Walau sekejap cuma - ia cukup bermakna
Kadang-kadang kita perlu juga duduk bersembang dengan orang lain.
Ya. Orang yang mungkin kita rasa tidak begitu rapat dengan kita.
Mungkin juga dengan orang yang kadang2 menimbulkan rasa annoying kita terhadap dia.
Mungkin juga dengan orang yang kita selalu tengok dia dari jauh sebab tak berani tegur.
Mungkin saja dengan sesiapa.
Kerana..
Disebalik perbualan dengan orang yang jarang-jarang kita berbual ,
pasti punya mutiara.
Bukan mutiara putih kilat berkilau di lautan ,
tapi mungkin saja bisa berkilau dan lebih berharga dari itu.
Sungguh..
Kadang corak pemikiran orang kita tak boleh agak.
Kadang pandangan jauh ke depan orang kita tak boleh capai.
Kita tak pernah terfikir semua itu dek kerana ceteknya pengalaman kita.
Sebab itu aku katakan ,
Berbual sekejap dengan orang yang jarang-jarang kita berbual
Kita boleh dapat banyak benda tersembunyi sebenarnya..
Pengalaman dia pasti tak sama dengan pengalaman kita.
Segalanya berbeza.
Kalau kita rasa kita dah paling kuat , rupanya dia lagi kuat.
Kalau kita rasa kita dah paling tabah , rupanya dia lagi tabah.
Kalau kita rasa ujian ke kita paling hebat , rupanya ujian ke dia lagi hebat.
Jangan lah selamanya meninggi diri - bongkak ..
Intai intai cara hidup orang juga.
Jeling jeling corak pemikiran orang juga.
Tanya tanya pengalaman perit jerih orang juga.
Kalau selama ini kita biasa nak dengar hebat orang ,
apa kata kita cuba dengar susah orang.
Bukan untuk menghina atau memandang jelek ,
tetapi untuk jentik hati , biar lebih rasa syukur itu.
Bila kita dah buat begitu
Baru kita rasa betapa bersyukur dan bertuahnya kita kerana
dipinjamkan masa seketika untuk bersama dia..
Walau sekejap cuma - tapi ia cukup bermakna .
Barakallah !

Comments