Masalah

Masalah.

Tiap orang punya masalah
Berbeza tahapnya
Mengikut kemampuan

Yang kuat
Dapat masalah maha hebat
Yang lemah
Dapat masalah hebat

Semuanya bersesuaian
Jangan disangkal.
Kadang rasa diri tak mampu
Tapi sebenarnya diri itu cukup kuat 
di dalamnya.
Lalui lah dengan penuh yakin
dan percaya pada Allah.

Apa jua masalah
Ada penyelesaiannya
Bezanya cepat atau lambat
susah atau mudah
dan perit atau gembira.

Masalah
Bisa diluahkan
Kepada teman teman
Moga mereka dapat membantu
Tak banyak
Sikit pun jadilah.
Asal kita rasa lega.

Teman boleh bagi jalan
Jalan jalan pilihan.
Yang bakal memilih adalah diri
Kerana diri yang akan melalui jalan itu.

Kerna itu fikirlah rasional
Tika membuat keputusan.
Teman bisa membantu.
Namun sedikit cuma.
Yang penting
Diri itu yang membuat pertimbangan.

Jangan khuatir
dengan masalah.
Lalui dengan tabah
dan bijaksana.
Berserta keyakinan yang tinggi.

Allahu.
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. :)

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria