Pengalaman Interview

Assalamualaikum and hi!

Malam ini kita akan berkongsi tentang pengalaman interview. 
Setakat hari ini, Mumu baru sahaja dapat 5 panggilan iv. Tapi semestinya lah bukan dari gov. sector kan. haha. yang berkemampuan untuk attend hanya sekadar 3 iv ... disebabkan bukanlah iv dari syarikat2 korporat yang gah lagi perkasa, maka iv nya relax2 sudaaa kan . hahaha . mau nya tak relax, yang 1st tu siap tertinggal handbag dalam bilik iv, pastu yg second dok gelak2 kukikuki dengan manager & supervisor (orang xdan offer nak tanya soalan, aku dah pi tanya soalan kt manager. bongok), yg third plak boleh dok buat tarik oooooo~~ panjang bila dia mention gaji.. lulz . haha teghuk giloss Mumu.. Boleh laa nak relax2 sebab interviewer relax ... 

Cuba hang pi iv gov tengokk.. rasanya nak senyum pun takdan aiih .. dok cuak jaa start dari rumah sampailah habis iv . hahahaha ... 

dan Mumu sebenarnya masih lagi meneruskan pencarian dan pemburuan dalam pekerjaan. entah lah bila akan ketemu.. and i can say that aku tersalah perhitungan dan percaturan.. haha. jadinya, untuk yang nak grade nanti tu, kalau kata nak cari kerja2 gov kaa big company kaaa, boleh lah nak buat kerja sampingan dulu kaa sambil2 .. sebab perhitungan aku dulu, kalau kita apply kerja paling lama maybe sebulan, depa akan keluarkan keputusan tapi sebenarnya benda tu makan masa bulan2. bulan2. dan bulan2. haha. tambah2 gov sector maybe tahun2. ya tahun2, 

and i need to admit, this is my fault sebab tak amek tahu benda ni dari awal. 

makanya, hadap je lah perjalanan hidup sekarang. yes, it is a little bit messy. i can say this. sebab perancangan aku bukanlah mencari pekerjaan sejurus selepas tamat belajar. i have another plan. tapi my fault juga yang tak sediakan backup plan dari awal. errmm.. my weakness is there. 

...

Okay lah .. meh Mumu kongsikan sikit2 pengalaman iv..(bare in mind, yang ni bukan untuk big co./gov.) ^^

1) XY Studio (studio photography)
-studio baru nak menapak diAS. sebelum ini freelance.
-job: Kerani Pengurusan.
-tarikh iv: 9.3.2017
-basically dia akan tanya apa yang kita tulis dalam resume sahaja.
-willing tak kalau kerja lebih masa / sampai malam,
-from 1-10, berapa kamu nak bagi untuk kemahiran (Photoshop, Vegas Pro, Blog).
-kenapa kami perlu ambil anda bekerja dengan kami.
-keputusan: 11.3.2017, i got the job tapi tak pergi . :'(
-starting: RM850 (untuk 3 bulan percubaan)

2) XY Hotel 
-sebuah hotel yang terletak kt butterworth (dekat sangat dengan jeti)
-job: Receptionist. 
-tarikh iv: 26.4.2017
-introduce diri macam biasa.
-disebabkan Hotel di butterworth, maka dia tanya macam mana nak datang kerja.
-ada transport x. (Manager dia:"ok. kita tak payah risau dah kalau hujan. dia ada kereta.. hahaha)
(Supervisor:"I pun boleh tumpang dia laa kalau hujan...motor i rosak kaa..") tengok lah respond memasing, macam mana aku tak gelak sepanjang iv nih. lulz. hahahahaa
-kenapa kami perlu ambil anda bekerja dengan kami.
-shift ; 7am-3pm, 3pm-11pm, 11pm-7am
-keputusan: unknown
-starting: RM1,100 (untuk 3 bulan percubaan)

3) XY Kindergarden
-sebuah tadika yang terletak di SP
-job: Teacher.
-tarikh iv: 2.5.2017
-haaa yang ni banyak soalan sebab scripted. lulz
  *introduce yourself
  *your strength
  *your weakness
  *what contribution can you give
  *5 pillars of Islam, 6 rukun iman
  *baca doa : naik kenderaan, masuk tandas
  *sebutkan : syahadah (beserta makna), tahiyat akhir, alfatihah, addhuha
  *verses from surah Kahfi (jem kreng tak ingat)
  *mock teaching : Islamic, Math, Science
-transport. hostel. planning untuk kahwin atau sambung belajar tak.
-willing x kalau relocate kt kl (damansara).
-boleh commit untuk kontrak setahun (sampai student grade).
-boleh handle tak kencing berak muntah student.
-boleh kerja lebih masa tak tanpa elaun OT. 
-"jap saya tengok resume, apa lagi yang saya boleh tanya kamu," hahahaha
-shift : 7-5 , 8-6 (sebab ada student yang transit)
-keputusan: unknown
-starting: RM1,000 (selama-lamanya)

.....

haa. begitulah pengalaman aku yang baru attend 3 iv tu .. dari bidang yang berbeza2 .. hehe .. nak pi iv yang ni, memang tak payah gigih nak study akta2 ka, study isu semasa ka, study background organisasi ka, tak perlu. tak perlu. just pi tunjuk diri, dan bercakap dengan yakin macam hang nak promote diri hang... lulz. mentang2 pernah jadi Sales Promoter. bhahahahahaa

lastly, untuk graduan yang masih mencari kerja, kita sama2 berusaha yang terbaik ya... moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita. ^^ insyaAllah. 

xoxo,
Mumu
03052017

Comments

krypt said…
Nak
tanyaa, kalau interview kat hotel selalunya pakai baju kurung ye?

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria