Ada ke lelaki yang tak nak isteri baik?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi !

La haula wa la quwwata illa billah !

Direct to the question.. "Ada ke lelaki yang tak nak isteri baik?" 

Hmm. you know.. kadang-kadang aku sendiri pun ada expectation sendiri kt certain2 lelaki.. tengok cara dia , the terus judge , "mesti dia ok ja kalau awek/ isteri dia nanti sekian.. sekian.. " macam2 lah yang aku agak.. lain orang lain telahan aku pada dia..

Tapi.. di sebalik semuanya.. peristiwa tadi sedikit sebanyak menjentik hati aku untuk menilai balik semua lelaki yang aku pernah jumpa.. mungkin saja sesuai dikatakan untuk aku buka balik mata aku luas-luas dan alert dengan keadaan sekeliling.. 

Dan.. aku macam mula nak menyokong statement, 

"lelaki kalau jahat mana pun mesti nak perempuan yang baik.." 

ya.. sikit demi sikit , aku rasa macam Allah bentangkan bukti-bukti untuk aku menyokong statement tersebut.. aku ni plak sejenis perangai yang tak suka terus menyokong sesuatu benda kalau aku tak taw akar umbi atau tak taw langsung keadaan sesuatu perkara tu.. thats why aku akan ambil masa lama untuk aku menghadam sesuatu.. tapi kalau dah lelaki baik tu memang konfem2 la nak perempuan baik kan.. hehe.. :)

Aku boleh katakan di sini , lelaki yang care itu adalah bakal suami , insyaAllah ..

Contoh:
-Si perempuan tak pakai handsock , then , pakwe dia minta dia pakai handsock supaya aurat di bahagian tangan itu lebih terjaga.
-Si perempuan yang mekap berlebihan , then , pakwe dia tegur jangan pakai mekap tebal sangat lain kali.
-Si perempuan yang sinsing lengan baju ketika basuh pinggan (tempat awam) , then , pakwe dia tegur jangan sinsing tinggi sangat.
-Si perempuan yang tak pakai inner tudung (kalau tudung luar jarang sangat) ,then , pakwe dia minta supaya pakai inner tudung supaya bila pakai tudung nanti tak lah nampak leher.
-Si perempuan tak pakai sarung kaki, then , pakwe dia minta dia pakai sarung kaki supaya terjaga aurat di bahagian kaki.

Semua yang aku catatkan kat atas adalah contoh-contoh seorang lelaki yang menegur seorang perempuan supaya perempuan itu menjadi lebih baik.. dan bagi aku , lelaki tak akan tegur pun kalau dia tak concern sal perempuan tu... jadi , bila ada lelaki yang menegur itu , sebenarnya , dia nak supaya bakal isteri dia lebih terjaga.. insyaAllah.. :)

Cumanya , untuk lelaki , kalau hendak menegur , mestilah kena pada caranya.. jangan semberono memaksa secara drastik.. PEREMPUAN TAK SUKA DIPAKSA..  ya... termasuk aku sendiri .. nak tegur , kena ada seni , sebab perempuan ini hatinya lembut. :)

Kesimpulannya , aku dapat tengok yang lelaki akan concern, care dan sangat menjaga perihal bakal isterinya. tidak kiralah status makwe atau tunangan.^^ bila aku lihat macam tu, terus terdetik dalam hati aku, "oh, ini rupanya salah satu cara nak bina baitul muslim yang sempurna." insyaAllah. bermula dari hal yang kecil-kecil , itu tidak ada masalah.. yang penting , masing2 punya USAHA sendiri , dan si lelaki mestilah bertambah99 concern sebab mereka bakal menjadi imam kepada isteri mereka. ^^ mudah-mudahan.. 

**Aku respect dengan lelaki yang sebegini. Serius timbul rasa kagum bila tengok.. :) Alhamdulillah, syukur Ya Allah sebab Kau beri aku peluang untuk mempelajari perkara-perkara sebegini dengan cara keberadaan aku dalam kalangan senior/ orang yang lebih dewasa berbanding aku.

Sungguh, Allah akan memudahkan sesuatu itu , bila kita banyak berfikir dan melihat keadaan sekeliling.. Belajarlah memahami/ menghargai sesuatu bila perkara tersebut hanya berada di sekeliling kita.. ِِAwak, pengalaman2 tak akan boleh dapat dalam textbook pun, kan? hehe.. :) insyaAllah, banyakkanlah bergaul dengan masyarakat, mudah2an dapat juga ilmu walau sedikit.. ^^


Kamsahamnida..
Assalamu'alaikum..


 "ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما"

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria