Leteran si ummu_baihaqi

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tak nak cakap banyak. Aku hanya mampu doakan saja untuk abang2 dan adik aku. Hehe.. Semuanya dok raise issue kawen. Aku tak menyokong mahu pun membantah. Aku neutral. Hewhew. Kalau dapat kawen , aku pun tumpang gembira. Kalau tak dapat kawen lagi , ehem aku memang sangat gumbiraa lah sebab thats mean masa untuk aku luangkan dengan depa tu masih lagi ada.. :")

Parents? haha. aku pun tak nak hurai panjang.. standard lah kan.. masing2 kena pandai cari cara dan jalan keluar lah. minta dengan Tuhan. bukti dengan attitude. kalau kau mampu nak jaga anak orang, its okay. kalau kau mampu nak bagi nafkah zahir batin, its okay. kalau kau mampu untuk berlaku adil pada diri kau dan dia, its okay. aku pun tak nak hurai panjang. kalau kau rasa tanggungjawab kau dengan parents kau selama ini terlaksana dengan baik tanpa terabai, its okay.

 
Ustaz ada pesan , "kamu nak kahwin jangan dalam keadaan tergesa-gesa..sebab perkahwinan bukan benda main-main..besar tanggungjawab." Pesanan ni kawan aku yang kongsikan.. dan aku pun setuju dengan pendapat ustaz ni.. :)
 
Jangan disebabkan kita tengok orang kahwin muda , so kita pun nak ikut trend kahwin muda.
 
Jangan disebabkan kita tengok macam happy je kahwin muda , so kita pun nak.
 
Just nak kahwin tanpa memikirkan apa tanggungjawab yang harus dipikul selepas selesai majlis ijab dan qabul.  During ijab dan qabul , thats mean you dah terima segala tanggungjawab atas bahu you. dan jangan lupa , benda yang dipertanggungjawabkan itu akan disoal kelak. so benda ni bukan main-main. :)


Aku pun dah pernah kongsi bab ni few years ago.. bila mana ustaz ada bagi analogi perkahwinan dengan membeli sebuah komputer baru. Biar aku ulangkan semula untuk peringatan diri. Kita nak membeli sebuah komputer, bukan hanya sekadar komputer semata-mata. Kita nak beli komputer, must be in a set , banyak komponennya , dan bila komputer buat masalah , kita tak kan nak buang terus . Itu tanggungjawab kita untuk jaga komputer tu.. so , deal lah macam mana pun , asalkan tanggungjawab kau masa kau beli komputer tu, masih ada. Itu hak kau , kau yang kena tanggungjawab. ^^

Pro and cont aku tak nak hurai panjang.. masing2 yang beria-ia nak kahwin akan dengan sendirinya mengkaji bab ini.. kau beria nak kahwin muda , confirm lah kau cari pro nya yang lebih. kau beria tak nak kahwin muda, confirm lah kau hamparkan jutaan contra dalam bab ini. jadi , dalam menilai sesuatu benda , kena pandai untuk tidak berlaku bias (berat sebelah). kau ada akal : kau fikir masak-masak , kau tanya pendapat orang , kau istikharah , kau minta petunjuk dengan tuhan , kau usaha lah semampunya agar kau yakin dengan keputusan kau.

Pendapat picisan aku, its depend on the individu actually. 
 

Macam aku , aku kurang sikit bab ni.. aku tak suka fikir sangat bab ni.. (bukannya tak fikir langsung), cumanya aulakan (give priority) lah dulu apa yang perlu pada masa dan ketika ini.. lagi pula, aku ni memang sejenis perangai nak henjoyyy dengan kengkawan je lebih.. bab reason nak elak fitnah , itu betul.. tapi tu lah, kalau kau pandai jaga diri kau , kau minta dengan tuhan untuk jagakan kau , insyaAllah tak ada masalah pun.. Allah ada.

Pernikahan itu sendiri banyak hukum. dari wajib nikah sampai lah ke hukum haram nikah. semua ada. kau kaji lah dulu. biar kau tahu kau sedang ambil tahap hukum yang mana untuk kau nikah.

Subhanallah! bestnya berleter pagi2 buat cenggini. heee.. insyaAllah, kalau ada faedah, ambil lah.. kalau tak dapat manfaat, close tab terus sebab tulisan2 ni tanggungjawab aku. aku yang akan dipertanggungjawabkan kelak.. so kalau agak2 boleh datangkan perpecahan , korang terus blah lah dari sini. *ayat kasaq sikit*  tak nak la sebab tulisan2 ini  , ada lak perpecahan kan. hmm. :)

Haaza min fadhli rabbi.. 
تصبح على الخير
 

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria