Day 3 : Mumu at work
12062016
Masuk hari ketiga diaaa buat perangai dah ... first day kemain haaa 7.45 dh sampai ofis..
Hari ni ..... i think not bad laa 7.50 .. hahaha .. tapi dia punya perangai teqa nak pi kerja tuuu... aigooo. Dok buat perangai student lak dah .. lepas sahur iron baju kerja ummi sat , pastu masuk bilik baru taw kalut nak buat report mgu lepas .. sb nk kna hntaq kt SV hari ni... hiks .. dah laa x terer arab. Terkial2 haaa cari vocab dalam almaany tu haaa.. sambil buat report, sambil ws kekasih hati kejap . Haha. Bajet je kan ...
Report done.. masukkan dalam fail.. pastuuu baru solat subuh . Time tu dh 6.40 cmtu.. siap solat subuh, time tooo landing ataih katil layan ws . Ahaks .. jam 7.00 pagi, "sy nk tdoq kejap, nnt kol 7.15 kejut eh..." aku pesan juga sama gue punya abg kerna abg ku juga akan keluar bekerja ..
Tepat 7.10, aku terjaga sb aku set alarm time tuu.. tapiiiii perangai student mai dahhhhh.... dok bermonolog, "ok2 5 minit lagi.. 5 minit lagi pliss.. " zappp terlelap .. 7.15, "dang.. dang.. dangg.." pintu bilik aku kena ketuk .. ahh persetankan suma itu.. sambung tdoq.. dk 3 minit kemudian bunyi lagi... hahaha.
Ok2 kali ni aku bangun laaa.. 7.19 aku bangun dari katil baru ada akai nk p cari toilet hahaha . Dy dk buat sakit perut lak dahhhhh.. kali ni mmg xley persetankan perut itu.. hahaha. Aku kena berikan hak dy
Setelah selesai bersiap , aku pun masuk kereta,panaskan enjin kejap... dalam hati tapa hari ni relax2 saja drive sb jalan maybe sibuk sb org nk pi sekolah.. haha tapi aku terlupa satu benda.. mana ada orang masuk sekolah kol 8.. kol 8 tuu orang nak start kelas dah pun ataupun mungkin mereka sedang berdiri di perhimpunan sekolah hari Ahad. hiks. makanya jalan yang kurasakan sibuk itu rupanya lengang seperti biasa.... makanya, aku gagal me'relax'kan diriaku seperti niat aku pada awalnya .. haha.. dari 110 naik ke 130km/h... vrooooom~ dalammastaksampai 10 minit aku dah sampai kt ofis...
parking kereta, dan macam biasa lah.... pegawai2 semua dah berada di kaunter . haha bersalah gilaa rasa. tak pernah lewat depa tuu. phewww. kagum aku.. masuk2 ofis, tengok ada dua orang student praktikal, aku g salam ngn depa dulu, kemudian baru aku g punch card....then , lari pi cari cermin pebetoi tudung.. hahahaha. bukan apa.. perempuan ni satgi dia kalut nak menyebai laa apa laa kalau dia punya tudung tak betoi... bhahaha
Selesai sesi merapikan diri, aku pun pi duduk kt meja aku je lah.. usha2 buku rekod yang kupon zakat tu kan... buat kiraan ikut no siri... dok tak lama tu dengaq, "Masyitah~" . dalam hati aku, ada ka student praktikal yang nama Masyitah.. semua senyap je takde yang menyahut.. tengok2 cik I mai kot belakang ,"haa Masyitah mai ikut saya sat..". piiii dah.. nama baru dapat dah. baru hari ketiga. hahaha. minggu lepas dok panggil kakak2 sajja.
Rupanya dia nak minx aku buatkan borang keluar resit zakat.. so, dia bagi draft yg dia buat dalam kertas dan aku kena pi taip... lepas tu tunjuk kt dia balik... selepas dua tiga kali pembetulan, dia pun, "ok. yg ni nanti xpayah boh garis , pastu word ni letak bawah sikit.. yg tu saja. nnt Masyitah buat print satu, dan fotostat 31 ..." kebetulan SV aku ada kt kaunter tu sekali, "laa. kenapa Masyitah.."t gelak je dia, then cik I jawab, "sebab kt rumah dia mak dia panggil Syah..." dalam hati aku, kaitan sangat~~ hahahaha.. selesai taip print dan fotostat , aku pun serah suma tu kt kaunter
Kemudian balik semula ke meja, aku buat kerja borang kuning .. isikan ID surat dan kemudian bagi cik Z sign sebelum aku nak p letak kt atas meja pengurus kami.. sambil2 tu , kak hani ajaq kami cara nak proses permohonan yang kena reject... selesai yang tu... cik Z minx aku masukkan slip bank dalam setiap beg2 masjid tuu. untuk yg buku slip baru, kami kena tulis dulu lah no acc kt atas slip bank tuu dan kemudian baru masukkan dalam semua bag..
Selesai kotak 16 disemak, kami sambung proses beg2 untuk masjid.. siapkan semua lagi yang berbaki...dan part aku untuk buat rekod je lah kan... dan alhamdulillah selesai dengan jayanya.. sb esok imam2 masjid akan datang pejabat untuk amek semua beg2 tersebut..
selepas rehat, aku ngn member sorang lagi, proses untuk register borang2 permohonan baru yang selepas siasatan oleh cik W... tapi sebelum tu, kiranya aku g letak dulu borang2 yang dh complete kt atas meja pengurus kami..
then, kami sambung dengan key in claim harian dan bulanan untuk pegawai yang bertugas.. selepas selesai yang tu, kak hani dah ambil borang kuning dari pengurus, maka, tugas aku nak kena proses borang2 tu plak. buat salinan untuk simpanan fail.. masa tengah dok buat yang tu, kedengaran lagi sekali nama Masyitah dipanggil...
Aku pun lari p kt kaunter dan cik I pun brief sikit apa yang kena buat esok.......phew.. kak hani dh la last dah hari ni.. cuak laa kami... sebab banyak bnda lagi xdan nak belajaq.. hahaha.oke lah.. apapun Masyitah kena kuat sekuat Masyitah di zaman sahabat . insyaAllah. adalah tuu sebab kenapa dapat nama Masyitah time praktikal. hihi..
dan esok sambung proses fail Masjid ye Masyitah.. jangan dok buat lupa plk . hiks..
selesai hari ketiga aku ... alhamdulillah .. dua bulan lagi nak menghadap . phewww..
hiks.
xoxo,
Ummu Aisyah
Saiyidah Masyitah
Comments