Sohibul Niqob.
Sohibul Niqob.
Niqob. Purdah.
Pelbagai nama diberikan
Hanya untuk sekeping kain
yang menutupi sebahagian muka.
Nampak biasa.
Tetapi pemakainya luar biasa.
Tak bisa diterobos perasaan mereka.
Kerna hanya antara mereka dan Tuhan.
Lembut tingkah lakunya.
Sopan tutur katanya.
Tegas pendiriannya.
Terjaga pergaulannya.
Lirikan matanya.
Kadang tak tertafsir.
Kerendahan hatinya.
Kadang tak terungkap.
Sungguh,
kebebasan hakiki itu hak mereka.
Hanya mereka yang rasa.
Hanya mereka yang tahu.
Itulah mereka.

Comments