Kisah rotan dan duster
بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini merupakan hari terakhir kelas untuk semester pendek ini (sem 3) . dan hakikatnya aku hanya mengambil satu subjek sahaja iaitu Tahfiz (uni requirement kottt) . alhamdulillah , we're all done with 1 juzu' of surah al-Baqarah . It took about three months to finish it . Alhamdulillah, thanks Allah .
Memandangkan hari ini adalah kelas terakhir kami sebelum peperiksaan akhir , pastinya akan ada final speech daripada ustaz . He talked about the exam format, his experience during his studies and also some motivation.
Sayu la juga rasa hati ini. 3 bulan dok menghafal kt ustaz , buat lawak dengan ustaz , dsb.
My Awesome Experience
Pernah tak zaman kecik2 dulu , kita mengaji al-Quran , then bacaan tajwid salah , dan zappp rotan hinggap kt tangan? pernah lalui tak....? hehe.. benda2 tu kan kenangan kita masa kita mula nk kenal dengan kalamullah . kalau guru tak tegas , macam mana kita nak berjaya macam apa yang kita dapat sekarang-- dapat baca al-Quran dengan lancar, faham hukum tajwid, dan berusaha untuk memahami makna disebalik bacaan kita. :)
dan...... itulah benda yang aku rasa semasa dalam kelas tahfiz ni.. walaupun dan zaman uni , tapi bab al-Quran memang kena tegas .. jangan terlalu ambil mudah ..
1- rotan tapak tangan
Sangatlah comelll rotan ustaz kami.. beliau guna batang plastik yg ada kt belon tuu.. halus jaa nampak tapi kena tangan sedap laaa jugak.. hahaa.. Kes ni jadi sebab aku terlupa ayat sebelum2 ni..
Sebab kebiasaan sebelum kami menghafal muka surat seterusnya, ustaz akan ulangkaji ayat2 yang dah dihafal.. makanya bila ustaz tebuk ayat yang lama2 tu, dan ada part yang aku tak ingat.. blurr kott.. pastu nak jadi ceritanya :
Ustaz : haa.. mana rotan ustaz ni.. (sambil selongkaq beg cari rotan kecik comei molek tuu)
Aku : aaa. ustaz. sat2. nak ingat... (tapi blurr jugak.. haha)
Ustaz : haa. sua tangan.. ustaz nak rotan..
Aku : (zapp kena rotan) . heee. *boleh tahan pedih*
--------------
2- "pakai bedak hitam" -- duster whiteboard
Okay , yang ni sangatlah legend sebab aku sorang ja kena dalam kelas tuu. haha. kes ini berlaku apabila aku jawab soalan salah.. kebetulan hari tu ustaz mengajar kami hukum tajwid-- mad lazim kalimi/harfi muthaqal/mukhoffaf , dan mad asli. Then ustaz bagi la exercise sikit untuk lihat samada kami faham ke tidak.
Please be noted that mad asli ada tiga jenis ya adik2 :
1- Mad Asli
2- Mad Asli mutlak
3- Mad Asli Harfi
****Please google to get more info.. hehe
Ok. Ustaz ada bagi kalimah2 dalam ayat Quran , untuk kami detect apa hukum tajwid kt setiap huruf tu... contoh, aku dan empat orang lagi dapat كهيعص , aku kena detect hukum kt huruf ه . bila ustaz minta jawapan, dengan konfiden aku jawab Mad Lazim Harfi Mukhaffaf.
Then, bila check satu2, ustaz explain cara nak detect--
tengok2 jawapan aku salah. gurlp !
Ustaz : Tadi ustaz kata siapa jawab salah ustaz bagi pakai bedak kan?
Pelajar lain : Yaaa.
Aku : Ustaz nak bagi betoi ka ustaz?
Ustaz : Ye la. tapi sikit je lah. *sambil ustaz ambil duster dan tambah powder(maksudnya ustaz p padam marker2 kt whiteboard)*
Aku : Ustaz nak boh kt mana ustaz?
Ustaz : Kt pipi la. *sambil ustaz gigih berjalan menghampiri aku*
Aku : *tunggu dengan pasrah sambil lipat sikit tudung kt bahagian pipi*
Ustaz : *datang dengan yakin dan pekkk setempek duster melekat di pipi aku*
Aku : *teruih gabuih2 balik kesan bedak hitam itu*
THE END.
Hahahaha. What a nice experience that i get ! Dah tu, dalam berbelas2 orang pelajar dalam kelas tu, aku jugak insan terpilih yang nak dapat pakai bedak hitam tu.. :P Tapi tak dak la rasa segan sangat sebab kelas kami semua pelajar perempuan.. hehe.. :D
----------
Kata2 Semangat
Ustaz pesan supaya "jangan lupa apa yang dah dihafal. Dalam dua bulan ni kamu dah dapat hafal satu juzu', setiap minggu 4 mukasurat yang kamu tasmi' kt ustaz.. untuk kekalkan hafalan kamu , kamu baca2 lah sewaktu solat , ini tak , asyik2 qulhuwallah pastu inna a'thoina.... hahahaa.. *terasa bebb*
Dan kalau nanti ada yang nak datang tasmi' dengan ustaz , boleh saja. Kamu hafaz la betul2, jangan ingat untuk sem ni sahaja. Masuk sem depan nanti, kalau ustaz jumpa kamu kt Bank Islam, nnt ustaz terus tebuk mana2 ayat suruh kamu sambung...
Kira kosong-kosong ya.. yang mana kena rotan tuu, "ada tak yang kena rotan?" "adaaa~" *dengan semangat aku menjawab*, dan yang mana yang kena pakai bedak tu *satu kelas tengok aku. haha*, ustaz bukan buat saja2............ "
-----------
Pengalaman Ustaz
Dua sebab beliau mula bertekad untuk menghafaz tiga puluh juzu' :
1- Sebab beliau tak dapat masuk mana2 pusat tahfiz e.g Darul Quran
2- Sebab beliau nak compete dengan adik beliau yang berjaya masuk DQ
dan beliau pun mula menghafal bermula dari tahun dua sehinggalah tahun keempat (di UIA)-- maknanya beliau mengambil masa dua tahun dua bulan untuk complete hafaz satu al-Quran (tiga puluh juzu') . subhanallah ! Ustaz kata yang penting kita kena ada keinginan dan azam yang kuat. InsyaAllah. :D i'm proud of my ustaz. hehe..
-----------
SYUKRAN JAZILAN USTAZ ATAS SEGALA ILMU YANG TELAH USTAZ SAMPAIKAN KEPADA KAMI. HALALKAN SEMUANYA DAN MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI USTAZ DAN KELUARGA.. AMEEN..
Assalamu'alaikum.
Comments