cepat menyembunyi diri.
Ia tenang, bukan?

Bayangkan ketenangan itu.
Pasti hati lapang.
Jiwa senang.
Diri bahagia.

Rumahtangga perlu itu.
Tenang-lapang-senang.
Natijahnya bahagia-
Yang juga bisa dirasa 
oleh insan lain.

Kalian-- 
Aku turut merasa
Senang.
Bahagia.
Gembira.
 Mungkin sahaja kerana sahabat.
Asal kalian tahu--
Sahabat turut merasa bahagia
Bila lihat sahabatnya bahagia-
Kerna itu 
Aku turut merasakan.

Kalian--
Segala kenangan-
Segala memori-
Segala moment indah-
Sepanjang bersahabat
Moga terus berada
di album hati kalian.
Bila rindu - bisa dibuka.
Bila tiada - bisa dibelek.
Mengimbau kembali-
Pahit manis bersama.

Kalian--
Asal kalian tahu-
Hati ini-
Diri ini-
Sentiasa mendoakan kalian.
Mendoakan yang terbaik
Selamanya.
Kerna kalian sahabatku.
dan
Aku punya harapan.
Moga kalian tak lupa aku-
Terus.
 
Namun-
Siapa tahu aturan Tuhan, bukan-
Andai ditarik salah satu
cebisan memori
dan kenangan- 
Mahu pun nyawa-
Moga di syurga-
Kita masih bersua.

Encik-
Kita punya terlalu banyak kenangan.
Izinkan aku untuk terus menyimpan.
Biar diri tak pernah lupa.
Setiap momen itu.
 Terima kasih.

Puan.
Kita tak pernah jumpa
mahu pun kenal sebelumya.
Tapi 
awak mampu 
terima saya sebagai sahabat.
Terima kasih.

Aku sayang kalian-
Moga bahagia hingga ke syurga Allah.

Terima kasih, sahabat !
Saranghaeyo !

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria