Cinta , Setia dan Janji
Cinta , Setia dan Janji
Hati gadis impikan sesuatu
Ingin hubungan yang pasti
Tak mahu seperti digantung
Tanpa kata putus.
Dia sanggup menanti
Walau bertahun menunggu
Kerana cinta
Kerana setia
Kerana janji
Dia tak mampu memungkiri
mahu pun menyakitkan
kerana
jauh di sudut hati
cinta sudah terpupuk.
Apa bakal terjadi
tidak diketahui.
Hati hanya mampu berharap.
Terus percaya dan percaya.
Walau kadang timbul curiga.
Namun segera ditepis.
Kerana berpegang pada yang tiga
Itulah cinta , setia dan janji.
Namun
Siapa sangka
Siapa sangka
Kisah berubah
Cinta berpaling
kerana
Tiada siapa mampu menghalang
Tiada siapa mampu menduga
Pada perancangan Sang Khaliq
Hati yang dulu
disangka ampuh
tak tergugat ,
mampu berubah.
Keadaan memaksa.
Bagai segalanya telah tersusun rapi.
Sorotan cerita
berlaku fasa demi fasa.
Sehinggakan tak mampu lagi untuk bertahan.
Terasa keserabutan
Terasa kegelisahan
Terasa kekeliruan.
Semua berbaur menjadi satu
pada masa itu.
Allah.
Hanya dengan percaya
Semua dilalui dengan tabah
Hanya dengan percaya
Hati mampu berubah
Hanya dengan percaya pada-Nya.
Comments