Mode : Rindu Abah
بسم الله الرحمن الرحيم
Hmm. Malam ini aku culas. Tak turun kelas.
Tadi.. lepas solat Isyak , entah macam mana tetiba teringat abah. :") maybe , i miss him so much. yeah.. anak abah lah katakan.. sobsob. *hakikatnya tengah rindu*
First thing yang terlintas dalam fikiran aku tadi--
Ceritanya,
Aku selalu balik kl naik bas pagi Ahad
Hari Ahad , kt Kedah memang dah hari bekerja
Jadinya , confirm lah abah tak dapat nak hantar den kt stesen bas.
So , sebelum abah pi kerja , mesti dia mai ketuk pintu bilik aku , mesti lah nak salam kan..
Anak dara dia ni kekadang tak bangun tidur lagi pun , maklumlah abah pi kerja awal juga , dalam jam 6.15 ke 6.30 macam tu... harapaan jugak lah aku nak bangun awal cenggitu...
tokk. tokk. tokk.. *bunyi pintu diketuk*
![]() |
| Always be anak dara abah yang macam budak2... |
mek cah bingkas bangun dari katil dan bergegas buka pintu. kekadang tersepak habis benda alah apa yang ada kt lantai tu teqa nak sampai kt suis lampu.. dengan laptop la , charger laptop la , beg la , macam2.. -,- tekan suis lampu.. gosok2 mata.. buka pintu bilik.. tadaaa~ abah dah segak bergaya dengan kemeja dan seluar slack dia ala2 cikgu disiplin yang tegas sedang dalam operasi menangkap anak murid ponteng kelas *ok.. hyperbola*
mata mek cah masih separuh terbuka lagi . antara sedar dan tidak . antara nampak dan tidak . mata masih tak luas macam selalu . *ok.. hyperbola lagi* buka pintu , nampak abah , terus pi salam , hug and kiss.. maaf la kakak perangai tak senonoh cenggitu , hehe , dah la abah dah wangi2 semua , boleh pula anak dara dia dengan baru bangun tidur p salam pelum dia lak.. hewhew..
dedulu masa awal2 berlaku situasi pepagi macam tu , aku mesti konfius , konon konon konflik dalaman gituu . "aku bangun nak p basuh muka dulu ka macam mana eh ... abah dah ada depan bilik , tak kan nak bagi dia tunggu lelama lak . lagi pula nanti kang basah pula baju dia bagai..." hahaha . semua itu konflik semata2 .. last2 belasah teruih pi salam abah juga.. :P
segan? konfem laa.. tapi nak buat macam mana , tebal la sikit muka.. hehe..
dan selalu bila dah sampai kt stesen bas , abah akan call semula tanya dah kt mana dah , dah naik bas ke belum , etc.. macam macam.. thats why hari tu , masa aku balik kl selepas cuti mid sem , aku akan update kedudukan aku kt mana.. contoh, "abah, kakak dah sampai pudu kol 6.00 pagi tadi.." lebih kurang camtu lah.. "sekarang bas tengah berhenti kt rnr tapah..." dsb.. hehee.. :)
Ini lah yang cerita yang terlintas di fikiran aku tadi.
Dan ia cukup untuk membuatkan hati ini terbit rasa rindu.
![]() |
| Please always be in my heart forever ever ever~ till jannah.. ameen.. :) |
Hmm.. Aku tak tahu nak buat macam mana , lepas solat Isyak tadi, aku hanya niat , "Ya Allah, Kau sampaikanlah salam rindu aku pada ummi dan abah.. dan bacaan al-Fatihah ini aku hadiahkan kepada mereka.." moga2 ada kebaikannya.. :) kalau rindu , senang saja , aku selalu bacakan al-Fatihah buat mereka.. insyaAllah. moga semuanya sentiasa terjaga di bawah lindungan Allah swt.
Wallahua'lam.
Assalamu'alaikum.



Comments