My Journey : Tranung
Bismillahirrahmanirrahim .
Pertama sekali, salam takziah saya dahulukan kepada sahabat saya atas pemergian ayahanda tercinta . Al-Fatihah .
Untuk kali ini, aku mengambil keputusan menziarahi sahabat aku yang berada di KT . Memandangkan waktu ini adalah hujung minggu .
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan . Perjalanan yang agak mencabar dari utara ke pantai timur tapi its okay sebab bukan drive sendiri kan .
Mendapat berita ttg kematian ayahanda nya pada magrib malam Jumaat .. kalau nak diikutkan hati, mahu saja aku terus ke KT pada malam tersebut tapi memandangkan aku perlu kepada perancangan rapi terlebih dahulu .
Pada awalnya, aku tidak pula memberitahu kepada ummi dan abah akan niatku ... aku meminta pertolongan dari seorang sahabat untuk menghantar aku ke Shahab Perdana.. dalam masa yang sama , otak ligat merancang untuk aku perjalanan aku di sana nanti.
Nak naik bas apa?
Nak turun kt mana?
Nnt sapa amek?
Mcm mna nk pi umah ju?
Semua tu bermain dalam otak aku .. tapi alhamdulillah ... kawan2 sekolah banyak bantu aku masa aku tnya dalam grup .. ada yg offer untuk amek aku di KT dan ada yg offer untuk aku bermalam dirumah dia .. segalanya dipermudahkan sebelum aku membeli tiket .
Perjalanan aku kali ini aku rahsiakan . Kepada ummi dan abah, aku khabarkan semasa aku telah menaiki bas .. dan selebihnya aku hanya post gambar di ig , jadi, sesapa yg buka ig, akan tahu yg aku sedang dlm perjalanan ke Terengganu .
Seorang dua sahaja yg tahu sebab aku perlu minx direction untuk ke rumah Ju . Tapi aku pesan untuk rahsiakan perjalanan aku . Entah apa yang difikirkan .
Setiba sahaja di KT, aku turun di Petronas Tok Jiring dan Ain mengambil aku disana dan kami terus ke Kg Padang Air, rumah sahabat aku ... agak lama kami disitu , selesai solat magrib dan makan malam, kami bergegas ke Chendering, namun sempat singgah di Mydin Gong Badak ..
Jam 10 malam, kami selamat tiba di Chendering, rumah sahabat kami .. kerana aku tumpang bermalam di situ . :) masa untuk aku berehat setelah menaiki bas dari jam 9.30pagi -6.30 ptg .
.
.
Keesokan hari, iaitu pada pagi ini.... setelah sarapan pagi , sahabat aku menghantar aku ke Hentian Bas Kuala Terengganu . Aku akan meneruskan perjalanan aku ke Besut . :) Rumah senior kesayangan aku . Hehe .
Hampir jam 11.10, bas pun bergerak menuju ke Jerteh . Memandangkan ketika itu tiada lagi bas Kuala Besut yg tiba di hentian bas ..
Jam 1.45 ptg aku tiba di Jerteh dan mereka menjemput aku di sana.. alhamdulillah . Aku terus membeli tiket bas untuk pulang ke Kedah pada jam 8 malam ini . Tidak lupa juga untuk aku membeli keropok2 untuk dibawa pulang ke Kedah . :) itu sahaja yang sempat untuk dibeli .
Dan sekarang aku sedang berehat di rumah Iman .. mentang2 dh kenyang makan nasi kan . ^^ hehe . Menunggu Asar nnt untuk join depa buat makan2 sempena birthday Ma kak Iman . Hehe ^^ ada nasi dagang dan bubur lambuk tawwww .. hiks
.
.
.
Begitulah perjalanan aku setakat ini . Aku mohon maaf andai ada yang terasa kerana merahsiakan perjalanan ini . dan mohon doa dari semua untuk keselamatan perjalanan pulang aku ke Kedah malam ini . Allahuyusahhil. Ameen .
.
Setinggi2 rasa syukur dan terima kasih kepada sahabat2 smkak , Fitriyah yg hantar aku ke Shahab, Ain yg pickupaku di KT, Masyitah yg tumpangkan aku bermalam di rumah dia, kalian sgt membantu melancarkan urusan aku . Dan Fahmi yang bantu bagi direction kt aku, serta kak Iman dan A.khidir yang sudi amek aku di Jerteh . Semoga Allah merahmati kalian semua ... Ameen . :")
Alhamdulillah . Terima kasih ya Allah kerana Kau memudahkan perjalanan ziarah aku kali ini dan dengan perlindungan yang Kau berikan walaupun zahirnya aku disini seorang . :") Yakin dengan Allah, Allah akan berikan perlindungan yang terbaik untuk kita . InsyaAllah .
Xoxo,
Mumu
2016, August 6
Kg Air Tawar , Besut
#mumuditranung
Comments