Unusual overnight outing
26052015 (Members-night-out)
.
.
.
Memenuhi permintaan kawan yang overdose kekadang adalah benda yang paling menyampah kau nak penuhi . Tetambah , permintaan kawan kau tu bajet2 macam dia tu lelaki walhal perempuan . hailaa . tak ker pening kepala kau nak fikir ? hahaha
and yes , that happened .
bila mana adalah budak ni (to be specific , admin blog ) dok beria-ia sangat nak pi shopping kt Uptown Danau.. aku pun tak paham sangat , apa laa yang terkinja-kinja sangat nak pi sana . walhal uptown ja pun , bukannya butik Gene Martino kaa , Zawara kaa , etc lah ... haha . pening lah , admin pun tak paham dengan perangai dia sendiri ..
ADHOCK PLANNING
tapi perasaan dan keazaman yang tinggi itu diluahkan lah juga kepada dua member lagi . at last ! hahaa . setelah didesak-desak oleh admin , setelah asyik diulang-ulang oleh si admin , makanya satu malam itu , konon penat study *walhal stress paper before* , weolls make a decision to go out .
First thing , mestilah transport .. hahaha . pastu buli junior minta dia contact dengan senior kami yang ada kereta . wehuuu~ kalau bab berjalan , processor otak aku memang laju sikit .. *haha . nangis* tapi kami habaq lah , 'bukan nak pinjam kereta saja, tapi nak ajak hang keluar sekali" *giggles* - done !
Memandangkan ramai lagi kekawan dalam kelas , maka kami bergerak secara senyap sahaja , konon2 nak balik walhal terus nak keluar g Danau ... tidak dihebohkan atas sebab-sebab keselamatan dan kesejahteraan sejagat , hahaha . lastly , jadilah kami berlima keluar . jam menunjukkan pukul 12 malam . - lepas pak guard !
KESEPIAN DI LUBUK HATI- DANAU
Dengan hati berbunga-bunga , junior kami lah yang drive , aku kt sebelah dah tergedik-gedik pikiaq nak shopping apa *hahaa. hyperbola* .. riuh rendah lah kereta itu dengan suara kami berlima . aku sendiri macam tak percaya aku buat kerja macam gitu . akan tetapi , kegembiraan yang aku rasakan itu tidaklah kekal lama , sesungguhnya yang hidup pasti akan merasai mati *eh! lari topik! sorry99* , dari jauh kami lihat kawasan uptown gelap... Allah ! depa tutup pulak dah . time orang dah tergedik2 nak pi bagi duit kt depa , depa pulak dah tak bukak . hahahaha. - Danau done!
SRI GOMBAK PENAWAR DUKA KAMI
Kami pun berpusing-pusing lah atas jalan itu tanpa tujuan.. Si admin yang kesedihan itu pun bertanya, "ada lagi dak uptown kt area2 ni?" , pastu ada la abang senior kita jawab , "kt Sri Gombak ada lah , tapi kecik je lah..." . maka , kami pun menuju lah ke sana.. kecik pun kecik lah. sadis sungguh nasib si admin ... dah tawaf dua tiga round kt situ , ada laa pulak yang nk p toilet . time2 ni jugak lah nak buat perangai ... sapa lagi kalau bukan admin. haha .. nasib baik lah ada abang gentle ni yang tolong pi tanyakan toilet terdekat kt si abang penjual. kih9x
tapi sementara yang gegirls pi toilet , yang senior2 ni depa dok search laa dalam internet tempat yang boleh lepak memalam kt area KL nih ... bila kami dah setel urusan kami , kami pun p join berbincang sekali dengan depa ..
jeng . jeng . jeng .
AYAM ATUK KEPCI JADI PILIHAN
Ahaks. kami semua decide beli bucket kfc , tong tong lah duit masing2 .. ye lah duit ada lebih lah sebab tak pi shopping kan .. :p siapa yang ada lebih, hulurkan lebih , siapa yang kurang , hulurkan setakat mana yang ada .. tak kisah pun pasal duit , yang penting sesama bantu , kan.. hihi .. maka , ke KFC Wangsa Maju lah sukan untuk Negara , *Eh! hahaha.. jadi orang KJ pulaks* Wangsa Maju jeww.. drive thru jeww..
So , ke mana kita ?????
MANA LAGI KALAU BUKAN DI KLCC
Kami ingatkan kt area tasik KLCC tu hidup lah malam2 or to be exact pagi2 buta... tapi sangkaan kami meleset sama sekali apabila yang kedengaran dan kelihatan hanyalah pekerja2 sedang membina bangunan .. *nangis* tapi kami gagahi juga parking kt depan I-setan , pi cari tempat cerah dan berkelah sat makan Kepci ... dapatlah tengok suasana KLCC waktu gelap .. ada jugak lah guard dok naik motor buat rondaan . hehe .. "kawasan dah tutup dik..." " oh, tengah makn ke, takpa2 makan bagi habis dulu.. " begitu sopannya guard yang buat rondaan malam itu menegur kami. hehe .. selesai makan , apa lagi?? Blah -lah brooo~ :p
WHAT's NEXT???
Jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad telah menunjukkan angka menghampiri 4 pagi .. setibanya kami di situ , masing2 mengeluarkan telefon bimbit untuk menangkap momen pada waktu itu , sebelum kami melintas jalan menuju ke tempat duduk di Dataran Merdeka .. :) ramai muda-mudi di situ , suasananya sangat terang dengan hiasan lampu di sepanjang jalan .. jalan pula tidak terlalu sibuk dengan kenderaan empat tayar mahu pun dua tayar .. tenang sahaja . cuma di sebelah tempat duduk berhampiran kami , ada sekumpulan anak muda sedang menyedut vape mereka , sambil cuba menghembuskan asap yang dibuat pelbagai bentuk ... suara radio juga turut dikuatkan... kami pun apa lagi? tumpang dengaq sekali lah lagu diaa. nasib baik tak bangun berjoget sama. bhahahaha *over*
SHARING MOMENTS : A PRECIOUS TIME
Gambaq tak payah dok tanya amek ke tidak... kalau dah ada admin, sah2 ada sajaaa gambaq . penuh satu album ... kan kamiii nak amekkkk gambaaaaaq~ *slap face*
Dalam nak menghabiskan masa kami kt situ , kami banyak berkongsi cerita . Bertanyakan pendapat . Yang berpengalaman memberikan jawapan . Yang muda meluahkan rasa . Yang berahsia tidak pula mahu diceritakan .. apa lagi di usia remaja kalau bukan bab hati dan perasaan..
Yang menunggu selama 4 tahun .
Yang menunggu dan berharap tapi akhirnya ditinggalkan .
Yang berharap dan terus berharap .
Yang sentiasa menjaga dalam perhubungan .
Masing-masing ada kisah . Masing-masing ada pengalaman . Cuma satu , "HATI ITU TIDAK BOLEH DIMANJAKAN" . kecewa macam mana pun kita , ingat , Tuhan itu di atas yang mengaturkan segala-galanya buat kita . dia yang memberikan kita ujian dan dia jugalah yang memberikan kita jalan keluarnya . :) insyaAllah . tapi jangan masa ada masalah jaa baru nak ingat Tuhan , nanti kalau Tuhan tak ingat kita jangan dok kata apa lah nah . hehe
DING.DING.DING.DING.DING.DING.
Jam sudah berbunyi sebanyak enam kali . Maka , kami mengambil keputusan untuk terus bergerak ke masjid Greenwood untuk menunaikan solat Subuh.. :) ehem... Subuh berjemaah tu , entah bila lah kali terakhir solat jemaah... *astaghfirullah* bacaan imam pun merdu . hihi .. ^^ *wink.wink*
Beberapa minit kemudian, kami berkumpul di kereta dan bergerak untuk sarapan di kedai makan ala Kelate berhampiran dengan Giant batu Caves .. macam biasa , kami tong tong lah duit makan kami .. hehe.. asalkan perut kenyang suka hati ... alhamdulillah ..
PULANGLAH
Selesai makan , maka kami pun pulanglah ke uni ... nasib baik ada motor, lepas hantar junior kt mahallah dia , aku pun pecut terus balik bilik dan sambung tidoq...... mata dah rabak semalaman tak lena *walhal curi2 tidoq jaa kt sebelah driver tuu. kih4* and this is the end of our story .
sebab apa kami boleh keluar overnight outing? sebab majoritinya single . live a single life , ummu ! bhahaha *takdak kaitan pun* :p
.
.
.
Cerita ini dicoretkan untuk dijadikan antara momen indah aku sebagai pelajar .. :) chill ! ^^
Thanks team kembara malam guaa : <3<3<3 N , M , G , L <3<3<3
Comments