Kenapa awak? kenapa saya?

Kenapa awak? Kenapa saya? 

Kenapa awak?
Kenapa mesti awak?

Kita tak pernah kenal.
Kita tak pernah jumpa.

Tapi kenapa saya?
Kenapa mesti saya?

Kenapa dan mengapa..
Menjadi persoalan.
Bila dua insan 
Tak pernah berkawan.
Namun
Bakal berkahwin.

Agak luar biasa
berbanding kebiasaan.
Kerana
dunia sekarang lain.
Hendak berkahwin
haruslah berkawan dahulu.

Kadang bukan sekadar kawan
tetapi melabel diri 'couple' .
Entah. Dunia sekarang.

Itulah.

Namun.
Di sebalik kebiasaan
Akan tetap ada luar biasa.
 Walau tak banyak
Tapi cukup untuk diambil ibrah.

Yang luar biasa itu jarang.
Sangat jarang dijumpai.
Kerana 
Itu yang indah.
Itu yang terpelihara.
Itu yang terbaik.

Tak semua dapat.
Tak semua mampu.
Hanya insan bertuah menerimanya.
Kerana
Itu Allah punya.
Itu Allah yang kurnia.

Alhamdulillah.

Syukur itu wajib.


Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria