Paksa-Rela
Assalamu'alaikum and hi !
Saja mengada nak update dua entri malam nih. :p
hahaha
Bismillah..
Mempunyai makna tersendiri
Yang sangat jauh berbeza.
Paksa dan rela.
Jika secara kasar
Tiada kaitannya.
Namun jika diamati
Sangat berkait rapat.
Sungguh!
Tidak mudah mendapat RELA itu
Tetapi mudah mendapat PAKSAan itu.
Jika diPAKSA sudah pasti
gerak kerja berjalan
walau tiada keRELAan.
Namun jika menunggu RELA seseorang
Sangatlah susah.
Kadang belum tentu dapat.
Gerak kerja turut terbantut.
Jadi apapun
Tidak salah memaksa
Kerana dari PAKSAan itu
Akan timbul keRELAan.
InsyaAllah.
Sedangkan untuk belajar solat , harus diPAKSA .
Biar kanak2 terbiasa.
Lama-lama akan timbul RELA.
Dan mereka sendiri dapat menunaikan solat
Tanpa rasa diPAKSA lagi.
Andai rasa diri susah nak menjadi sukarelawan , cubalah belajar memaksa diri. Sangat sakit dipermulaan , namun menjadi biasa setelah beberapa lama. Setelah diri bijak mengadaptasi suasana, insyaAllah , semua akan menjadi mudah. Tiada lagi rasa seperti dipaksa. Bahkan lebih bersemangat melakukan kerja. InsyaAllah.
*Timbulnya rela itu dari paksaan.. insyaAllah* :)
Monolog : Pfft.. Sembang kencang , cuba paksa diri sendiri baca buku tengok .. hahaa. sampai ke sudah tak rela rela jugaks.. Hiks~
Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum..

Comments