Pendengar Setia

Untuk melihat orang yang kita sayang berada dalam kesedihan adalah perkara yang paling kita tak nak, kan...? sebab? nanti sekali dengan kita pula rasa sedih.. dah laa sorang dah sedih dah , tambah kita pula, bersedih-sedih jadinya... haha


Pendengar Setia

Dua tiga menjak ni tengah latih diri untuk jadi pendengar setia lah.. *tetiba praktis balik apa yang belajar dalam kelas kt PLKN* :P memang seronok bila ada yang mahu bercerita dengan kita, diri sendiri pun rasa dihargai juga kekadang... iyo lah , aku kan budak-budak , siapaaa lah sudi nak bercerita masalah cinta dengan budak2.. khen? *sedih hati ana* sobsob... tapi tak pa laah, ada juga dua tiga orang yang nak bercerita.. aku dengar je lah, itu je mampu aku buat... nak tolong banyak tak boleh.. :)

Aku hanya mampu bagi pendapat secara rasional sebab aku tak pernah ada pengalaman bercinta.. kalau pengalaman syok sendiri kat orang, pastu crush kt orang sampai tahap obses pastu makan dalam sesorang bila tau dia dah berpunya ,  tahu lah aku sebab tu memang jobscope orang yang takde pakwe macam aku ni... hahahaha.. :P


Persediaan emosi .

kadang-kadang memang aku tanya juga orang,"kalaulah... tetiba hang tak jadi kahwin dengan dia..? hang buat tak persiapan emosi? sorry lah, aku ni nampak macam jahat pula tapi itulah aku nak tanya jugak.."

Hehe.. macam-macam jawapan lah keluar kan... tapi itulah still aku pesan, walau macam mana pun, sediakan jugalah diri untuk sesuatu yang kita tak jangka.. alar... macam ala-ala crisis-preparedness gitchewww.. kita mesti dah ada some expected crisis dan kita dah prepare the solution for it.. then, bila that crisis happened, so that kita akan guna lah step dan solution yang telah kita sediakan mengikut kesesuaian crisis.. :) begitulah juga dalam perhubungan pun... 

Selagi kau tak tunang dengan dia , tetap , macam-macam boleh berlaku .
Selagi kau tak kahwin dengan dia , tetap , macam-macam boleh berlaku .
dan ...
Walaupun kau dah miliki dia, tetap , banyak bad things lagi boleh berlaku .


Bukan soal negative-minded .

Apa yang aku cuba nak cakap kat sini, bukan lah berkenaan sentiasa hidup dalam pemikiran negatif, itu tak boleh , ini tak boleh .. BUKAN BEGITU maksudku .. jalankanlah kehidupan kita macam biasa , tapi , tambah unsur berhati-hati dan concern dalam perjalanan kehidupan kita tu.. so that, at the end of the day , you will be always prepared with any circumstances that happened in your life. :) insyaAllah .. 


Be specific ! 

Yang mana dah ada calon tu, jaga lah baik2.. Sentiasa mention nama dia dalam doa, sebab doa yang dah specific tu insyaAllah lebih mudah, berbanding dengan doa secara general.. tinggal kita je nak yakin atau tak dengan kuasa Allah. 

Doa yang aku buat dulu, "kalau dia itu yang terbaik untuk aku, Kau jagalah dia untuk aku dan permudahkanlah urusan kami..." tapi tu zaman ada someone laa dalam kotak fikiran.

But now... i'm totally lose.. i dont have any name to mention anymore.. walhal dah masuk 22 kot Ummu.. *cehhh.. hahaha..* bajet jaa.. :P

Satu benda aku nak pesan, kalau... KALAU lah... ditakdirkan apa yang kita doakan itu terjadi sebaliknya....... jangan. JANGAN pernah menyalahkan Tuhan... :) sebab kalau kita ada rasa percaya dan yakin dengan Tuhan, kita tahu Dia sedang mengaturkan yang terbaik untuk kita.. dan pasti orang itu bukanlah jodoh kita . 

Sakit memang sakit . bab sakit hati , makan dalam , semua ni ada habuan masing-masing lah ... bezanya kita nak teruskan perasaan sakit hati sesorang tanpa dapat sebarang faedah atau pun kita nak pilih untuk terus melangkah (move on) ... 

Pilihlah untuk terus MOVE ON . 

kau nak layan lagu sedih sesorang pun layan lah . 
kau nak menangis masa mandi dalam bilik air pun kau nangis lah .
kau nak termenung bermuram durja seminggu pun kau buat lah .
kau nak berangan sebelum tidur pun kau beranganlah .
kau nak tulis puisi , sajak berjela pun kau tulis lah . karanglah .

kau buat lah apa kau nak buat masa hati kau tengah sedih . lepaskan emosi . luahkan perasaan dengan perbuatan . tapi still dalam lingkungan syara' (jangan sampai bunuh diri pulak kan)

buat.. buat.. dan buatlah... sampai kau dah rasa penat untuk terus hidup dengan cara macam tu... sampai kau dah rasa bosan dengan apa yang kau dah buat ... sampai kau dah rasa sedar yang kehidupan kau bukan untuk dia sahaja ... sampai kau dah sedar yang dia tu dah boleh bahagia pun dengan orang lain sedangkan kau dok meratapi dia macam nak gila dah.. thats not fair for your life... perjalanan kita masih panjang, jangan nak menangisi terlalu lama atas perkara macam tu..

Yes, MOVE ON .

Get the positive vibes. You can feel the hikmah behind all that, syuwaiyaikh, syuwaiyakh (sikit demi sikit) .. bila diri dah waras , dah boleh terima kenyataan , we will be someone better than our old one.. 

Pastu tengok lah balik puisi-puisi yang kau tulis masa kau tengah jatuh ... then, kau akan tahu lah yang kau pernah diuji ujian dengan ujian perasaan ... kau boleh tengok , matang atau tak kau handle masalah tu ... kau boleh analisis balik ... so that kau akan makin bijak merancang dan memilih . kau tak akan mudah-mudah nak bagi peluang untuk diri kau jatuh balik . di samping itu, tujuan hidup kau akan lebih terarah , kau mungkin ada perancangan masa hadapan yang lebih baik , berbakti dan berkhidmat kepada ummah . Insyaallah .

Yang keruh , jangan keruhkan lagi ..

Tapi usahalah biar keruh yang kita lalu itu dah tak berulang . jernihkan semula .

Coretan, 
Ummu Baihaqi

Comments

Anonymous said…
ish pelupa dah ni.

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria