Bismillah vs Vismillah
[copy paste from www.adibafaiqah.blogspot.com]
Assalamu'alaikum and hi !
Cuba kita baca kalimah bismillah di atas.. *baca* Alhamdulillah. Harap semuanya betul. ^^
Huruf BA hendaklah dibunyikan dengan jelas dan terang menggunakan makhraj hurufnya yang tepat.
Tak kisah lah apa2 huruf pun kan , semuanya mesti kena dengan makhrajnya. :)
Thanks.
Assalamu'alaikum and hi !
بسم الله الرحمن الرحيم
Cuba kita baca kalimah bismillah di atas.. *baca* Alhamdulillah. Harap semuanya betul. ^^
Huruf BA hendaklah dibunyikan dengan jelas dan terang menggunakan makhraj hurufnya yang tepat.
Tak kisah lah apa2 huruf pun kan , semuanya mesti kena dengan makhrajnya. :)
Namun
lain pula jadinya di sebuah majlis ilmu. Kejadian yang diceritakan oleh
ustaz saya sendiri di dalam kelas pagi tadi. Peristiwa yang sangat
membuatkan ustaz saya terkejut badak dibuatya. hehee.
Berlaku
pada suatu majlis , yang mana penceramah jemputan tidak dapat hadir ke
majlis tersebut kerana telah dimasukkan ke hospital pada waktu tersebut.
Bayangkan sahaja , figura yang diundang sebagai penceramah itu bukan
calang-calang orang , namanya begitu masyhur di Malaysia. dan sudah
semestinya mampu menarik perhatian beratus-ratus orang penonton untuk
hadir ke majlis ilmu tersebut.
Unfortunately
, beliau tidak dapat hadir dan tempatnya telah digantikan oleh seorang
ustaz yang lain pula. Dalam pengisian ustaz ganti tersebut , beliau
menyentuh banyak aspek dalam satu satu masa seperti tasawuf , fiqh ,
tajwid dan sebagainya. Namun ada perkara yang membuatkan ustaz saya
(yang turut berada dalam majlis ilmu tersebut) terkejut dengan penyataan
yang diberikan.
Iaitu
berkenaan sebutan huruf BA. Beliau mengatakan huruf BA itu seperti
huruf V , dalam erti kata lain mempunyai sifat yang sama dengan huruf V
.. dan kemudian beliau mula membaca bismillahirrahmanirrahiim dengan sebutan Vismillahirrahmanirrahim ,
seluruh jemaah yang berada di situ menurut bacaan ustaz tersebut.
Allah. Bayangkan beratus-ratus orang yang pergi ke majlis ilmu itu
masing-masing telah membawa pulang satu ilmu yang salah (bagi yang
benar2 tidak tahu) .
Na'uzubillah.
Iya lah. Ustaz. Apa yang dikatakan pasti dituruti ramai pihak. Betapa kuatnya pengaruh ustaz dalam sesuatu ilmu.
Keesokan
harinya , setelah selesai solat fardhu di surau tersebut , ustaz saya
meminta izin untuk men'cuci' semula kefahaman jemaah yang turut serta
dalam majlis ilmu semalam. Ustaz menerangkan bahawa apa yang diajarkan
semalam itu adalah salah , dan seterusnya ustaz saya memberi penerangan
yang sebenarnya mengenai cara bacaan Basmallah itu. Tetapi fikir
sahajalah , jemaah yang berada di situ mungkin sahaja hanya 1/ 3
daripada jumlah para penonton yang mendengar ilmu salah tersebut. Hanya 1
/ 3 dapat diselamatkan , yang selebihnya terus dengan ilmu Vismillah
itu.
Doa doa lah moga mereka akan dapat tahu tentang ilmu / cara bacaan yang sebenarnya. Amiin. :)
Kesimpulannya
, sememangnya status ustaz sangat memberi impak besar kepada
masyarakat. Oleh yang demikian , ustaz2 / ustazah2 janganlah mengajarkan
ilmu yang salah kepada masyarakat kerana masyarakat akan mudah untuk
mengikut. Jika ditanya sesuatu yang luar daripada bidang ustaz2/
ustazah2 , katakan sahaja "maaf , saya tidak tahu" berbanding terus terusan mengeluarkan fatwa2 / hukum2 yang salah. Itu bahaya.
Jika anda mahir di bidang al-Quran / 'alim al-Quran , ajarkan tentang al-Quran.
Jika anda mahir di bidang Fiqh / 'alim al-Fiqh , ajarkan tentang Fiqh.
Jika anda mahir di bidak kedoktoran / perubatan , ajarkan apa2 di bidang tersebut.
dan begitulah seterusnyaaa.
Apa yang disampaikan hendaklah berdasarkan ilmu yang sahih dan yakin.
Jika benar tidak tahu , katakan tidak tahu , kerana sememangnya itu adalah adab seorang penuntut ilmu. ^^ insyaAllah.
Thanks.
Assalamu'alaikum.
***Credit to our ustaz (teaching Tilawah) for this sharing.
Comments