Two events continuously - FynnJamal , Farah Lee , Rina Salleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi!

La haula wa la quwwata illa billah.

Untuk aktiviti weekends kali ni , aku ada join dua events. Alhamdulillah. Diberi kesempatan dan peluang oleh Allah untuk mengisi hujung minggu aku dengan aktivit yang berfaedah . hehee. :)


Bacaan 'live' Puisi Tepi Jalan oleh Fynn Jamal 



Event ni berlangsung kt Silverfish Books, Bangsar dari jam 1-3 ptg. Aku yang tak pernah2 sampai Bangsar pun main redah je lah , semata2 nak join event ni. ^^ Memang buat persediaan gila2 lah sebelum tu, surf internet sal teksi and watsoever kan.. Maklumlah. tempat baru bagi aku.. hehee. 


From fb rabak-lit
Aku bertolak dari sini dalam pukul 11 lebih dan sampai sana elok2 lah dalam kol 12.30 cenggitu. Masuk Silverfish Books tu , amek port clear punyaa. haha. waktu tu orang tak ramai lagi , kira ok lah kan. hehe. 



Kt sana , kokpin lebih banyak menjawab pertanyaan2. Dia kata , dia lebih suka kalau orang tanya , dan dia jawab , barulah ada benda nak cerita kan.. :) Dan ada lah beberapa orang yang bertanya mengenai makna2/kisah2 di sebalik puisi yang telah kokpin tulis tu.. eh, wait ! kokpin is really a cheerful person, gila2 , sempoi , santai, sporting , suma ada kt dy ... best gilaa~ phewww~ <3 <3 <3 love you kokpin !

Di sebalik setiap karya itu , pasti ada kisah yang tersendiri. itu pasti. begitu jugalah dengan puisi2 kokpin yang mempunyai ruh yang tersendiri hingga mampu menyentuh jiwa2 yang membacanya. Membuatkan diri sendiri terasa seperti watak utama dalam puisi tersebut. hebat ! :') :')




"The best masterpiece comes from the most broken heart"

Sobsob. Rasa macam nak dengar lama2 je lagi kokpin bercerita... 3 jam tu macam x cukup.. seyes. memang aku x de tanya soalan , tapi cukup lah dengar dia bercerita pun rasa best.. :') biasa lah bro. benda yang disampaikan dari hati mesti lah sampai ke hati , kan. macam tu lah yang aku rasa. kokpin banyak bagi nasihat. well ! especially for us as a girl.. "dont be too pathetic !" hehe. yang tu antaranya yang aku ingat.




Pertemuan 3 jam itu juga diselang selikan dengan nyanyian lagu2 kokpin. Over , 150 Juta , Biar , Arjuna Beta ...

tsk. tsk..*tahan sebak* sebab tengah tengok video Fynn Jamal - Ke Hadapan Bintang Jatuh masa tengah update blog ni.. :'(

Ok. ok. done. setakat ini sahaja update aku untuk event ni.. :')


Being the Best Muslimah

(seminar : panel jemputan , Farah Lee dan Rina Salleh)


Event ini berlangsung pada hari ini. 07/07/2013 di Mini Auditorium, IIUM , anjuran Qaseh Raisya.

Seminar kali ini berkongsi on how to be best the better muslimah. Perkongsian dari kak Rina dan kak Farah memang sangat2 menyentuh jiwa. 

You know what? bagi aku, sesuatu yang dikongsi berdasarkan pengalaman sendiri itu adalah sangat3 menyentuh jiwa. and yeah. memang sampai ke hati.

Apa yang aku ingat pesanan kak Farah Lee , for her , to be a better Muslimah ,  

"Taat dengan Allah , Amalkan apa yang Rasul suruh , insyaAllah Muslimah lah awak. "

"Awak fikir apa matlamat awak , awak nak pengakhiran yang bagaimana , syurga atau neraka ? "


dan banyaklah lagi pesanan2 berguna yang disampaikan oleh mereka. kak Rina pun ada bagi pesan , antara cara untuk kuat bila anda nak berubah ke arah kebaikan adalah dengan ilmu , dan berada bersama dengan kawan2 yang baik.  yeah ! cari support when u want to change (for the good things) ..


and more .. about the trick in da'wah. kita nak ajak orang buat baik kadang tak perlu pun cakap2 , gitaw pong pang pong pang itu ini haram , but u can do it by qudwah. you know , right? i means the action. awak pakai tudung labuh , dan awak still layan / berkawan baik dgn orang2 yang kurang sikit (mungkin tak menjaga aurat and etc) , itu pun sebenarnya sedikit sebanyak dah berda'wah dan membantu mereka. sedikit sebanyak akan tergerak juga dalam hati , " oh , aku ingatkan yang tuduh labuh ni tak kawan dengan orang2 macam aku. rupa2nya diorang pun ok jugak. sempoi. "

Itu pun dah buat mereka rasa indahnya Islam. Awak dah buka jalan untuk mereka lebih kenal Islam. :) Jangan buat mereka rasa takut untuk kenal Islam. Ajak mereka dengan cara yang santai2 dahulu. ^^ kak Farah kata Islam ini sebenarnya mudah tetapi the way that we do seems complicated. Maksudnya kita ni yang buatkan Islam itu nampak susah. Itu je.



Ouh, banyak lagi sebenarnya sharing moment yang dibuat oleh kak Rina dan kak Farah Lee. mendengar kisah2 atau cerita2 dari mereka memang buat aku tahan sebak. bayangkan diorang pun sampai menangis , kita yang tengok ni pun mesti terasa jugak. :'( sobsob.. aku pun x boleh nak cerita panjang2 kt blog. sb memang banyak3 sangat point yg diorang kongsikan. 

---------------------------------------------------------
 
Apa pun , aku doakan kak FynnJamal , kak Rina Salleh dan kak Farah Lee dan semuanya lah diberkati dan dirahmati oleh Allah sentiasa. Moga Allah permudahkan urusan mereka semua. Sesungguhnya perkongsian mereka pada hujung minggu aku kali ini sangat bermakna. :') Barakallahu lakum.

Bak kata kak Farah Lee , "ada rezeki kita jumpa lagi, tapi kalau tak sempat jumpa dekat dunia , doa2 kan supaya kita jumpa semula di syurga nanti" :') :') *sebak aku dengar*

I think thats all for today. :)

Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum.

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria