DEATH is above everything.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi !

La haula wa la quwwata illa billah !

Tetiba rasa macam nak merapu lagi... boleh lah nah... :P

Okay...tadi Maghrib, we are having our quality time between mom and daughter.. fuhh.. standard laa tu kan.. in any time, curi je masa kejap borak-borak kan.. :) dan topik untuk hari ini adalah tentang PLANNING...

Normal laa-
Memang tiap kali balik akan sembang pasal benda alah tu kan..
Dah nama pun Ummu Aisyah Saiyidah still student, khennn.. :D 
*syukur alhamdulillah*

Perbualan bermula apabila--

"Jadi, lanie kakak amek tak Mass Comm?"

"Ouh. Setakat yang dihantar borang tu, alhamdulillah lah, tengah amek.. cumanya sekarang bla..bla..bla.. *aku menghuraikan permasalahan dan fakta yang berlaku* cuma kalau kakak rasa berat, tengok la, kakak buat 5 tahun ka cmna.. sebab kalau buat 5 tahun, at least setiap sem tu tak terbeban sangat..lagi pun, nanti kalau 5 tahun, kakak keluar pun, ada dua benda, Bahasa Arab satu ngn backup Communication tu, so xpa laa kot. insyaAllah.. " *aku pun tak tau sejak bila yakin macam nak pi buat degree 5 tahun..*

"Nanti dah habis belajar, fokus kt mana?"

"Hee.. Tak tahu lagi lah ummi.. tapi baru-baru ni ada survey PTD jugak.. bla..bla..bla.." *aku menceritakan syarat dan proses temuduga PTD* lagi pun, style kakak, kakak jenis belajar ja dulu ummi.. sama la macam kt smkak dulu.. kakak kalau penat sangat tak tau nk fikir sal ke hadapan, kakak akan fokus belajar ja dulu, sebab nanti bila dapat elok, mana2 pun boleh minta.. :) memang la still ada side planning jugak, bukan tak dak plan langsung.. hee.. tapi tu lah kan, entah sempat, entah tidak la nak dapat semua tu.."

"Ish. hang ni.. jangan dok sebut pelik2.. insyaAllah, moga tercapai semua yang kakak rancang.." :)

"Amiin.. tapi tu lah kan, mati pun kena fikir juga.. ye lah, kita ni kan boleh rancang macam2, tapi tak tahu sempat ke tak..hee..."

"Hang tak join yang Penjejak Tamadun tu ka?"

"Ouh.. Yang tu kak dah jadi ahli dah.. cumanya sekarang sebagai ahli baru kami kena ikut proses laa.. diskusi grup, kem, dan macam macam lagi.. tapi nanti pun depa akan ajar public speaking, kemahiran komp, presenting skill, ... bla..bla..bla.." *aku turut menceritakan mengenai tokoh tokoh dan juga program menjejak ketamadunan sejarah Islam*

----------------------------

Sambil aku bercakap dengan ummi, sambil aku membelek buku nota perancangan hidup aku.. :)

Tentang join program GPTD, kebetulan ummi dah tanya sendiri, kan.. cumanya still aku terlupa nak habaq, planning aku untuk join Humanitarian Mission selepas bergelar graduan dan sebelum bekerja.. insyaAllah.. mudah2an.. :")


GRADUATION-HUMANITARIAN MISSION-WORKING-MARRIAGE-TRAVELLING

Alhamdulillah semua sudah dirancang kemas.. Mohon semua doakan saya juga. :)

And absolutely DEATH is any time.. We cant plan it.. :)
cause
DEATH is above everything-
Only Allah knows.

Thanks ummi for listening all of these. <3 <3 :") 

Mana ada orang lain nak tanya planning hampa..
Jadi, kalau your mom tanya,
Sebolehnya kisahkan sepenuhnya...
Ceritakan segalanya...
Moga dengan hikmah ibu,
Segala yang kita lalui-
MUDAH. 

Aku juga berusaha.
Percaya Tuhan.
Yakin berkat ibu.
Walaupun pointer 3.0
gagah juga ambil minor-
sebab 
aku harap dengan berkat
melegakan hati ibu,
aku boleh lalui itu..
Amiin.. :") mudah2an..


ADDINAISYAH

23032014
2300
 

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria