Another stressful side

Sekali lagi ada budak stress semalam . Hiks .

Sebab apa? Macam biasalah broo. Esaimen last minit. Haha. Perangai xberubah sampai ke fourth year. Haruu sungguh  .

Dari kol 3 lebih sampai kt library, berteleku kt situ sampai kol 9 ... should be 8.30 ada meeting MPK . tapi minta kelonggaran sikit dari PM. Dok kt library tu dah macam apa.... tengok buku, belek2, pastu tengok laptop .. dok pikiaq aku nk tulis apaa nih . Beberapa jam berlalu begitu sahaja .. piiii .. tapi otak stress sb kawan nk compile kol 10 katanyaaa. Tapi nasib baik , ada sorang lagi offer diri utk tlg compile dan dy nk due sampai esoknya. Haha.  Phewww.

Dah hampir 9.30 malam... aku pun blahhh dari library . Mmg malaih gila dah nk pikiaq .. esok lah sambung pikiaq lepas habis kelas . *konon laa ada kelas* :p

Elok sampai meeting.... dengar depa dk bincang2 je lah . Ada jugak benda nk buat aku panas telinga ... haiyaa. Kita tgh dok stress dgn esaimen , pi situ ada jgk benda dk nk berdebat . Tapi sebab sedaq aku tengah mood x elok, aku xmau menjawab .

Apa yang aku boleh kata, dalam persatuan kita bukan nk create birokrasi tapi please respect . Bila ada satu2 tanggungjawab yang kita kena bawa, kita sama2 bincang dahulu dengan team kita ... jangan hanya tahu bagi letak masalah kt depan . Ada isu dalam team? Ok, duduk bincang sesama team .. xjumpa jugak jalan penyelesaian baru bwk pi kt top management .. biar kita belajar menjadi orang yang cuba proposed utk penyelesaian masalah , bukan orang yg suka lambakkan masalah kt depan tanpa berbincang dengan sesama team sendiri . Dapat benda , terus nak mudah , lambak balik kt depan ... habis tu tiada function lah kalau kita dilantik sebagai ketua . ^^

makanya, benda ni kita kena belajar . Cukuplah dalam akademik kita dh bnyk spoon feeding , jangan lah pula kt bahagian soft skills kita pun kita nk spoon feeding . :) kuncinya  apa? observe and learn . Kita ada lenggok kita sendiri , leader kita ada lenggok depa sendiri , jadi , kita pandai2 sesuaikan mengikut acuan . InsyaAllah boleh . Apa guna yang namanya U.S.A.H.A itu kann.. ^^

....

Okei. Puas beleter . Masa tengah meeting, aku keluar meeting, ingatkan kejap rupanya lama.
(Yang ni perangai buruk aku, aku ngaku, jangan tiru)

.
.
.

Habis meeting.... three of us have another meeting . Jam 10.45 , kami tunggu Ecan mai amek kami .. Tiga2 kami blank tataw pi mana .. dalam kereta dok wk keluaq spekulasi macam2.. hahaha. Dah biasa, yang namanya terjebak itu memang begini..  soalan biasa? Cmna hg boleh kena pi skli? Depa kontek hg kata apa? 😂😂😂 hahaha

Akhirnya kami berempat sampai di Castle ... menanti dengan penuh tanda tanya . Haha . Lepas tu ... jam 2.30 kami pun start meeting sambil menyaksikan dunia . MasyaAllah . Bhahaha

Kol 4 lebih, kami pun gerak balik rumah .. Syah dan Shah mengidam nak makan KFC pulak.. pi tengok kt Wangsa Maju, tengok2 tutup .. dengan penuh kekecewaan kami tukaq menu kami , masak megi tomyam. Hahah. Beli megi, telur, daun limau purut, serai, cabai, limau . 😂 haaa meriah kau jah...

Sampai2 rumah, yg belum solat isyak g solat dlu ... pastu semua masuk dapur, sama2 masak megi tomyam. hihi .. 😁😊

Jam 5.40 , makanan tersedia .. maka kami pun bersahurlah .. haha. Mewahnya makan , untuk 4 orang makan, kami masak 5 bungkus megi+telur 10 biji.. hahaha puaih hati .. boleh laa beda alas perut kan. Hiks ...

Lepas habis makan, yang kecik2 tolong angkat pinggan, basuh pinggan , kemas dapur. Yg tua2, pi dok lepak atas sofa depan tv. 😂😂 teghuk3.. haha. Time tu dah kol 6... suma mata kuyu .. lalok jaa sume ..

Driver kata, 6 30 satgi kita gerak balik uia ... aku kt ats sofa tu pun terlelap ... elok nk gerak, aku bangun p tgu kt kereta... masuk2 ja kereta terus padham.. hahaha.. xdan driver masuk lagi 😂😂

Tetiba terdengaq, "Shah .. gerak ummu.." hahaha.. celik2 mata tgk dh smpai blok aku... 😂 hahaha . Maka aku pun bangun dgn muka ngantuk dan terus naik bilik ... sambung tidoq sampai tengahari , pastu xpi kelas 8.30 pgi .. haru😂😂 aigooo!

12.30 bangun , mandi2, buka laptop, baru ada akai nak sambung buat esaimen. Hahahahhaa. Submission kol 5.. mmg gelabah bewak suma ada 😂😂 haishhh. Haha. Siapkan. Siapkan.

So .. petang ni aku allocate masa rehat kejap , maaf xpi tolong masak untuk majlis malam ini.. 

and now im updating the blog from my bed using my phone. 18:11 pm , done with my writing for today, 11/5/2016 . Bye . Love you ♡

Comments

Dean said…
Hello mate great bloog
Dean said…
Thanks great blog.

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria