KJP - TERENGGANU

بسم الله الرحمن الرحيم

Ruangan Konvoi Oh Konvoi akan dimulakan di Terengganu. 

Kenapang sayang pilih Terengganu? sebab kenangang di Terengganu yang paling obvious untuk diingati.. hehe.. *haha. menambah NG dengan sangat exaggerated*

Dan ouh.. untuk makluman saya tak akan sentuh langsung berkaitan persatuan saya.. i mean , cerita2 ni hanya sekadar daripada saya sebagai peserta. individual story lah senang kata.. hehee..

Sebenarnya aku sendiri pun dah lupa pada hari dan tarikh apa kami berada di sana.. maklumlah lama benar dah belalu. haha.. jom lah mulakan cerita..

Di suatu pagi yang hening bening~ sangat hening~ angin sepoi2 bahasa... kami dalam perjalanan dari Marang ke Besut.. perjalanan , kalau ikut google map , katanya akan memakan masa selama dua jam jugak lah.. baiklah,,, masuk mood happy ceria cepat... haha.. ok, gembira dan gumbira tidak terperi lah... best woo lalu ikut jalan pantai.. subhanallah ! memang cantik ! 

                                

Aku sebagai co-driver pada hari tersebut memnag sangat lah teruja dengan keindahan pantai yang dapat dilihat di sebelah kanan kami.. dan aku sempat merakam video perjalanan kami , i mean , sepanjang perjalanan yang nampak pantai lah kan.. :) nak tengok? haha

                                              

Ini adalah antara perkara2 yang aku masih ingat... kami berhenti membeli keropok lekor di sebuah gerai kecil di sebelah kanan jalan.. aku tidak pula turun kerana terasa malas untuk membeli.. tapi driver turun untuk membeli keropok lekor.. seusai membeli , dia masuk ke dalam kereta dan memberikan keropok lekor kepada kami.. 

Hanya kami bertiga di dalam kereta itu.. driver, aku, dan seorang lagi peserta di belakang. memandangkan kondisi kawan kami yang kurang sihat , kami biarkan dia berehat di tempat duduk belakang.. sebelum meneruskan perjalanan lagi, abang senior di belakang ada berpesan, "abang nak rehat dulu taw sebab kepala abang sakit dari semalam lagi. nanti kalau Ummu nak tidur, kita tukar shift, dan kejutkan abang..." begitulah pesanan yang masih lagi aku ingat sampai sekarang.. Aku hanya mengangguk..

Perjalanan diteruskan.. aku dan driver masih rancak bersembang itu dan ini sambil makan keropok lekor yang baru dibeli.. sedap.. dan menyelerakan.. :) selepas dah habis makan , mata aku mula berat tapi aku gagahkan juga untuk tidak terlelap.. menemani driver.. hmm.. teman hanya sekadar teman.. aku mula tidak banyak bercakap kerana perasaan mengantuk telah membaluti tubuh aku.. hanya menunggu masa untuk terlelap.. pandangan aku lebih banyak dihabiskan dengan memandang ke luar tingkap melihat pandangan.. tapi ia tetap tak dapat menghilangkan rasa mengantuk itu..

Sampai satu masa, mungkin driver perasan keadaan aku yang sedang menahan mengantuk, dia pun berkata, 
"ummu, kau tidur lah dulu kalau kau dah mengantuk.."

Aku masih berkira-kira untuk melelapkan mata, 

"aku memang mengantuk... tapi hang okay ka ni drive sorang2.. risau gak aku.."

Segera dia menjawab,


"aku okay ja ni.. insyaAllah, boleh.."

Aku pun angguk mengiakan, 

"ok lah, aku tidoq dulu nah... tapi nanti hang mengantuk, hang gerak aku taw..."

Dia sekadar mengangguk. Masih ada perasaan risau di hati aku. Tapi setelah dia meyakinkan aku bahawa dia boleh untuk terus memandu, aku hilangkan sekejap perasaan risau itu.. Aku teringat untuk mengejutkan abang senior di belakang memandangkan dia telah berpesan untuk mengejutkannya jika aku pula mahu tidur.. Tapi entah bagaimana, niat aku untuk mengejutkan dia terbantut.. Monolog hati aku, "hmm. abang mesti tak hilang lagi sakit kepala.. lagipun aku nak lelap kejap je.. sian lak kt dia nanti.. driver pun kata okay je lagi nak memandu.."

Percaya dengan monolog aku, aku lantas menyandar dalam keadaan selesa.. selesa untuk aku tidur.. ya, aku tenggelam dalam tidur aku.........

*gangggg*

Satu bunyi kuat kedengaran sebelum aku tersedar dari tidur dalam keadaan kepala aku yang sedang berdenyut sakit.. aku buka mata perlahan-lahan dan melihat aku sudah berada di cermin kereta hadapan.. kepala masih berdenyut, belakang leher aku sakit sepertinya terkena hentakan kuat... aku blurr... aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.. dari mana datangnya bunyi kuat itu? aku buntu.. tidak lama kemudian, ada kakak datang mendapatkan aku dan menolong aku untuk menyandar di seat aku.. dia merendahkan sedikit seat kereta tersebut.. 

Tanpa aku sedar, ada air mata mula jatuh dari mata aku.. ya.. aku menangis.. mungkin kerana terkejut dengan kejadian tersebut dan juga akibat terlalu sakit di bahagian belakang leher aku... seorang kakak masih lagi tekun mencuci sesuatu di dahi aku.. terasa pedih.. masih dapat aku lihat, cecair merah yang berada di kapas... darah.. harapnya tidaklah terlalu kritikal.

Sewaktu itu, aku hanya mampu mendengar suara dari luar, 

"ummu pakai seatbelt tak?"

Aku menjawab tidak... dalam hati, "xpa lah, saya yang salah sebab saya tak pakai seatbelt.. saya tidur.. saya tak kejutkan abang senior di belakang.." tapi dari satu sudut yang lain, aku bersyukur sebab kejadian/kecederaan yang menimpa atas aku adalah totally atas kesalahan aku sendiri.. maksudnya, tidak akan ada sesi menuding jari kepada itu dan ini.. and yeah, i admit, its totally my fault.. plus memang Allah dah rancang begini..

Aku masih di tempat duduk aku.. tak dapat aku melihat keadaan abang senior di belakang dan juga kawan kami yang memandu.. namun aku rasa, aku dapat mendengar suaranya yang seolah kerisauan dengan keadaan kami.. bertanya okay ke tidak.. mungkin juga dia diserang rasa bersalah.. tapi aku tidak pernah nak menyalahkan dia.. sebab aku yang bertambah2 bersalah kerana membiarkan dia memandu seorang diri..

Hmm.. di luar keadaan sedikit bising, mungkin masing2 sedang menceritakan apa yang mereka nampak sebelum berlakunya kejadian tersebut..dan ada juga yang sedang berbincang mengenai tindakan sekarang... aku di dalam kereta masih tidak dapat menangkap apa yang sebenarnya terjadi.. apakah  bunyi kuat yang aku dengar sebelum aku tersedar dari tidur? tersedar, melihat cermin mata aku juga telah patah dan tidak dapat digunakan..

Masa berlalu.. dan kami telah dibawa ke Klinik Desa Kg. Fikri untuk rawatan.. nurse hanya sekadar mencuci luka di dahi aku.. dan memeriksa kami.. katanya tiada kecederaan serius yang berlaku.. sekadar cedera ringan sahaja.. kemudian kami terus ke Klinik Kesihatan Permaisuri, khasnya untuk memeriksa keadaan abang senior kami.. kerana risau setelah melihat darah yang keluar dari hidungnya.. aku bersyukur sebab sahabat kami yang lain sangat membantu kami semasa di klinik tersebut...


Aku turut menjalani pemeriksaan sekali lagi.. kata abang senior aku yang lain, hanya untuk mendapatkan pengesahan bahawa kami telah menerima rawatan dan memudahkan untuk urusan insurans. aku tak faham sangat bab bab tu , tapi aku hanya menuruti.. mengambil nombor dan menjalani pemeriksaan sekali lagi.. aku ingat lagi, senior aku turut berada di situ dan menerangkan kepada doktor antara sebab kami hendak melakukan pemeriksaan walaupun hanya sekadar cedera ringan.. pegawai perubatan memahami kehendak kami dan mereka buat yang sebaiknya untuk membantu memudahkan urusan kami. alhamdulillah.. siap dapat MC lagi.

Setelah selesai urusan pemeriksaan, kami pulang ke tempat kemalangan dan berehat di surau berhampiran. hanya pada waktu menunggu itulah , baru aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku.. bunyi kuat yang kedengaran itu adalah akibat dari hentaman kereta kami dengan kereta di hadapan kami.. Allahu..



Dipendekkan cerita....setelah semua selesai.. kereta dihantar ke bengkel.. laporan polis dibuat.. dan masa semakin suntuk.. program kami pada malam tersebut adalah di rumah persatuan kelantan.. kami dibahagikan kepada dua kumpulan, kump pertama bergerak terus ke kelantan dan kump kedua membawa semua barang2 kami ke rumah ahli di besut sebelum bergerak ke kelantan... siang melabuhkan tirainya, maka begitulah kami telah meninggalkan kesan di Kg. Fikri.. kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan oleh aku dan juga mungkin peserta2 yang lain.. cuma, kata syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana memberi teguran kepada kami tanpa tidak mengambil nyawa sesiapa di dalam perjalanan kami.. Allah...


Wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria