(no title)
بسم الله الرحمن الرحيم
Tuhan selalu bagi pada aku dua perbezaan, mungkin untuk aku buat perbandingan. dan mungkin juga untuk aku melihat mana satu yang boleh aku terima..
Mungkin aku boleh maklumkan di sini, ia adalah dari segi teguran dan mungkin juga nasihat atau mungkin juga boleh dipanggil sindiran.. ya.. sindiran.. yang mana kebanyakan orang memang suka menggunakan this type of communication bila nak tegur someone..
Manusia sifatnya tidak boleh menghukum.. Aku kena ingat itu.. *kalau korang nak ingat sekali pun boleh laa* i mean , dari sudut pandangan orang yang ditegur laa..
Selalu kan, kalau orang kena tegur, mesti kita punya kata bisikan,
"eleh.. babe.. macam la kau tu pun bagus sangat.."
"eleh.. babe.. kau pun buat macam tu jugak.."
Haha. Normal lah tu.. Tapi kalau aku pula, style aku bukan macam tu.. aku lebih suka tengok the methods that he/she used.. kadang aku acuh tak acuh jaa orang tegur , balik bilik dok kritik cara orang tu tegur jaa.. entah.. sebab aku suka tengok benda tuu.. lain orang lain cara dia menegur.. aku suka observe tuu.. bab nak ambil nasihat dia tu aku letak no dua lah.. :)
Disebabkan aku ini bukan lah seorang budak yang baik dan solehah , maka bakul teguran aku memang sentiasa sarat since sekolah menengah lagi... haha.. ada je insan2 yang nak memenuhkan, i appreciate that.. kadang2 aku selongkaq la balik bakul tuu, mana tahu tetiba hati aku terbuka nak ambil pakai kan.. :)
Antara cara2 yang aku pernah kena:
(opps. meh aku clear kan , ini dalam skop antara kawan2 je lah. tak termasuk parents or guru2)
1) SINDIR DAN MEMANASKAN TELINGA
"hang berubah dah nah...awat pakai shawl...nampak macam pakai topi keledar.."
-aku tak mau komen banyak sebab sakit hati juga bila pikiaq balik.
2) DIRECT DAN SOPAN (woah.. i like this much)
"ummu...aku rasa bentuk muka hang tak sesuai la untuk pakai shawl..kalau macam dia xpa la, mungkin sebab hang pakai spec kott..jangan marah aku,sebab kami dok perhati dari tadi sebenarnya.."
-this type memang aku suka.. yang menariknya, depa tunggu sampai program dah selesai.. otw menuju ke bas... sambil jalan , sambil dia slow talk dengan aku.. ya Allah, sejuk hati dengaq and i memang respect dengan depa.. aku pikiaq, berapa lama laa depa dok pikiaq nak teguq aku dengan cara yang memang bagi aku paling berhemah.. :) waktu itu, aku senyap saja.. tunggu sampai depa habis cakap.. sambil slow talk pun sambil senyum2 santai.. hehee.. thanks dude!
3) SINDIR SAMBIL TERSENYUM
"ehh..laa..ummu ada ka?? ingatkan tak turun kelas dah..." *pastu qenyih*
"ehh..ummu..lama tak nampak..sihat?"
-this type....hmm..awal2 kena, terasa laa..pastu, tengok depa qenyih sekali ngan aku kena qenyih balik...hahaha...tak jadi nak terasa...
4) DIRECT DAN hmm.....
-yang ni aku tak tau nak explain macam mana.. direct memang direct.. tapi itulah aku tak suka sebab benda yang aku buat tu totally aku selalu buat kt orang lain, but dekat orang tu style dia lain dan aku TAK TAHU LANGSUNG... aku rasa macam "erghhh.. kalau la aku tau hang tu jenis macam tu, konfem aku tak main handphone hang aihh...ahh! $%#%$ " .. cenggitu lah lebih kurang... and i was totally blurrr to think about it.. black thing la sepanjang aku hidup..
-----------------------------------
One more thing.... yang ini memang aku sendiri tak boleh nak hurai kenapa dan mengapa.. konfem cepat aku terasa.. dan pasti akan terasa.. sampai boleh buat aku hilang mood...
Aku tak nak cerita situasi sejujur macam situasi kt atas... tapi bila aku fikir balik , mungkin sebab ini kott...
BILA SEORANG LELAKI MENINGGIKAN SUARA
KEPADA SEORANG PEREMPUAN
Aku tak pasti orang lain macam mana...tapi...aku rasa benda ini lah yang aku lalui...bab2 yang aku boleh terasa sampai hilang mood ni , sebab perkataan yang dia tuturkan itu mungkin terlalu panas , ditambah reaksi muka/nada suara yang seakan2 nak memang nak marah , yang kadang boleh sampai buat telinga bernanah.. walau mungkin pada hakikatnya dia sekadar mahu melawak..
REFLECT DIRI SENDIRI : Aku tahu benda ni kena kt aku sebab aku pernah buat kt orang macam ni...Tuhan nak bagi aku rasa balik la tuu...lepas aku dah kena, aku kurangkan sikit buat kt orang macam tu...kita rasa memang niat kita nak melawak, tapi kita lupa, yang kita tunjukkan kt orang itu adalah reaksi luaran kita...orang mana nak boleh selak tengok niat dalam hati kita yang pada asalnya nak MELAWAK sahaja...orang akan tengok muka kita, dengar perkataan dari mulut kita..apa yang terzahir itu adalah yang dilihat...
okay sambung balik bab terasa tuu.. itu lah.. aku pun speechless.. bila dah kena berkali-kali, Tuhan tegur aku, memang aku dah tak buat kt orang dah.. terus jadi sopan sattt bab2 macam tu.. sebab serius memang sakit hati bila kena... aku minta maaf kt siapa2 yang aku pernah buat macam tu.. so sorry.. :'(
Bila aku kena, memang mood aku terbantut.. seriously! reaksi muka aku boleh terus berubah tang tu jugak.. woii kadang rasa macam nak nangis woii.. mungkin sebab dia lelaki? atau kenapa? entah... bila dah kena, hmm, benda pertama aku buat, aku senyap pastu blah pi buat2 benda lain... pastu bila pi balik tempat tu, orang tu dh boleh sembang macam biasa, giliran aku lak, sekadar, "hee..haah..hmm.." langsung hilang keikhlasan.. maaf...
--------------------------
Baiklah.. dah puas dah berceloteh merapu meraban tang ni..
Sekian...
Comments