KK 1 : Breastfeeding
Assalamualaikum and hi!
Jam pun dah nak dekat koi 7 dah.. tapi tangan ni gigih nak update juga kt blog. hehe ...
Okeh . petang ni ada nak share lagi satu benda, yg Mumu dapat time Kursus Kahwin (KK) yang lepas .. dalam slot kesihatan lah kiranya .. hehe .. to be clear, kalau ada salah silap sikit tak lengkap tuu mohon maaf yaa . sb tulis ni pun yg mana ingat2 lagu tu ja .. hehe
It is about breastfeeding .
Yes i know , yg sdg menulis ini pun masih belum berkahwin, tpi berkongsi ttg benda ni plk kan. haha. lex2 , ni ilmu dpt time kursus .. pasnie boleh belek balik blog ni . haha .
Okay . Macam yg penceramah tu cakap, baby seelok2nya full breastfeeding untuk 6 bulan pertama ... maksudnya xperlu berselang2 dengan susu formula ... (sebolehnya lah) sebab baby akan dapat segala nutrisi dari susu ibu itu sendiri yang akan membuatkan dia kenyang dan membesar .. Selepas dari 6 bulan , dah boleh start bagi baby makan puri buah atau nestum , atau makanan2 yg bersesuaian, sesuai dengan peningkatan umur baby dan tumbesaran dia .
SEJURUS SELEPAS BERSALIN
(ok wait . right after bersalin, dia pesan juga supaya si ibu minx dgn nurse untuk susukan baby.. kiranya benda pertama yang akan masuk ke dlm perut baby, wlpn sikit tpi kita cuba untuk bagi baby tu hisap sb baby ni mmg natural instinct dy akan tahu menghisap .. kenapa penting hisapan pertama selepas bersalin? sebab segala lemak2 susu yang ada di bahagian puting ibu, akan dihisap oleh baby . yang pertama itu yang banyak khasiatnya ... dan hisapan itu juga sebagai satu catalyst kepada ibu untuk terus menghasilkan susu)
HORMON SEMASA PENYUSUAN
Benda ni pun Mumu baru tahu .. sebenarnya, semasa proses penghasilan susu, ada hormon yg dirembeskan untuk membantu . (and obviously i did not remember the name) . hahaha . okay . bila ibu dapat rangsangan dari hisapan baby, makanya akan berlaku tindakbalas kepada bahagian otak kita untuk mengeluarkan arahan supaya hormon xy dilepaskan .. dan hormon ni akan membantu dalam proses penghasilan susu ibu ...
.
Pada masa yang sama, bila hormon xy ini dirembeskan dalam kuantiti yg banyak, otak (i just generally sebut otak, sebab i lupa nama part of brain yg kawal penghasilan hormon) kita akan stopkan penghasilan hormon eemmmm.... emmmm hormon yg dirembeskan semasa hamil (progestron? estrogen? i just named it hormon yz dulu nah) mana satu tah . hahaha .. hormon tu yg ekceli membantu to thicken the lining of uterus supaya zygote dapat membesar dengan aman di situ .. orite... konklusi, bila hormon xy dirembeskan untuk penghasilan susu, automatically the production of hormon yz akan drop down ... gituuu ...
.
Makanya, ibu2 yang berterusan menyusukan anak by breastfeeding, dy tak akan mai period lah kiranya... sb period yg turun pun adalah dari lining of uterus yg menebal (dan tiada persenyawaan berlaku) .
.
Dan makanya juga, ibu2 boleh merancang untuk kehamilan anak seterusnya ... if nak selang setahun, bila baby pertama tuu dah umur setahun lebih , boleh stop full breastfeed, and parents boleh berusaha untuk baby seterusnya , kira2 bila baby kedua lahir, anak pertama pun dh cecah 2 tahun ... 😁 just plan it nicely and insyaAllah Allah jua lah yang menentukan segalanya . 😉
.
dan ada juga kes (seperti yang diceritakan oleh penceramah), yang si ibu sampai 2 tahun x dtg period . kalau mcm tu, sekali dengan kita pun risau kan... katanya, maybe otak kita dah konfius nak rembes hormon yang mana .. hehe .. so berhati2 dan berpada2 .. insyaAllah ..
PENUTUP
Okay lah. rasanya takat ni dulu nak kongsi berkenaan breastfeed .. benda ni jadi senang faham sebab time sek men kita belajaq Biology kan... so bila penceramah cerita pasal benda2 tu, kita jadi senang faham.. hamdellah .. ouh yaa.. rasanya lepas ni, Mumu nak share sikit tentang penggunaan botol susu/ pemilihan puting susu.. it is really an issue as for now *sigh*
...
Anyone yang read this post, dan ada sesuatu untuk dikongsikan juga, just leave your comment yaa.. ^^ sebab apayg ditulis petang ini sekadar ilmu yang sy dapat semasa kursus kahwin yang lepas .. :) hehe. and of course i still need a lot of knowledge about this, right. ^^
Have a nice day !
xoxo,
Mumu
190417
Comments