Janji dan Harapan

Assalamu'alaikum and hi!



Harapan dan janji. Rasanya dua benda yang berbeza, kan. Harapan tak semestinya berjanji dan berjanji sememangnya telah memberi harapan. Fuhh! *berbelit ayat ko ecah oii*

Harapan, wajib tak dilaksanakan?
Janji, wajib tak dilaksanakan?

Janji?!

Masing-masing dah boleh fikir kan berkaitan soalan di atas.  Telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.: ... antara ciri-ciri orang munafiq ialah apabila berjanji, dia mungkir. Secara tak langsung sebenarnya,  kita sebagai Muslim yang Mukmin ini perlu sentiasa menepati janji yang telah kita buat.. :) Banyak sebenarnya janji yang telah kita buat, tapi entah berapa kali janji yang telah kita tunaikan dan entah berapa kali janji yang telah kita mungkiri?

Kalau difikirkan balik ayat itu, mahukah kita tergolong dalam golongan munafiq? Sudah semestinya tidak, kan. :) Jadi, bagaimana caranya agar kita tidak menjadi golongan tersebut? Salah satunya adalah dengan menepati janji. ^^ insyaAllah... moga Allah sentiasa mudahkan urusan kita apabila kita sentiasa menyenangkan orang yang berurusan dengan kita.

Harapan?!
Bagaimana....?

Saya pasti yang ramai mempunyai pendapat yang berbeza mengenai harapan.

Dan sememangnya skop harapan itu sangatlah luas..


Harapan ibu bapa kepada anak-anak
Harapan guru kepada pelajar
Harapan seorang teman kepada sahabat
Harapan abang kepada adik
Harapan suami kepada isteri
 Harapan diri sendiri sepanjang hidup
......

Fokusnya cuma memberi harapan kepada yang ajnabi. Tidak kisah samada dalam status teman tapi mesra ataupun yang baru sahaja berkenalan. Kadang-kadang kita tak rasa kita memberi harapan kepada si dia, tetapi si dia pula yang terasa bagai dirinya diberi harapan. Ya. Bagi saya itu sangat bahaya, mungkin keterlaluan jika saya ingin katakan keadaan seperti itu sangat parah.

Bila tiba satu masa, tidak semena-mena si dia merasakan bagai digantung tak bertali (bukan kes kahwin) kerana teragak-agak akan perasaan kita terhadapnya.

Perasaan resah gelisah mula timbul
Perasaan ingin tahu mula muncul
Perasaan tidak sedap hati mula bertandang
Semuanya berbaur menjadi satu
Sukar digambarkan.

Hanya dengan bersikap jujur, semuanya akan selesai. InsyaAllah. Cubalah untuk bertanya tentang perasaan yang sebenar. Kadang malu tapi mahukah kita untuk terus hidup dalam keadaan yang samar dan teragak-agak. Kadang akan timbul serba salah kerana bertindak seperti telah memberikan harapan walaupun tidak berniat begitu. Oleh itu, berterus terang adalah jalan penyelesaiannya.

Mungkin akan ada yang berkecil hati. 
Mungkin akan ada yang terguris hati.

Tetapi andai itu adalah yang terbaik, mengapa tidak kita terima dengan reda. InsyaAllah. Allah ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita sebenarnya. Biar sakit atau terluka sekarang sementara luka itu masih tak dalam. Bukankah bahaya kalau hanya memendam tanpa diluahkan, dan apabila tiba masa keputusan yang diterima tidak seperti yang diinginkan, luka yang sebenarnya boleh disembuh cepat hanya akan menjadi dalam dan mengambil masa panjang untuk sembuh. Rugi.

Kerana manusia itu berbeza tahapnya dalam mengawal emosi. 

Walau bagaimanapun, untuk yang tanpa niat dianggap memberi harapan, seharusnya jujur dengan penuh kesopanan dan kesantunan. Biar bahasa yang digunakan tak menambah luka. Biar kata yang dituturkan tak menjadi sembilu. Tidak salah jika memohon maaf andai tindakan itu telah membuatkan ada pihak yang tersalah anggap. Itu biasa. 

Kerana setiap manusia itu melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.

Akhir kalam, JANJI MESTILAH DITEPATI, HARAPAN JANGAN DIBERI SESUKA HATI. Janji dan harapan yang tak tertunai mampu memberikan efek negatif kepada setiap insan. Walau berbeza definisinya, namun kesannya adalah sangat mempengaruhi sebahagian besar emosi manusia. :)

Thanks.
Assalamu'alaikum.


Source: Blog AdibaFaiqah
 

Comments

Anonymous said…
betul tu sis...suka entry ni :)
Addin Aisyah said…
@Liza Razak hehe. thanks sis.. ^^ benda common yg biasanya remaja lalui, kan.. :)
Unknown said…
dtg terjah sini..jemput singgah
http://ordinarygurl-sue.blogspot.co.uk/2013/06/study-tour-in-london.html
Addin Aisyah said…
@Miss Sue thanks dear. dh terjah sana. :) hehe

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria