MyTRIP - Negeri Sembilan
بسم الله الرحمن الرحيم
i do love travel.
Untuk pertama kalinya aku memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang tak pernah aku buat sebelum ini. *pheww* . Bila buat survey and research sikit2 kt internet, aku ambil keputusan untuk pergi ke Melaka. Ada apa kt Melaka? best ke?
Disebabkan aku pernah pergi ke Melaka sebelum ni dengan rombongan sekolah rendah (zaman darjah 5 dulu) , so i just know only some places. dan still ada tempat yang dulu kami lalu tapi tak sempat singgah pun. tsk.tsk. haha. sampai masuk u pun masih terasa penyesalan tak dapat melawat tempat tertentu. :P *nangis*
And i begin my journey on ... aku tak ingat lah .. nanti bila aku jumpa journal diary aku tu , aku tulis balik details kt sini.. secara umum , aku bergerak dari Gombak ke Negeri Sembilan terlebih dahulu memandangkan aku akan pergi ke Melaka bersama sahabatku Syafiqah yang sedang menuntut di usim.
I went there by lrt (Gombak-->KL Sentral) , and then changed to ktm (KL Sentral --> Nilai) . (Please be noted that i'm alone throughout the journey before arrived Nilai). The journey took about two hour before i reached Nilai. In KTM i could write my diary for a while. In the afternoon, i arrived Nilai.. woah.. rindu.. because i had been there for one semester during my CFS before transferred to PJ.
Memandangkan aku dah serba serbi tau kawasan kt stesen Nilai tuu, aku jalan2 je lah dulu kt situ sementara menunggu kawan datang ambil. Ok, Mydin is still there. Nak g Mydin malas nak jalan sebab tgh puasa hari tu.. *alasan* last2 g masuk kedai kasut beli slipper sebab kami plan nk g air terjun sebenarnya... tapi konon nak ringan beg kan , aku tak bawa la slipper dari Gombak. :P sanggup beli yang baru. kui3
A few minutes later, kawan aku sampai dan kami terus bergerak ke kawasan air terjun .. hmm. apa eh nama dia... haa.. Jeram Toi ! Sepanjang perjalanan tu memang awesome lah sebab kiri kanan kita dapat tengok rumah tradisional negeri Sembilan. Rasa macam nak kata, "Pikah. hg stop sat wehhh. aku nak amek gambaq rumah tu laa.." tapi tak terkeluaq pun. hahaa.. dah ralit sangat - teruja sangat .
Kami tiba di Jeram Toi.. jauh jgk lah parking sebab kereta banyak sangat.. and ouh~ dalam kereta , ada empat orang-- aku, Pikah, Odah, Fatin. Lagi dua orang tu kawan Pikah.. :)
Jalan masuk kawasan air terjun.. jumpa lagi kawan2 depa, sebab ada satu lagi kereta yg join sekali.. pastu duduk sat, tangkap gambaq (ok. itu penting ya) .. then, ada sorang kakak yg berkelah kt situ bagi cadangan kt kami untuk pergi ke air terjun Ulu Bendul. Kt Jeram Toi tu tempat tak berapa luas , then manusia ramainyaa ya rabbi.. sebab ada yang buat family day kalau tak silap..
Jadi, kami ambil keputusan untuk bergerak ke Ulu Bendul.. Haruslah diingatkan , waze penting ok.. haha.. kalau tak , tak sampailah kami kt sana. :P dan alhamdulillah, tempat dan facilities kt sana sangatlah memuaskan. kami sampai, terus g solat Zuhur dulu, then baru ke kawasan air terjun. (dan tidak dilupakan , bergambar dulu okay..) haha.
Puas hati. Kami kt sana sampai Asar. Then, siap tukar2 pakaian, dan pergi ke surau semula untuk solat Asar sebelum bergerak pulang ke Nilai.. the experience is just awesome! ^^
Sebelum pulang ke rumah hostel , kami singgah beli makanan terlebih dahulu.. sebab kami bakalan berbuka puasa di Dataran Nilai. (okey. yang ni memang nak nangis.. :") ) rindu weh... dataran Nilai tempat lepak aku dedulu. tsk.tsk. Selepas solat Maghrib, baru kami bergerak ke Dataran Nilai untuk makan malam.. best.. hampar tikar , pastu duduk makan2, sembang2, taaruf2 .. what a nice atmosphere !
Sebelum pulang ke rumah hostel , kami singgah beli makanan terlebih dahulu.. sebab kami bakalan berbuka puasa di Dataran Nilai. (okey. yang ni memang nak nangis.. :") ) rindu weh... dataran Nilai tempat lepak aku dedulu. tsk.tsk. Selepas solat Maghrib, baru kami bergerak ke Dataran Nilai untuk makan malam.. best.. hampar tikar , pastu duduk makan2, sembang2, taaruf2 .. what a nice atmosphere !
Alhamdulillah.
Thanks uolls for such a great memory that we had on that day.
Barakallahu lakum ! ^^
After that, barulah kami pulang semula ke Desa Jati !
To be continue-












Comments