Drama perasaan-yang-entah-bila-mahu-tamat
Benda yang lepas lagi hendak dikenang. Benda
yang pedih lagi hendak diingat. Kadang2 tertanya pada diri sendiri, “apakah aku
belum redha dengan apa yang terjadi?” atau “apakah aku masih belum menerima
suratan kejadian?” atau “apakah dalam hati masih ada sekelumit harapan?”
Mengapa persoalan2 itu masih belum dapat aku
jawab? Aku keliru. Kadang lidah laju menjawab yang positif, tapi hati
bagaimana. Berusaha menidakkan apa yang terjadi. Berharap bahawa apa yang
terjadi itu hanya mimpi. Ya. Berharap. Berharap pada yang kita cinta. Walau
kadang mungkin bertepuk sebelah tangan, hati masih lagi berpegang teguh pada
harapan. Tidak pasti dari mana datangnya kekuatan harapan itu.
Masa kadang sudah hampir sedekad berlalu, tapi
itu tak bermakna harapan makin pudar. Walau hakikatnya ia makin suram, hilang
serinya. Tetapi biasa, hati tak akan pernah mengakui bahawa harapan itu sudah
makin kelam, kabur, barangkali sekejap ada sekejap tiada. Dari luar, sebenarnya
itu hanya mimpi. Harapan yang tak pernah wujud. Oh. Silap. Yang pernah wujud
tetapi ia mula hilang sedikit demi sedikit.
Memang dengan hati lah paling susah untuk kita
berkonfrontasi. Mata kasar nampak segalanya tetapi mata hati tetap mahu
berusaha melindungi. Tidak mahu ditunjukkan resah dan gelisahnya. Tidak mahu
dirinya dilihat lemah. Kononnya, “ahh. Aku kuat. Aku masih punya harapan. Aku
tak akan percaya kepada apa yang tak pasti. Selagi ia belum terjadi, selagi itu
aku tetap akan berharap.”
Apakah itu dikatakan kuat? Atau sebenar hanya
menunjuk kuat? Walhal hatinya terkadang goyah ditiup khabar angin.
Berharap. Terus berharap. Masih terus berharap.
Sampai stage mana baru kamu mahu
mengalah? Rupanya kamu ini bukan kuat, tapi degil. Sudah dipesan kawan jangan
berharap, tapi kamu degil. Mahu juga disiapkan plaster untuk dilekat pada hati
yang bakal luka itu. Ahh. Bodoh! Ya. Memang kadang boleh dipanggil bodoh.
XXXXXXXXX
Tolong. Tolong jangan panggil aku bodoh. Jangan
panggil aku degil. Memang kadang aku dilihat seperti itu, tapi tolong faham
perasaan aku. Perasaan aku. Perasaan aku, kawan… Perasaan yang susah nak
bertandang disebabkan ego aku. Tapi bila ia datang, hanya sekejap. Aku tak
boleh itu. Aku tak boleh terima. Diri yang awalnya dikawal dengan ego, bertahun
dikawal, tapi ia tewas.. kawan, tolong faham aku kawan… Aku tewas dengan yang
namanya ego. Sedangkan ego aku tewas disebabkan perasaan ini, mana mungkin aku
mahu abaikan perasaan ini tanpa diurus.
Kawan, aku mengambil langkah untuk menjaga
perasaan ini. Bukan mudah… walaupun ia datang, tetap kadang2 ego akan masuk
melawan. Perasaan yang paling dalam tidak pernah keluar.. ia masih tetap
tersimpan di lubuk yang terdalam. Entah dimana. Aku ego. Tolong lah faham. Aku
ego. Ego itu pernah jatuh sekali, tapi tetap aku tak pernah buang ia terus.
Perasaan itu dan ego mula mengorak langkah bersama. Entah kenapa!
XXXXXXXXX
Ya. Aku akui. Aku sebenarnya lemah dengan
senyuman dia. Hanya senyuman dia yang mampu buatkan aku tersenyum. Sampai
sekarang masih tiada yang mampu menggantikan. Itu aku pasti!
Comments