When Allah says "Kun"...
بسم الله الرحمن الرحيم
Jam sekarang menunjukkan tepat 11.15 malam. Aku punya assignment memang selalu humban ke tepi. Sehari sebelum submission baru kalut mencari. Haha. Ouh. Haa. Malam ni member2 aku dalam perjalanan menuju ke Terengganu, memenuhi jemputan walimatul urus alumni. Dari pagi aku dapat call dari senior ngn member, tapi malangnya hari ni hari aku off phone... jadinya malam tadi baru aku tahu yang depa pun nak ajak aku g Ganu.. hewhew.. Tak pa lah.. hampa pi lah.. aku kena sep bajet sikit, ekonomi makin goyah nak dekat hujung2 sem ni.. hee.. :) Semoga selamat perjalanan mereka pergi dan balik.. amiin.
---------------
Baiklah.. nak bercerita.. benda ni pun sebenarnya ada kaitan dengan pengalaman peribadi konvoi aku.. tapi aku pun tak tahu nak letak kt part mana.. because it happened twice.. it's a long story compiled in one post..
Sebelum konvoi.
Nak dijadikan cerita, alhamdulillah, abah bagi kami guna kereta DAH yang ada kt rumah untuk perjalanan konvoi kami selama 2 minggu. dan semestinya kami kena balik Kedah untuk ambil kereta tersebut... nak mencari orang yang boleh balik dengan aku pun dah cukup mencabar.. sebabnya kes aku yang tak reti nak memandu kereta manual.. hmm..
Malam tu kami ada meeting..lepas habis meeting, memang terus nak cari driver yang boleh balik sekali ngn aku..tanya punya tanya, majoriti ada exam memandangkan waktu tu memang musim final exam.. pelbagai idea dan cadangan daripada senior aku yang merangkap nydp1.. dia la banyak bagi jalan macam mana nak balik amek kereta, itu dan ini.. kalau tak jadi plan A kita guna plan B.. macam2 lah.. aku ni , kalau bab merancang memang hancusss.. blurr kott..
Lastly, ada jugak sorang senior yang tak de paper (dalam tempoh masa kami nak balik ambil kereta tuu).. aku memang tak leh lupa.. senior tu masuk berdiri kt pintu kelas, then, terus kena tanya, "weh hang ada paper dak sekian..sekian.." bila dia jawab tak dak tu , memang terus nydp1 kami minta tolong dia la balik Kedah amek kereta sekali dengan aku.. aku memang syukur sangat laa sebab ada jugak yang nak drive.. satu je kelemahan aku, aku tak pernah nak fikir effect selepas tu.. kadang2 macam penting diri pun ada.. sorry lah.. aku just fikir, janji ada orang yang boleh nak drive kereta tu balik mai KL..
Hmm.. Hmm.. Hmm..
Maka pulanglah aku dan senior aku ke Kedah dengan menaiki bas Konsortium.. aku pun first time naik bas tuu sebab nak kejar masa je.. hmm.. bas kami bergerak dalam pukul 10.15 malam dari Puduraya dan tiba di Alor Star sekitar jam 5.00 pagi.. tak ramai pun penumpang waktu tu memandangkan bukan musim cuti, jadi memang banyak la tempat duduk kosong.. kami pun dok merata ikut suka masing2 la kt mana yang kosong..
Abang dan ummi yang mengambil kami di stesen bas.. sampai saja di rumah, ummi terus buatkan air teh panas untuk dihidangkan.. rehat2 sambil bual2 tentang perancangan esoknya.. tidak lama kemudian, rumah kami menerima panggilan telefon, aku lihat jam, 5.30pagi..
Abang datang mengetuk pintu bilik aku, kebetulan aku dan ummi sedang berbual, katanya, "hmm. awal2 macam ni selalu ada orang mati.." . kami semua senyap sebab abah yang menjawab panggilan telefon.. selepas 5 minit, abah keluar dan datang kepada kami, maklumkan yang Pak Uda kami telah pulang ke rahmatullah.. memang kami terkejut..
Abah terus cakap, "kemas barang, kita balik Johor.."
and i was like... Allah.. aku baru sampai.. barang aku macam mana.. kawan aku macam mana.. kereta nanti macam mana.. and again i fail dalam bab2 merancang... *dok buat kalut sorang2 boleh.. -,- *
Ummi datang habaq kt aku tentang perancangan sekian..sekian.. dan abah yang buat planning semua tu.. aku just mengangguk faham.. jadi, kami buat seperti apa yang dirancang...
Bianae, oppa.
Pasti ada hikmah.
dan memang aku sendiri rasa banyak hikmahnya..
Al-Fatihah.
Aku tak cerita langsung kepada sesiapa mengenai kematian ayah saudara aku.. hanya kepada abang dan adik aku yang tidak berada di rumah pada ketika itu.. hmm.. perjalanan ke Johor memang memakan masa yang lama.. dalam perjalanan, abah sering mendapat panggilan telefon daripada kampung..
Dan ayat terakhir yang aku dengar, abah cakap dengan Pak Usu, "hmm. tak apa lah.. kalau dah siap semua, kebumikan lah dulu.. kami baru ada di Ipoh.. nanti kami sampai, kami akan terus ke kubur Pak Uda.."
Selepas itu, tiada lagi panggilan telefon.. mungkin urusan pengebumian di sana sedang diselesaikan.. hampir waktu petang kami tiba di Muar, Johor.. sepanjang perjalanan, ummi dan abah keep on asking about my senior.. ye lah , mungkin rasa serba salah sebab terpaksa tinggal dia kt RnR memandangkan kami juga perlu balik ke Johor.. and i was keep on texting him sejam sekali sebab nak update.. bila dia kata dah sampai Baling, baru lah semua lega.. dah tak ada soalan dah after that..
Sampai di kampung... kami terus singgah ke kubur Pak Uda.. menziarahi.. dan kami pulang ke rumah Pak Usu.. pada sebelah malam, diadakan tahlil arwah di rumah Mak Uteh.. Di Johor, tahlil akan bermula selepas solat Maghrib, tidak seperti di Kedah yang akan dilakukan selepas Isyak.. hampir dua hari kami berada di kampung sebelum aku pulang ke Gombak..
........
to be continued
.
.
.







Comments