Perkongsian Kuliah Subuh
hari ini 28.4.2017 .
Alhamdulillah pagi tadi dapat ikut abah Subuh kt masjid dan dengaq kuliah Subuh dari TG Nik Razi Nik Mat (adik bongsu kepada Allahyarham TGNA) . aku pun mamai2 ja lagi lepas Subuh tadi, masa orang dok pekenai nama TG, aku dok ralit kot lain .. 😂 jem kreng . masa nak balik dari masjid, terkalih tengok banner, so baru taw nama penuh penceramah pagi tadi . hehe . i feel blessed diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu dari keluarga Allahyarham TGNA . (and i know, the others will feel the same tho)
Banyak peringatan yang dapat dikutip pagi tadi . dan sememangnya tiada tajuk khusus untuk kuliah tadi . tapi telah dirumuskan kepada 12 isi penting . yg part rumusan ni, ada sorang jwtnkuasa yg buat kesimpulan dari kuliah , so aku sempat rakam audio je lah . hehe .
dan point yang aku paling ingat,
"Orang cerdik, dia susun hidupnya untuk kehidupan selepas kematian,"
Zappp . yg ni antara yg plg melekat dalam hati lah ... tengok balik tujuan hidup kita, pengakhiran yg mcm mana kita nak..? semua mengimpikan syurga , kan .. tapi adakah kita buat persediaan untuk itu .. amalan2 kita ni ada x melayakkan kita untuk ke syurga? *rasa nak tampaq muka sendiri*
kiranya ... kita dok kalut2 susun hidup kita kt dunia ni (nak kerja apa, nak anak berapa, nak rumah kt mana, nak kereta apa, bla bla bla) tapi kita ingat x untuk kita susun hidup untuk kehidupan selepas kematian nnt .. seiring .. sb dunia mmg kita kena lalu ..
TGNR kata, mudah ja nak tahu kita ni masih lagi terikat dengan dunia atau x ... "berapa ramai kt sini yg semalam bangun solat witir?" *gulp.. gitu jaa kena* *dah berdas2 dh menusuk nih*
Zikir, Solat Sunat, Puasa Sunat , semua amalan2 ini akan buatkan kita sentiasa ingat kepada Allah .. jadi, amek masa untuk kita buat semua ini .. mudah2an segala urusan kehidupan kita dipermudahkan Allah .. ^^
ouh yaa. macam semua dh selalu dengaq ttg hadith nabi berkenaan 3 perkara yg x akan trputus setelah kematian kita; doa anak soleh, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah ... (full text boleh gugel/cari dalam kitab hadith) .
Jadi, saya kira, based on 3 perkara yg disebutkan oleh Baginda, kita dah boleh susun perancangan untuk kita dapatkan ketiga2 bekalan ini .. contoh, doa anak soleh, kita dan pasangan sama2 berusaha didik anak untuk jadi insan yang terbaik, mengenang jasa ibubapa dan berterusan mendoakan ibubapa walaupun setelah kematian mereka.
Ermmm.. dan sekarang baru sy nampak kenapa beliau mengatakan, "Orang cerdik, dia susun hidupnya untuk kehidupan selepas kematian," Allahu .
Moga kita semua sentiasa menjadi orang cerdik yang disebutkan itu . Yang sentiasa berusaha memperbaiki diri kita menjadi yang terbaik , bukan sahaja untuk kehidupan di dunia . tapi juga untuk kehidupan di akhirat . :)
Dan semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya buat TG Nik Razi Nik Mat atas segala kebaikan dan kebajikan yang telah beliau lakukan . Ameen Ya Rabb . :")
Tulus,
Mumu
Comments