Luahan Cinta Sakura
**Luahan Cinta Sakura**
Assalamu'alaikum and hi!
Hari ni nak kongsi satu blog milik senior saya yang baru je saya kenal kemarin. :)
Mana link nya?
Tu. tu. kat atas tu. Luahan Cinta Sakura.. ^^
Comel kan nama blog tu..
Comel kan nama blog tu..
First time tengok blog ni , memang rasa awesome sangat.
Kalau ada yang nak berjinak jinak dengan bahasa inggeris,
boleh singgah di blog tersebut.
Memandangkan Kak Zmah adalah seorang student
jurusan bahasa inggeris (linguistic) di UIAM ..
dan dia menggunakan juga english di dalam penulisannya.
Kalau ada pula yang suka akan dunia penulisan puisi
mahupun apa sahaja karya karya seni
boleh juga singgah di blog tersebut..
Kerana kak Zmah juga kadang kadang akan menulis
puisi puisi di blognya.
Kalau ada yang terasa nak dimotivasi juga
boleh turut singgah di blog tersebut.
Sebab mungkin kadang kadang
nasihat dan pengalaman dari yang sebaya umur dengan kita
lebih kita faham dan suka.
Sejujurnya saya sendiri suka dengan blog kak Zmah.
Bukan niat nak bias sebab dia dari UIAM juga,
tapi memang itulah kenyataannya.
Penulisan yang kadang kadang menggunakan bahasa inggeris,
gambar yang besar dan jelas,
gaya bahasa yang santai,
loading yang laju
memang antara faktor penarik sesebuah blog
untuk menarik perhatian pengunjung.
memiliki semua ciri tersebut.
dan apa yang paling penting bagi saya adalah
isi-isi atau entri yang disampaikan
adalah sangat berguna dan bermanfaat..
Saya rasa anda mungkin rugi jika tidak cuba
untuk menziarahi ke blog tersebut.
Bukan selalu nak blogwalking , kan.
Jadi apa salahnya ambil kesempatan untuk tambah kenalan.
^^
Nota kaki: kak Zimah adalah seorang pelajar tahun akhir di UIAM Gombak dalam jurusan Bachelor of English (linguistic) . Dia juga seorang yang sangat baik hati, peramah, dan tidak lokek ilmu. Saya pun baru sahaja berkenalan dengan dia semalam. Moga Allah reda dengan kami. :)
Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum..


Comments