Kisah Mumu 4.0

Hello guys!

Mumu is back .

Today is gonna be a meaningful day to Mumu. guess what?

Mumu is attending a pre-marriage course . omaigaaad ! Mumu is going to married not too soon . eh . hahaha . oke2 bertenang2 . tarik nafas .

Baru attend kursus kawen dah gelabah kan . hahaha . oke2 . cool .. sampai awai aku hari ni kt dewan nih ... turun kereta  nk naik p dewan, pastu urusetia kata, "tunggu kt bawah dlu nah.. x ready lagi persiapaan... "bluerkk ! aku pun gagah masuk balik dalm kereta. have a breakfast ! dengan biskut je lah kan... mana nk cekauuu nasi lemak plak kan...

Okay now 8.25 am, berpusu2 orang datang ... and of course mostly dgn pasangan ... and me? of course alone .. 😂

Aku pun tak sangka 25hb Mac ini adalah tarikh aku akan mengikuti kursus kahwin .. who knows , right?! When the time comes, it will happened . (ahh abaikan grammar aku😂. haha) i did not plan for any pre-marriage course, of course lah jauh sekali dari fikiran for this time being... tapi memandangkan Mumu adalah seorang penanam anggur yang bertauliah, maka mahu juga dicari sedikit ilmu ... eh! haha . ini nama dia mengisi masa lapang , okay   

nanti sesapa yg bosan2 boleh lah buat macam ni hokkeyyyy ! hahahahahhaa .

oke2.. dah tengah beratuq nak daftar nih. pray for Mumu yaa!

See u again!

xoxo,
Mumu
25.3.2017
#mumuattends
#premarriagecourse

....

cont.
update on 27.3.17

Guys...
Alhamdulillah.. Mumu dah berjaya menghabiskan kursus kahwin selama dua hari .. ada slot yg bersemangat, ada slot yg termenguap sikit2 tuu biasalah kan... hiks ..

I got a lot of experience and knowledge here . memang banyak . yang dalam buku tu mmg dh laa, tapi yg side ni yg best.. contoh2 kes yg pegawai2(penceramah) kena hadap sepanjang depa bertugas kt Pejabat Agama . mmg bermacam2 . nak cerai lah, tak bagi nafkah lah, yg dk tahan bertahun2 dgn suami kaki pukul sb pikiaq ke anak2, macam2 .. benda2 ni sebenaqnya realiti yg berlaku dalam masyarakat kita , thats why kalau bagi aku, benda2 ni mmg sgt penting utk dikongsikan .. sebagai suami isteri kena tahu hak dan peranan masing2...  kalau dah suami kaki pukul, isteri jangan diam saja, boleh buat check up kt hosp then report polis, dan boleh kalau nk buka kes kt mahkamah (kalau husband still x berubah / x nak cerai) .

dan kalau lah ... kita mengalami konflik dalam rumahtangga, suami isteri dah boleh dapatkan khidmat rundingcara kt pejabat2 agama terdekat .. ustaz kata biasanya yg mai tu dua keadaan ja, 1- dia mai sebab nk minta nasihat utk selamatkan perkahwinan dia (org mcm ni dia masih menaruh harapan kepada perkahwinan dia) ; 2- dia mai mmg sb nak taw prosedur2 untuk penceraian cara baik .

tapi yg kami xlarat gelak😂 ustaz cita, hat yg jenis kedua kekadang ada yg mai ceyyy semangat ni konfiden nak taw cmna prosedur nk cerai , nak kena buat apa ... lepas tu ustaz pun cerita2 , masuk bab harta sepencarian ..

kamu ada rumah dak?
ada la ustaz.
berapa nilai semasa?
10k .
ok 5k dari situ hak isteri kamu.
laa awat plak, bukan isteri sy pun yg bayaq rumah .
kamu ada kereta dak?
ada ustaz.
berapa nilai semasa ?
40k .
ok 20k dari situ hak isteri kamu .
.
.
.
haaa mcm mana? kamu boleh bayaq?
haii tengok2 balik ni mcm makin berat ja .
nak teruskan dak proses?
sy dok tgk koi berat ni ustaz. sy balik pikiaq dlu,  mgu depan sy mai balik ..

(cerita tamat. lebih kurang cmni lah us cita)

hahahahahaa... ingat apa mudah2 ka nak cerai 😂😂😂 hg nak kawen pun dah beribu duit habis, hg nk cerai pun beribu duit habis weiii ... jgn dok ingat mudah lah .. bab harta sepencarian tu yg paling kena titikberatkan ... mksudnya segala harta yang kita dapat selepas daripada perkahwinan kita , itu dikira harta sepencarian ... you name it - kereta, rumah, motor, duit simpanan dalam acc bank, etc  ... we get it 50-50 ...

tu ustaz kata, hat perempuan kalau cerdik , boleh beli rumah siap2 sebelum kawen, boh nama sendiri .. kalau jadi apa2, sapa yg nak kena keluaq??? hahahahaa 😂😂😂 laki la kena keluaq kan . tapi ... nauzubillahi min zalik ... xmau lah kita mendoakan/membayangkan yg negatif dalam hubungan kita .. always pray for the best, okay 🤓

okay .. panjang Mumu berceloteh .. nampaknya macam kes cerai ja aku sebut nih .. 😂😂 menunjukkan bahawa slot tuuu penceramah dia best 😂 sampaikan aku boleh fokus . hahaha .

okay . itu perkongsian untuk kali ni .
kalau ada lagi nak tulis, Mumu akan update later ... 😊😊😊 thanks .

xoxo,
Mumu
27.3.2017

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria